
Assalamualaikum & Salam Ukhwah.... m( ^_^ )m Terima kasih kerana sudi berkunjung ke 1001 Cerita 1001 Rasa... Laman kecil tentang keluarga saya & cerita ceriti masakan yang telah saya cuba.... Saya amat mengalu2 kan kesudian tuan/puan semua, kalau ada resipi yg berkenan, silalah ambil...x payah mintak izin... :) apepon,gambar2 disini semua "Hak Cipta Terpelihara", ye..... perbuatan mengambil gambar tanpa keizinan sama seperti pencuri.....Harap maklum....PEACE!~
Friday, October 31, 2008
Balloon Bread

Kentang D'Jawa

Asam Pedas Ayam

Bahan A
1 kg ayam
Bahan B
15 biji cili kering
10 biji cili api
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 inci belacan
1 biji bawang besar saiz sederhana
1 biji bawang besar saiz kecil
5 biji bawang putih
1 batang serai
Bahan C
1 batang serai(dititik)
1 biji bawang besar saiz kecil (racik halus)
Bahan D
Air asam jawa secukupnya garam & gula
Bahan E
daun kesum - secekak belimbing buluh -10-15 biji
Cara²
1. Bahan A dibersihkan dan potong ikut suka. Ketepikan.
2. Bahan B dimesin halus. Ketepikan.
3. Tumis bahan C bersama hingga wangi.
4. Setelah naik bau, masukkan bahan B yang telah dimesin tadi dan tumis lagi hingga garing @ terbit minyak.
5. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebentar.
6. Masukkan bahan D secukup rase dan tunggu hingga menggelegak. Rasa asam garamnya.
7. Setelah ayam cukup empuk, masukkan bahan E dan tunggu beberapa minit sehingga daun kesum dan belimbing buluh layu sebelum dihidangkan.
Thursday, October 30, 2008
Ayam Goreng Berempah
ayam goreng berempah ni resepi try n error saje. dulu aku cume gaulkan bawang putih² serbuk kari je utk buat ayam goreng berempah ni. tapi bile lame² teringin pulaks nak buat ayam goreng berempah yg cukup 'rempahnya' dan terase bukan setakat kat daging malah kat tulang belulang si ayam ni. so, terhasillah resepi ni. cume biase laa aku kan....mase masak tu tambah ape yg patut, buang ape yg tak patut, letak tu ini...last² x bersukat. main agak² sajelaa sukatan dibawah ni ye. kalo korang teringin nak cube, mungkin leh ikut @ sesuaikan ngan citerase korang ye...Bahan²
6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
* 1 biji bawang sederhana besar
* 2 biji bawang putih
* 1 batang serai
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit
* 1 inci lengkuas
* 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)
* 1 sudu kecil ketumbar biji
* 1 sudu kecil jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa (optional)
1 biji telur
Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.
Cara²
1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
3.Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
4. Goreng serta merta.
**Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.
Jantung Pisang Rebus
jantung pisang rebus ni aku makan bersama sambal air asam tadi. ni la lauk tengahari yg x seberape sangat tapi cukup membuat aku n hubby berpeluh² makan...lagipun hubby aku x laa cerewet dalam memilih makanan. asal ada dah cukup tapi yg pasti hubby aku memang x leh tingga kicap & ulam. ehehehe....so stok tu memang sentiase ade je dalam esbok umah aku. aku beli jantung pisang ni kat pasar malam dgn harge RM 1.00 saje...besar gak jantung pisang nih...nak merebus jantung pisang ni x susah. mule sekali kenala bersihkan jantung pisang ni dulu n buang lapik yg keras tu. belah 4 pastu rebuskan dalam air bersama sedikit minyak & garam. bila air rebusan tu dah mendidih, padam jer api n blh laa dinikmati sepuas²nya. yummy!~Sambal Air Asam

Labu Air Tumis Bersama Geragau
erm....lunch arini aku nak masak paling simple tapi biler makan nasik mesti bertambah...ehehehehe!~ tak jadi ler aku diet nampaknyer dek kerana lauk nih.....sedap tol menghirup kuah... nasi panas² pastu curah kuah byk²....aduyai maleh nak ceter...meh tengok resepi:-Bahan²
Kek Gula Hangus

