Assalamualaikum & Salam Ukhwah.... m( ^_^ )m Terima kasih kerana sudi berkunjung ke 1001 Cerita 1001 Rasa... Laman kecil tentang keluarga saya & cerita ceriti masakan yang telah saya cuba.... Saya amat mengalu2 kan kesudian tuan/puan semua, kalau ada resipi yg berkenan, silalah ambil...x payah mintak izin... :) apepon,gambar2 disini semua "Hak Cipta Terpelihara", ye..... perbuatan mengambil gambar tanpa keizinan sama seperti pencuri.....Harap maklum....PEACE!~
Saturday, February 28, 2009
Sunday, February 22, 2009
Wednesday, February 11, 2009
Tuesday, February 10, 2009
Milk Chocolate Scone


Bahan² (16 biji scone)
170 gm tepung gandum
2 sb gula
3 sb baking powder
5 sb mentega / margerin - sejukkan
125 gm susu segar
secubit garam
16 biji Milk Chocolate
1 sb susu pekat + 1 sb air - larutkan untuk sapu permukaan scone
Cara-Cara
1. Mentega / margerin dipotong kiub kecil² dan sejukkan sebentar ditempat dingin beku.
2. Ayak tepung gandum, gula halus, baking powder dan garam.Masukkan mentega yang telah beku dan ramas sehingga jadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus digaul kaedah kaup balik.
4. Bahagikan adunan kepada 16 bebola kecil.
5. Ambil satu bebola tadi, leperkan dan masukkan milk chocolate. tutup rapat dan bulat²kan semula.
6.susun atas dulang pembakar yang telah dilengser dengan margerin.
7.bakar pada suhu 150 C selama 15 minit - bergantung pada oven masing-masing.
9. apabila separuh masak, sapu permukaan scone dengan susu pekat yang telah dilarutkan dengan air. masukkan semula kedalam oven, biarkan sehingga masak atau scone bertukar kepada warna perang.
10. kalau nak buat adunan scone rasa coklat, leh tambah 1/2 sk chocolate emulco dalam adunan tepung.....
Ikan Percik Bermadu

Bahan A
4 ekor ikan kembung / ikan mata besar / ape² jenis ikan
1 inci kunyit hidup
sedikit garam
1 sk madu
daun pisang /daun kunyit secukupnya - utk bakar ikan
Bahan B
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 jari kunyit hidup
5 tangkai cili kering
15 biji cili padi
1 inci belacan
Bahan C
300 ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
200 ml air
1 asam keping
1 - 2 sb gula (ikut citarasa)
2 sb madu
garam
Cara²
1. Bahan A (kunyit dan garam) ditumbuk hingga halus.Masukkan madu dan kacau rata.
2. Bersihkan ikan. Perap dengan bahan A yang telah ditumbuk tadi lebih kurang 15 minit.
3. Alaskan ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Panggang @ bakar ikan yang telah diperap hingga masak. - tak perlu terlalu garing.
4. Sementara itu blender halus bahan² B. Kalau rajin bolehlah ditumbuk hingga halus.
5. Masukkan Bahan² B yang telah halus dikisar kedalam periuk. Tambahkan santan pekat dan air. Masak diatas api sehingga mendidih- kacau selalu supaya tak pecah minyak.
6. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, madu dan asam keping. rasa masam, manis dan pedasnya.
7. Matikan api. celupkan ikan yang telah dipanggang @ dibakar kedalam kuah tadi sepenunhnya dan keluarkan, letak ikan yang telah dicelup kedalam kuah diatas daun pisang @ daun kunyit.
8.Panggang @ bakar ikan sekali lagi. Balik -balikkan ikan diatas dulang pembakar @ pemanggang. Jangan lupa sudukan sedikit kuah semasa proses memanggang kali kedua ni. Biar sehingga ikan dan kuah bersalut sepenuhnya barulah diangkat.
9.Sedia dihidang bersama nasi putih panas. Kuah yang lebih bolehlah dihidang bersama ikan tadi.
Monday, February 9, 2009
Keli Berlado

Jalan² Cari Makan
si kecik ni sekarang dah pandai....ape org makan sumer dier nak.....pantan tengok org mengunyah, ier pun terkunyah² same walhal dalam mulut tu takde makanan pun....heee..!~
Laksam

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam
>>bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
>> Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
>>cili:
cili merah
belacan
garam
limau
Cara-cara Cara buat laksam:
2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
Potato Bread

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )
135 ml air ais
3/4 cmt garam
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar)
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung
50 gram gula
2 cmt yis segera
Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut
Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.
Cara-cara
1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
2.Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
3.Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4.Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
5.Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
6.Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. 7.Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
8.Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
9.Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).
Ikan Goreng Berempah

Bahan-bahan ( 4 orang )
4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng
5cm kunyit hidup
6 ulas bawang putih
1cm halia
sebatang serai - *optional
garam
Cara-cara
1.Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
2.Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat.
3.Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.
4.Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.
5.Sedap makan ngan nasi putih panas
Sunday, February 1, 2009
Cream Caramel

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus - aku pakai 4 sudu jer coz x suker manes....
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara-cara
1.Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. 2.Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
3.Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau 4.masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
5.Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
6.Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
7.Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
8.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
9.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais. sejukkan sebelum diterbalikkan dan dipotong.
Colek Daging Panggang

Bahan-bahan
Bhn utk colek:
cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
1-2 biji cili masak - dikisar
1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
1 biji tomato - dicincang
1 labu bwg besar dicincang
daun coriander/ketumbar - dicincang
lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
2 sudu besar nampla/minyak ikan
garam & gula secukup rasa
extra air masak (tuk kuah colek)
Cara-cara
2.sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato..
3.hidang daging panggan dihiris nipis bersama colek...
Telur Dadar

Eps 2 - Zoo Melaka
sebelum masuk zoo, makan dulu....lapar weh pas berendam....merangkap tuam rumah, lauk pauk sumer aku yg masak ....hehehe....
jalan naek tangge nak masuk zoo....perut masing2 da berat pas makan....





