Click² My Nuff

Saturday, February 11, 2012

Sup Telur


Asalamualaikum...

santapan menu ringkas je ni, sup telur...teringat zaman di uni,  lauk ni la yang kerap kami jamah hampir setiap hari selain stok maggi dan sardin.... sepapan telur untuk dua minggu...stok sardin pulak berdozen², stok maggi pun berpaket²...masa tu simpan stok maggi dalam almari baju..hehehe....setiap orang beli perisa berlainan, nanti bolehla tukar² guna sistem batter kalo dah bosan ngan perisa maggi sendiri...Noorsha n roommate bergilir² masak...biasanya lauk sup telur ni kami gandingkan ngan sambal lote je..klo ade ikan kering lg best..anakanda berdua pun suka sangat ngan lauk nostalgia ni... k lah jom layan resepi simple mimpel ni ...:)


RESEPI SUP TELUR
Resepi: Noorsha

Bahan2
5 biji telur
*1 biji bawang besar 
*5 ulas bawang putih 
*segenggam ikan bilis 
1 batang lobak merah
5 batang putik jagung
2 batang celery
*boleh add sayuran lain juga..ikut stok masing2 la ye*
sedikit soohoon dan fucuk - rendam seketika
1 st serbuk pati ikan bilis
1 liter air
garam secukup rasa

Cara²
1. tumbuk halus  @ kisar kering bahan bertanda (*). tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3. masukkan air dan serbuk pati ikan bilis. kacau seketika. pecah telur. bila dah pecahkan telur ni tak perlu kacau lagi. biarkan hingga hampir merenih dan terus masukkan sayur2 yang dipotong.
4. bila dah mendidih, masukkan fucuk dan soohoon..perasakan dengan sedikit garam. biar seketika dan  taburkanbawang goreng dan daun sup ...sedia dihidang.









Friday, February 10, 2012

Lempeng Pisang



Asalamualaikum...

pagi ni Noorsha wat lempeng pisang untuk breakfast Dhira & Darwish...lempeng pisang, menu simple je semua orang tau buat kan... hehe... mat saleh panggil banana pancake.. kalo translate ke melayu bunyinya kek  kuali pisang.. haha, sangat tak best name tu kan.. panggil lempeng lagi glemer gitu....^__^....mudah je nak wat  lempeng pisang ni... semua orang pun tau buat kan..tapi Noorsha share juga disini untuk panduan mereka² yang tak tahu..yang dah tahu tu pejam mata je k.. hihi... rasa lempeng ni lembut n lembik² sebab penggunaan pisang yang banyak & tepung yang sikit.... 


hari tu Cik Shikin penyelaras JELITA tu ada tanya Noorsha resepi lempeng pisang bakar yang ada kelapa dalamnya tu... tapi Noorsha bagi resepi agak2 je sebab  biasa buat x da sukatan n main agak²... so klo nak wat lempeng bakar boleh guna juga resepi ni, cuma cara masaknya saja kena lapik ngan daun pisang & dalamnya diletakkan kelapa parut.. Noorsha x masak cara tu sebab xde daun pisang n stok kelape memey takder....just dadarkan cara biase saje...penerangan kat bawah ni ya Shikin n semua.. oh ya, Noorsha modenkan sket bahan dan kaedah membuat lempeng pisang ni...tapi Insyaallah rasa tetap no 1 :)...jom semak resepi... good luck semua :)


RESEPI LEMPENG PISANG
Resepi : Noorsha

Bahan²
1 sisir pisang emas
1 biji telur
1 sb gula - letak lebih kalau suka manis
1 sb susu segar
1/2  cawan tepung
secubit garam

Cara²
1. lenyek pisang dengan gula hingga hancur.. Noorsha x bubuh banyak gula ni sebab dah memang cukup manis pisang tu..terpulang klo kawan2 nak letak banyak mana pun, bergantung pada selera ya...
2. masukkan telur dan garam serta susu.. kacau rata.
3. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.. tambah 1 - 2 sb tepung lagi jika kelihatan adunan terlalu cair.. tapi Noorsha suka begini, rasa pisang tu lebih dari rasa tepung.. best!~
4. panaskan non stick pan, tuang sesenduk adunan dan ratakan. masak pada api kecil, bila sudah perang terbalikkan dan masak sebelah bahagian lagi.
5. sekiranya ingin buat lempeng bakar, sediakan daun pisang, sapu daun pisang dengan sedikit minyak, tuang sesenduk adunan diatasnya dan ratakan. kemudian masukkan sedikit kelapa parut ( putih saja) disebelah bahagian dan lipat. bakar pada api kecil hingga masak dan terbalikkan pula disebelah bahagian yang lain..simple je kan...:)

happy trying!~ :)




Thursday, February 9, 2012

Kek Pisang


Asalamualaikum...

terlebih dahulu Noorsha nak mohon maaf banyak² sebab tak sempat nak blogwalking membalas kunjungan kengkawan sumer.. banyak keje sangat sekarang ni.. insyaallah sebelum maghrib ni Noorsha cuba untuk singga ke dapo kekawan sume n balas kunjungan yg tak berbalas beberapa hari ni ya...


sebenarnya kat rumah ni banyak sangat stok pisang.. sebab Darwish suka pisang, papanya pun belilah berikat²...sudahnya ada seikat dua yang dah hampir lebam, Noorsha cepat² korbankan untuk buat kek pisang.. selalu dah buat kek pisang guna resepi Sofinar, Myresepi ni... sebab kek nya senang dibuat dan hasilnya pun mantap... lembut dan gebu je.. :)..tengoklah kek tu, naik menggebu² kan... penat Noorsha susun hirisan pisang ngan gajus tu kat tengah², sekali lepas masak sume dah lari.... hehe.. takpelah, janji boleh masuk mulut :)... key jom semak resepi ya.. terima kasih Sofinar atas resepi yang best ni.. memang tak jemu² dibuat.. kawan² kalau nak tengok versi yang pernah Noorsha marblekan ngan coklat boleh tengok SINI... :)