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega
Cara-cara
1.Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2.Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3.Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4.Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5.Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6.Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7.Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8.Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9.Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam" (guna api bawah saje untuk dapatkan sarang yg cantik)
Wednesday, October 29, 2008
Udang & Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
150 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah
Cara-cara
1. Sediakan udang n Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong n udang dgn sedikit garam dan lada sulah,serbuk kari, serbuk cili n serbuk lada hitam.
3.Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong n udang ke dalam telur. Ketepikan
4.Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong n udang dgn tepung.
Karipap

Pais Ikan

simple pais ikan...sedap n mudah nak buat...walopun ade beberape resepi pais lain, tp yg ni ok kalo time malas nak meleceh² kat dapo...sedap...
Sumber : che'iza,Myresepi
Bahan-bahan ( 3-4 org )
1/2 kg ikan kembung
* 4 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
5 sb lada boh
3 sb air asam jawa
2 sb santan pekat
sedikit garam, gula n perasa
daun pisang n lidi utk bungkus
Cara-cara
1.Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *
2.Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.
3.Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. 4.Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .
5.Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
6.Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih.
Biskut Choco Rangup


Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )
50g mentega tanpa garam (aku gune mentega biase...)
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis (aku x letak sebab x suke)
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang (aku pakai gula biase)
*2 cubit garam (x letak sebab mentega da ada garam)
Cara-cara
1.potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
2.Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
3.Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
4.Bakar selama 25-30 minit.
5.Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.
Ais Krim Kacang Merah

Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )
270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
1 tin kacang merah dalam tin
Cara-cara
1.Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. 2.Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
3.Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
4.Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. 5.Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
Tuesday, October 28, 2008
Monyet
" Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya yngin ceritakan pun hanyalah tetang monyet, haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang ituBaru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana, saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.
Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar- ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu.
Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi tidak kepada saya.
Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan sayakepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa.
Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan."Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya."Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?""Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada baliktangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!!Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun Dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.
Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling- guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambilmenahan sakit.
Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.
Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk kesekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga.
Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.Suasana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Padaketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia??Mana hilangnya akal waras kami?
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu...
Kena Masuk Wad....
ceritenya begini..... khamis, 23 oct lepas aku bawak darwish pegi klinik desa utk checkup....lepas check darwish + kena injection, aku ditemuramah dek nurse kat situ utk register perancang kuage....eheh....dalam pade tu aku bgtau laa skali kerisauan aku coz darah lepas bersalin tu lum benti lg walopun da 2 blan lbh aku lahirkan darwish. nak dijadikan cite time tu doktor xde n nurse tu pun soh aku datang esok biar dokto check ape problem selanjutnye.. dalam ati ni tuhan je laa yg tau btape berdebarnye aku!! hmm.. balik dari klinik tu darwish lak demam llepas kena inject.. alaaa siann tolll aku nengoknye... aku dahle xde experience mnjage baby dmam...huwaaaa!~
jumaat 24 oct... aku keklinik desa smule utk jumpe doktor.lepas pemeriksaan pap smear n v.e, doktor tu trus call hospital utk bincang problem aku dgn pakar cozdie sendiri takley trace aku saket ape coz kurang kemudahan dlm klinik tu. atas nasihat doktor pakar, aku terpakse mndaftarkan diri kat GH utk pemantauan yg lbih teliti.
aku sampai kat sepital lebih kurang kol 3pm....masyaallah...lembab bol service sepital ni (mahaplaa ye kalo ade staf² kat sane yg bace entry ni terase... ni pandangan ikhlas aku n bkan nak prejudice kat korang)..bayangkan je mase pedaftaran amik mase hampir 1 jam sedangkan time beratur tu cume ade 5 org je yg berbaris kat dpan aku...diorang kate masalah service computer down... yelatu kot..
lepas register name sorg M.A panggil aku.. begini perbualannye:-
M.A : nape arini kak?
aku: bleeding x berenti walopun da 2 blan bsalin....
M.A : ooo kak da bsalin la ni?
aku : dah...21 ogos aritu (dlm ati : nampak mcm pumpuan pregnant lagi ke aku ni????)
M.A : ooo.. bleeding x benti langsung ke kak...darah tu cemane?
aku : x benti langsung...darah lpas bsalin...
M.A : kaler ape?
aku : bla...bla.....bla....
hehehehehe.....proses temubual yg memboringkan!!
pastu m.a tu suruh aku gi wad 2B, "akak tunjuk surat doktor ni, gl sume tunjuk kt sane nanti diorg uruskan" kate m.a tu lg.aku, hubby n darwish pun dgn mengikt segale arahan pegilaa ke wad 2 B... sampai kat sane aku trus tunjuk surat doktor kat kaunter yg cik² nurse tgh dok membuat keja. "ni wad patah².. awak sakit puan.....pergi wad 2A ye".... kate nurse tu.
aku, hubby, n darwish pun trus gi wad 2A dgn patuh...sampai kat sane ade masalah jugak sbab katenya aku x daftar utk masuk wad.
(bab ni aku maleh nak cete coz blaku sedikit argument dari pihak kami dgn pihak nurse² kat situ. ape yg bleh aku kate, u ols kene la laksanaken prinsip 7S yg aku bace tertampal cantik kat dinding wad tu...sesetengah dari u ols laa kan.. bkan kate sume k)
nak dipendekkan cite, doktor kat situ mencelah memang aku da drujuk pada pakar n aku pun kenalaa jalankn pemeriksaan pap smear skali lagi...keputusannye doktor yg jalankan pemeriksaan atas aku tu kate aku kene admit wad ptg ni juge ut siasatan lanjt.. eheheh...hubby pun kena turun naik lift lagi skali mndaftarkan aku yg kene masuk wad kat tingkat bawah wad tu.kesian die....dahlaa ada sedikit angin laut cine selatan tadi.... hmmm.....
masalah timbul lg coz bile hubby tunjuk GL pade petugas yg dimaksudkan, die kate wad kelas 1 penuh. jadi aku kenalaa masuk wad kelas 3. aku takde masalah nak dok 3rd class pun.. bkanle ngade² tp memandangkan aku bawak darwish (coz die breastfeeding) ...susah jugak tu...lagipun pade mulenya aku kene masuk wad perempuan yg mengumpulkan pesakit kencing manis, darah tinggi n lain².
pas perbincangan ngan doktor, die pun kate x sesuawai aku masuk wad ni coz banyak kuman leh merebak pade baby... so atas arahan dotkor aku dimasukkan ke wad antenatal n postnatal ...wad ibu² yg bakal melahirkan n kebetulan ada kekosongan utk 1st class... ahamdulillah, Allah permudahkan walupun pade asalnye blaku sdikit ketegangan...
dipendekkan cite lagi, analisa doktor mengatekan yg aku kena jangkitan kuman memandangkan mase nak melahirkan darwish air ketuban dah bocor, n bila gi sepital kena induce 2 kali..pastu sakit lbh dr 18hrs n proses vaccum yg memungkinkan tjadinye penyebaran kuman kat pangkal rahim.
aku discharge dari wad lepas 3 hari bertape kat sane... alhamdulillah....n projek masak memasak will be kaming soon......!!!
Wednesday, October 22, 2008
Darwish Mama dah 2 bulan.....
Darwish posing dalam keta sorong...eeheheh..sengih manjang je die...macam naik payung terjun pun ade kann...nih gambo² Darwish... dah makin bijak anak mama ni.. bile nampak papa je mesti tersengih² & ajak berbual mcm da besar sangat...pastu merengek manje mintak didukung...dah dukung senyum jap pastu merengek lagi mintak timang...dah timang ketawa pastu cakap² sket ngan papa pastu merengek lagi mintak buat aksi kapal terbang.. hehehe.. siannn... sampai lenguh tangan papa angkat Darwish, konon² macam naik kapal terbang tu... bile letak je mulelaaa merengek manje... hihihih.. buat mama n papa geramm jeee. rase nak cubit² pipi tu....
Sotong Percik Ramadhan

