hasilnya........
Assalamualaikum & Salam Ukhwah.... m( ^_^ )m Terima kasih kerana sudi berkunjung ke 1001 Cerita 1001 Rasa... Laman kecil tentang keluarga saya & cerita ceriti masakan yang telah saya cuba.... Saya amat mengalu2 kan kesudian tuan/puan semua, kalau ada resipi yg berkenan, silalah ambil...x payah mintak izin... :) apepon,gambar2 disini semua "Hak Cipta Terpelihara", ye..... perbuatan mengambil gambar tanpa keizinan sama seperti pencuri.....Harap maklum....PEACE!~
Tuesday, January 27, 2009
Eps 1: Seharian di A Famosa, Waterworld, Melaka
hasilnya........
Tumis Tempoyak & Petai

5 papan petai
Kerutup Ikan

Brownies

Bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )
200 g mentega/majerin
200g dark choc.
170 g tepung gandum
30 g serbuk koko
4 biji telur
170 g gula halus
Cara-cara
1.Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
2.Tepung dan koko diayak bersama.
3.Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
4.Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
5.Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
6.Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
7.Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.
8.Hias brownies ikut selera.
Sambal Petai

banyak btol petai yg MIL aku bawakkan dari kampung.... FIL aku laa, jiran dekat ngan umah mintak tolong FIL aku panjatkan pkok petai die, sebab org tu tak reti nak panjat... so FIL aku pun panjatlaa, banyaakk giler hasilnya, maklumlaa berpokok².... so tuan punye pokok tu bagilaa sket kat FIL aku... MIL aku siap bungkuskan 1 plastik besar untuk aku n hubby.....!~ maklumler, hubby aku nih gemar ngan ulam....senak peti ais aku ngan petai.. hehehe.....masak sambal ni pun aku boh banyak²...kalo beli manelaa dapat isi camni.... isi yg beli tu besor² kuku anak kucing jiya jer.. pastu mahal giler..... yg MIL aku bawakkan ni memang besoooor isi die... huih... memang puas atilaa makan.... .
Bahan²
*segenggam cili kering
*1 biji bawang besar
*5 biji bawang putih
*sedikit belacan
segenggam ikan bilis
petai secukupnya
1 biji bawang besar - hiris bulat
air asam jawa
garam
gula
Cara²
1. petai dikupas dan basuh bersih²... ketepikan.
2.kisar bahan bertanda *. tumis hingga garing.
3.masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. masukkan petai ngan ikan bilis.
5. biarkan seketika hingga mendidih. padamkan api n hidang. sedap makan ngan nasi putih panas²...nak² kalo ada ikan kering....uhuhuhu!~
Donut

Bahan-bahan
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2.Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3.Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4.Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5.Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6.Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7.Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
Saturday, January 24, 2009
PERHATIAN... PERHATIAN!!~
MASIH LUM BERJAYA LAGIK SEBAB BZ N MEMNGONG SKET SUSAH NAK PAHAM..HEHEHE... SEBAB TU AKU TAK SUKER SUBJECT IT...
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI....
WAT SEMENTARA NIH PAKAI YG NIH DULU....
PASNIH KORANG LEH MASUK UMAH BARU EAA!~
AKU NAK UPGRADE SINGLE STOREY TERRACE HOUSE NI KE LOT BANGLO 1800 EKAR....
EHEHEHHE...
Sunday, January 18, 2009
Bugs Bunny Yogurt Drink

Mee Goreng

1/2 kg mee kuning - basuh dan toskan
*segenggam cili kering
Sambal Goreng Tempe

Saturday, January 17, 2009
Choco Egg Pudding

Bahan-bahan
250 ml susu segar
2 sb serbuk koko
3 sb gula halus
2 biji telur
mangkuk puding yg kecil2 atau ramekin
Cara-cara
1.Panaskan kukusan.
2.Satukan susu,koko,gula dan telur di dalam sebuah mangkuk dan dikacau hingga gula larut.
3.Tuang adunan ke dalam mangkuk puding yang kecil 3/4 penuh.
4.Tutup mangkuk berisi puding dengan aluminium foil.
5.Kukus selama 20 min atau hingga masak.
6.Puding siap untuk disajikan.Sedap juga dihidangkan dgn ice-cream vanilla jika suka.
***Dalam cara2 step 4,klau tk tutup dgn alum foil pun boleh jugak tapi penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain.Puding ini jenis yang lembut,tak sesuai dibubuh dlm bekas yg besar kerana tk boleh dipotong.
Friday, January 16, 2009
Watermelon Yogurt Drink