KEK PISANG
Resepi Asal : Sofinar, Myresepi

Bahan²
150 gm pisang emas - dilecek
180 gm tepung gandum
180 gm gula halus - Noorsha guna 130gm saja
3 biji telur
120 ml minyak masak @ minyak sayuran
1 st ovellete
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
secubit garam
50 ml susu segar - Noorsha tambah

Bahan Hiasan  (Noorsha tambah):
Sebiji pisang emas dihiris 
Gajus @ Almond @ pistachio @ hazelnut etc secukupnya


Cara²
1. campur semua bahan kek dan putar dengan mixer menggunakan high speed level hingga adunan sebati dan kelihatan putih dari asal. Noorsha putar dalam 10 - 15 minit.
2. masukkan kedalam loyang yang dialas dengan baking paper dan susun dengan bahan hiasan diatas mengikut kretiviti. bakar pada suhu 180 C selama 40 - 50 minit. Noorsha bakar pada suhu 130 C selama 60 - 80 minit sebab guna loaf pan n kek tebal.
3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

Selamat Mencuba :)


jemputt semua :)

Wednesday, February 8, 2012

Easy Chocolate Swirl Cake


Asalamualaikum....

dah lama puasa dari makan kek.. sudah masanya untuk memanjakan perut n anak tekak.. muehehe..kite try yang lite² saje dulu.. jangan terus drastik dengan cheese bagai.... bawak² bertenang yaa..ngeee!~ dah lame tak mengekek, agak menyedihkan sket rope kek yang Noorsha wat ni... bawah tu macam ada satu lapisan.. tak pasti ngape jadi gitu.. lapisan tu agak lembab sket tapi dah masak... huhuh..tak kisahla janji licin dimakan.. yang part paling best coklat tu jadi crunchy2 gitu... syok makan panas² kek ni sambil tengok drama korea.. huh.. ade kene mengene ke kek ngan korea? ntaaahh...maen sebat je.. akekeke.. key jom layan resepi..terima kasih kak Fida kerana berkongsi resepi, izinkan saya share disini pula ya :)


RESEPI EASY CHOCOLATE SWIRL CAKE
Resepi Asal : Kak Fida, myresipi


Bahan²
200 gm tepung naik sendiri - ayak
175 gn gula kastor @ halus - Noorsha guna 120 gm saja
175 gm mentega @ margerin
3 biji telur
4 sb susu segar @ jus oren
1 sk esen vanila (skip jika guna jus oren)
100 - 120 gm coklat masakan - dicairkan

Cara²
1. alas loyang dengan kertas minyak dan sapu mentega disekelilingnya.
2. satukan semua bahan kecuali coklat cair kedalam mangkuk. pukul dengan mixer hingga kembang kira² 10 - 15 minit.
3. tuang 1/2 bahagian adunan dalam loyang, tuang sedikit coklat cair dan lapis adunan kek diatasnya. tuang lebihan coklat cair diatas adunan kek tadi dan lorek lorekkan dengan lidi. Atau boleh juga dibuat selapis adunan kek dan tuang semua coklat cair atas adunan kek baru dilorekkan.
4. bakar pada suhu 160 C selama 50 minit - 1 jam hingga masak mengikut kesesuaian oven masing². (Noorsha guna 130 C - 1 jam)
Selamat mencuba..:)


moh picnic sesame...:)




Tuesday, February 7, 2012

Ikan Berlado Ijo


Asalamualaikum....

tengok tajuk pun dah tau lauk ni memang pedas kan...hehe...kami memang gemar makanan pedas berapi, satu hari takda lauk yang pedas memang tak sah..rasa macam kureng jer kehidupan gitu...kuikuikui.. bagi yang tak tahan pedas bolehlah kurangkan kuantiti cili padi tu...boleh ganti ngan cili hijau besar, yang tu kurang pedas n pada kami memang tak pedas pun.....okies, jom layan resepi..tak dan nak bebel panjang, banyak kejer laen yang menanti :)



RESEPI IKAN BERLADO IJO
Resepi : Noorsha


Bahan²
4 ketul potongan ikan (tenggiri, tongkol, ikan merah etc)
sedikit serbuk kunyit
*8 ulas bawang kecil
*5 ulas bawang putih
*20 tangkai cili padi - leh kurangkan
*1 inci kunyit hidup
*1 batang serai
1 batang serai - dititik
Air secukupnya
Daun ketumbar secukupnya - diracik
1 sk serbuk pati ikan bilis
1 keping asam keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara²
1. blend kering @ tumbuk bahan² bertanda (*). ketepikan.
2. sementara itu lumur ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng 3/4 masak.
3. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis serai yang dititik. biarkan beberapa ketika hingga naik bau. kemudian masukkan bahan blend @ tumbuk hingga garing.
4. masukkan ikan yng digoreng, kacau seketika, masukkan air, serbuk pati ikan bilis, asam keping, garam dan gula secukup rasa, kecilkan api, biarkan ia merenih dan hampir kering seketika.
5. setelah hampir kering masukkan daun ketumbar yang diracik. kacau seketika dan matikan api. sedia untuk dihidang..:)


selamat mencuba :)