Sumber : rossitamz,MR
memandangkan aku buat nih di bulan syawal yg mulie, make name sotong tu dgn suke hatinye aku nak ubah...hahahah.. mandai je, marah empunya resepi ni kang...x delaa guro je... tapi rase sotong ni memang superb, wallaaaa, mabeles, ntah ape lagi sumenyelaa yg menggambarkan kesedapan sesuatu makanan tu aku rase bleh bg laa kat resepi ni... pada pendapat aku laa kan.. pada korang aku x taulaa.. tapi kenelaa cube dulu baru tau sedap ke x...tol x? pada aku memang x mengecewakan...
Bahan-bahan ( 6 orang ) ----> aku buat half je.
8 ekor sotong yang besar
10 biji cili kering (**)
5 biji cili padi (**)
5 biji cili merah (**)
1 labu bawang besar (**)
2" halia (**)
2" lengkuas (**)
2 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam
Garam dan perasa secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan sotong dan potong ikut suka.
2.Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3.Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4.Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
5.Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!
Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang )
3 ekor sotong (saiz besar)
1 inci halia - dititik
3 biji bawang putih - dititik
1 batang serai - dititik
5 - 7 biji cili api - dititik
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 cawan kicap manis
garam & cuka secukup rasa (cuka boleh ganti dgn air asam jawa @ asam keping)
1.Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.
2.Tumis halia, bawang putih, cili api & serai hingga wangi.
3.Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu sebentar hingga mendidih.
4.Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. Kacau selalu.
5.Biarkan hingga bawang layu & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam & sedikit cuka.
**jangan biar sotong masak terlalu lama coz boleh menghilangkan rasa manis & liat bila dikunyah
Udang Masam Manis

Simple je lauk neh.... selalu kalo time kenduri kawen mesti ade masak sweet sour ni kat meja pengantin. tak kisahla nak pakai ikan siakap ke, ikan bawal ke, udang ke... aku pakai udang je sebab tu je ade dlm esbok.. hihihi...kadang tu kalo dah maleh masak, bahan basah pun takde, aku hantam je ngan telur goreng mate lembu.. sedap gak ooo... bertambah nasik, makan lak panas², wat pdas² sket... huh....
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
400 gm udang (saiz sederhana)
1 inci halia - dititik
4 biji bawang putih - dititik
2 biji cili merah - di belah dua setiap satu
1 biji bawang besar -dihiris bulat
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
2 camb sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 batang carrot - dihiris
1 biji tomato - belah 4
1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
***boleh tambah sayuran lain kalo suke, e.g: nenas,timun,brokoli etc.
Cara-cara
1.Udang dibersihkan dan dibuang belakang.
2.Tumis halia, bawang putih & cili merah hingga naik bau.
3.Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau sebentar dengan bahan tumisan & kemudian cepat² masukkan air & carrot.
4.Biarkan hingga carrot empuk & kemudian masukkan udang,bawang, tomato & serbuk lada hitam.
5.sementara menunggu udang masak, perasakan hidangan dengan garam & gula. Sukatan saya x dapat nyatakan disini coz main agak² saje tapi pastikan gula tu x menenggelamkan rase masam n sebaliknya.
Saturday, October 18, 2008
Bun Sardin Cili

