
hoye..hoye.... untuk memanaskan badan di musim tengkujuh nih, ape kate pekena semangkuk due sup ekor lembu??sodap nih, tabur daun sup, bawang goreng, campor sket sambal kicap, makan sila panggung sambil nengok tv...uhuhuhu!~ best kan kan kannn? kalo nak, gi amik sendirik kat dapo nun...dalam tudung saji tu, cube la tengok kalo ade belen2...ari nih macam banyak sikit mood nak bersedekah... kikiki....resipi sup yg simpel mimpel je... tapi walopun simpel, nak gak share ngan korang... :)
Bahan2 rebusan
*1 kg ekor lembu
*1/2 cawan tepung gandum
*Air secukupnya untuk merendam
* Air secukupnya untuk merebus
Bahan Tumis
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang kecil - hiris
*1 biji bawang besar
*5 biji bawang putih
*3 inci halia
*2 batang serai
*2 biji buah keras
*1 sb lada hitam biji
*1 sb lada putih biji
*3 sb jintan manis - sangar hingga wangi
*3sb ketumbar - sangar hingga wangi
*3sb jintan putih - sangar hingga wangi
*sebatang kayu manis
*2 kuntum bunga lawang
* 4 biji buah pelaga
* 4 biji bunga cengkih
2 sb rempah sup - dijadikan pes dengan 1/2 cawan air
2 sb stok ayam (untuk dapatkan rasa lemak je..bukan rase ayam.. optional)
garam
Air secukupnya
Bahan Hias
Daun sup - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Hidangan Sampingan
Nasi Himpit
Sambal Kicap
Cara2
1. mula2, bersihkan ekor lembu dan potong2kan lebih kurang 2 inci setiap satunya.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum dan ekor lembu yg telah dibersihkan & dipotong tadi. lumur hingga bersalut semuanya.
3. masukkan air secukupnya untuk merendam, lumur lagi hingga rata.
4. Biarkan seketika lebih kurang 10 - 15 minit. Tujuannya untuk membuang bau hamis lembu & kotoran2 yang tak dapat dibersihkan dgn air biasa.
5. kemudian, bersihkan ekor sekali lagi dan buang sisa2 tepung yang melekat.
6. Masukkan ekor lembu ke dalam periuk. Masukkan air hingga melebihi sedikit paras ekor dalam periuk.
7. Rebus dengan api sederhana hingga 3 kali mati air lebih kurang 2 jam sampai ekor lembu empuk. ( Rebus kali pertama, bila cetek airnya, tambah lagi air separas ekor didalam periuk dan rebus lagi untuk kali kedua. bila air cetek lagi, tambah lagi air dan rebus lagi untuk kali ke tiga. bila air pada rebusan ke tiga ni cetek,tambah lagi air, rebus hingga mendidih dan tutupkan api)
8. bila ekor sudah empuk, ketepikan sebentar.
9. kisar bahan2 tumis bertanda *.
10.Didalam kuali, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, dan bawang besar serta bawang putih yg dihiris.
11.Bila bawang layu, masukkan bahan2 yang dikisar. Tumis hingga garing.
12. Setelah pecah minyak, masukkan pes rempah sup dan kacau lagi hingga garing. Matikan api.
13. Masukkan bahan tumisan tadi kedalam periuk yg mengandungi rebusan ekor lembu.
14. Masak lagi atas api sederhana. Tambahkan air jika perlu.
15. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga stok ayam jika suka.
16. Bila dah mendidih, padamkan api.
17. hidang bersama taburan daun sup & bawang goreng.
18. kalau suke, boleh makan dgn sambal kicap dan nasi himpit... :)
19. selamat Mencuba.. :)