Thursday, January 15, 2009
CROSS LINE BREAD

!~.. ahakzzz.... sebenonye resepi ni tercipta sebab tgn aku gatal nak membentuk roti n sebab nak jelezkan jiya...wakaka... jiyaa, tengok rotiku...mampan kann? muehehehe..... resepi asal roti dari resepi donut sira sambal resepi aku gak... tapi kali ni guna resepi yg same utk jadikan roti... x salahkan??kite yg wat dier... ape adehal... :P
**bahan utk roti leh ikut bahan donut sira sambal. pastu biar breadmaker yg uli...kalo xnak biar tgn sendirik yg uli ye...make sure uli sampai x lkat kt mgkuk.(aku buat 2/3 adunan je)
bahan2 inti:
1 tin kecik sadin
2 biji kentang - potong dadu n goreng sebentar - jgn sampai garing
sedikit serbuk kari
bawang merah - dadu
**bawang putih
**sedikit ikan bilis
**halia
**cili padi
sedikit air asam jawa
daun kari
*2 biji telur
*garam
- *pukul dan dadarkan nipis²
Cara² untuk inti :
1. kisar atau tumbuk bahan bertanda **.
2. tumis sampai garing
3. masukkan pes kari, tumis lagi sampai garing.
4. masukkan sardin yg dihancurkan. tumis sampai naik bau.
5. Masukkan bawang merah dan kentang yg dah direbus serta air asam jawa.
6. perasakan dgn garam dan sedikit gula.
7. sejukkan sebentar.
Cara² membentuk roti:
1. bulat²kan doh jadi 6 biji.
2. letak satu atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan bentukkan empat segi ngan tangan.

3. isikan telur dadar ngan inti tadik.

4. gulung telur dadar yg berisi inti perlahan². letak ditengah² doh yang dah dicanai memanjang tadi. hiris berbilah kiri dan kanan doh - jumlah mesti same, kalo kiri hiris 10, kanan pun kena 10.silangkan seperti dalam gambar.

5.pas siap silang suma roti, bakar dengan suhu 150 degree selama 30 minit bergantung pada oven masing² k...makan panas² ngan teh...uuuu...nyamannnn tuuu.....
Boikot Barangan Yang Menguntungkan Israel
Disini aku mengambil kesempatan menyeru kepade sekelian rakan taulan supaya kita sama² menunjukkan kebencian kita kepada rejim Israel yang tak habis² menyusahkan orang Islam amnya dan khususnya di Palestin.
Teman²...
Mungkin usaha kita ini terlalu kecil nilainya ibarat sebiji garam ditengah lautan dan tak mampu menghentikan kekejaman yang telah berlangsung sekarang...... Tapi percayalah janji Allah yang akan membalas kebaikan dan keikhlasan dengan setimpal. Janganlah kita juga turut menyumbang walau 1/2 sen pun dari hasil titik peluh kita untuk membeli peluru si kafir laknat yang akhirnya membunuh mati sahabat seagama, Muslimin Muslimat yang tidak berdosa di Ghaza, khususnya anak² kecil yang tidak mengerti apa².
Dibawah ini adalah logo barangan yang sering kita gunakan dalam urusan harian. Tepuklah dada, tanyalah selera adakah kita ingin terus menjadi penyumbang kepada sengsara?


Wallahualam....
Wednesday, January 14, 2009
(Epsd 3) : Majlis Aqiqah Untuk Puteraku - Kalam Qusyairi Darwish
(Eps 2) : Majlis Aqiqah Untuk Puteraku - Kalam Qusyairi Darwish
peralatan utk cukur jambul... air bedak, bunga rampai, daun sirih, cermin, sikat n gunting...
aku kena pusing 7 kali masa kaum wanita tgh marhaban....darwish kena selimut ngan kain songket....ehehe... lena laks dier kena selimut ngan kaen songket tu....
ni pusingan yg terakhir....kalo ruang tamu mak aku luas padang bola, mengah nak berpusing... ehehe....
ni mak long aku.... import dari jb....
ni tok mak, nenek hubby.....darwish celik main2 jer... bile dgr org mendayu2 marhaban, terus tido blik... x heran kepala kena basahkan ngan air bedak...(Eps 1) : Majlis Aqiqah Untuk Puteraku- Kalam Qusyairi Darwish
Tanggal 3 Januari 2009, Sabtu, 3 petang, majlis Aqiqah utk satu²nya putera tercinta selamat dijalankan....
Majlis ni di rumah MIL ngan FIL aku di Felda Pemanis 2, Segamat..... kami korbankan seekor kambing je, kambing yg kedua insyaAllah bakal menyusul sebelum akhir tahun ni kat umah mak aku pulak...
ni my FIL.....tengah bukakkan tali yg diikat pade kambing lepas disembelih.... gambo mase sembelih takde, sume tgh kagum n khusyuk memerhati sampai lupe nak amik gambar... gambo sebelum sembelih pun takde.....lupe nak amek... ehehe...
projek menanggalkan bulu kambing sebelum melapah daging....
Cermat orang lelaki wat keje kan?
potong kecik² supaye mudah nak makan....