60 gm marjerin / butter
Friday, October 17, 2008
Kalam Qusyairi Darwish - 1 Syawal
Lepas sembahyang raya buat doa selamat untuk Darwish... Ni gambar Darwish kene kiss gan noyang lepas jambul dikerat.. eheheh...Thursday, October 16, 2008
Cahaya Mata
Mengimbau balik kenangan waktu tu, aku sepatutnya melahirkan pada 1 September 2008. Tapi, air ketuban dah bocor pada 17 Ogos 2008. Memandangkan hari tu cousin aku bertunang, jadi aku putuskan untuk ke hospital pada hari esoknya.
Pada 18 Ogos 2008, aku pergi ke klinik desa coz kebetulan hari tu adalah hari weekly checkup. Husband aku pun kebetulan balik ke JB & menemani aku bersama² ke klinik. Nurse kat situ pun nasihatkan aku supaya terus ke GH memandangkan air ketuban dah bocor (leaking liquor). Aku pulak sempat balik umah dulu masak makan tengahari n lepas tu dalam kol 2 baru gerak ke GH.
Aku sampai di GH ditemani oleh hubby, mak long, pak long n kak long. Aku terus daftar di bilik saringan. Masyaallah... ramainyeeeorang yg mengandung.. hihihih... so lame jugakle aku menunggu giliran untuk di cek...
Lebih kurang sejam lebih pastu baru name aku dipanggil n dalam bilik saringan tu macam² dioranng cek.... Lepas buat VE aku diminta tunggu kejap kat luar utk dapatkan keputusan ujian.
Dalam pukul 6 ptg, baru aku dapat keputusan ujian tersebut yg mengatakan aku kena tahan kat wad coz air ketuban dah bocor n takut ada jangkitan pada baby. So dengan berat atinye aku pun didaftarkan ke wad kelas satu, katil D18.
19 Ogos 2008 - aku diinduce kali pertama pada jam 7 pagi utk cetuskan rasa sakit bersalin. Tapi sampai ke malam aku masih rasa macam biasa n x da langsung rasa sakit. cuma 3 - 4 jam sekali aku kena buat VE je. Time tu jalan cuma buka 1.5 cm.
20 Ogos 2008 - hari ni sekali lagi aku diinduce. lepas Induce kali kedua ni barula terasa macam rasa senggugut... tapi aku masih boleh ketawa² lagi.. hehehe.... tapi lepas jam 3 petang, baru btol² terasa sakit 15 minit sekal. aku dah melepek je atas katil sementara tunggu parents n hubby datang melawat petang tu. makan malam petang tu memang x leh masuk, aku paksa jugak sebab kate mak nanti aku kena ada banyak tenaga utk meneran. nak pegang sudu pn x larat at last hubby yg suapkan. aku muntah dgn banyaknya masa tengah makan tu.... uhuhuh.. sedey.. tibe² je mengalirkan air mata..
8 malam, nurse datang cek aku kate aku da x tahan sangat sebab sakit yg datang da 3 minit sekali. macamanapun jalan masih lagi 1.5 cm. memang sakit tak ingat.....aku merintih, time datang sakit tu aku ucap lailahaillah, allahumma salli ala muhammad kuat²... ngeeee!~ sebab tu je carenye aku leh kuat aku rase.
9 malam, air ketuban aku pecah sepenuhnye n time tu aku berdebar² tunggu saat melahirkan. tapi doktor kate jalan masih lagi 1.5cm n x bukak². dalam hati aku susah sangat casear jela sebab aku da tak tahan sakit yg menyucuk² kat ari², pinggang n punggung... rase nak tercabut punggung aku n kalo bole tanggalkan kejap memang da lame aku buat. uuhuuh...
21 Ogos 2008 - pukul 2 pagi baru la doktor sahkan jalan da terbuka 5 cm. lega sket ati aku waktu tu n aku terus call hubby yg setia menunggu dari petang tadi supaye naik ke wad. aku disorong ke labour room - bilik 14. kat situ nurse yg ada terus mintak aku baring atas katil n pasangkan CTG untuk tau gerak nadi bayi. time ni sakit tu aku rasa da 15 saat sekali laaa kot sebab yg aku rase hanya sakit sakitt sakiitttt dan sakiiiittttttttt walopun nurse tu da bius utk kurangkan rase sakit n supaye aku tido... tapi aku x leh tido gak..... cian hubby terpaksa melayan rintihan aku sepanjang kat labour room tu...
9 pagi, doktor pakar datang utk cek n barulah aku dibenarkan bersalin coz jalan da terbukak 10 cm. sepanjang kesakitan yg aku tanggung kat labour oom tu rasenya macam nak terpisah punggung dari pinggang....bila dapat je green light staff² yg bertanggungjawab terus membantu aku memulakan proses bersalin yg aku cume dengar, baca n tonton selame ni. masa tu mengucap cukup² dalam hati, berdebar².... aku pun buat seperti yg diarahkan tapi malangnya sampai 1/2 jam aku masih gagal melahirkan. doktor kata teran macam masa buang air besar...aku rasa aku da buat dah... tapi masih gagallll lagi baby aku nak keluar. jam 9.50 pagi, doktor putuskan supaya teknik vaccum dijalankan coz takut baby lemas... akku pun masa tu da takde tenaga nak teran n mungkin tahan sakit terlalu lama, lebih 18 jam.... tak kisahlah nak pakai teknik ape pun janji baby selamat.
akhirnya,pada 21 Ogos 2008, jam 9.51 pagi, bayi yg comel & dinanti²kan selama ni akhirnya selamat lahir ke dunia.
Kalam Qusyairi Darwish - semoga menjadi kebanggaan mama & papa dari hari ini dan selama² nya, Insyaallah!...Mama sayang Darwish!!
Ayam Pandan

idea resepi ni aku amek dari che'iza http://www.myresipi.com/top/detail/4143. tapi oleh kerane aku ni ade penyakit 'M', so aku ade ubah sket resepi tu, gune je ape yg ade dalam kebinet dapo aku...uhuhuh... tapi still menjadi sdapp... wangi n harum bangat bau die. so resepi aku spt dibawah...original resepi leh click kat name che'iza diatas k...
Bahan²
6 ketul ayam (bahagian berdaging - hiris nipis.)
*1/2 biji bawang besar
*3 biji bawang putih
*1/2 inci halia
*1/2 inci kunyit
*8 biji cili api
*1/2 sk jintan manis
*1/2 sk jintan putih
3 sb santan pekat
garam
secubit gula
daun pandan
Cara²
1. Bahan² * dikisar halus (guna pengisar kering)atau ditumbuk. Satukan bahan tumbuk, santan, garam & gula dengan ayam dan perap seketika (lagi lama lagi sedap).
2. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
3. cucuk ayam yg siap dibungkus supaya ayam x keluar. kalau taknak cucuk pun pastikan daun pandan diselinap dengan kukuh n kemas.
3. potong lebihan daun supaya kemas.
4. goreng dalam minyak hingga perang (deep fry)
Friday, October 10, 2008
Puding Tauhu

Erm... Sedapp! tu je yang terlintas kat kepala aku bile masuk je pudingtauhu ni dalam mulut.... lembut n nyaman rasenye, macam tau fu fah tekstur die.manis pun sedang² je, sesuwai utk aku yg tak bape suke manis... neway my lovely hubby bagi kredit utk hasil resipi ni, best sangat katenye.... aku suggest korang cube, x rugi sebab betul² sedap...
Bahan² untuk puding:
17 gm agar-agar strip (rendam 1 jam n toskan)1 1/4 liter air
1 cawan santan pekat
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sb gula
Bahan² untuk kuah :
1 tin laici
2 tin air (guna tin laici)
8 sb gula pasir
Cara²:
1. Masakkan semua bahan² untuk kuah, biar hingga mendidih. Jangan lupe potong kecik² isi laici supaye sume org dapat rase. Tunggu sejuk baru simpan dalam peti ais.
2. Satukan susu pekat, susu cair & santan dalam satu mangkuk dan kacau hingga sebati.
3. Masak agar² strip dengan air dan gula, biarkan mendidih. Bila dah mendidih slowkan api & masukkan susu & sabtab yg dag disatukan tadi.
4. Kacau selalu adunan yg dah disatukan hingga mendidih. step ni penting kalo tak nanti pecah minyak x sedap. kena selalu kacau sampai mendidih balik.
5. biarkan sampai suam² kuku baru curahkan dalam bekas. jangan curah masa tengah panas sebab nanti akan terbetuk lapisan yg x cantik.
6. bila dah nak sejuk masukkan dalam peti ais. cara makan senduk puding macam senduk tau fu fah, n curahkan kuah tadi.
sedap dimakan time cuaca panas.












