Click² My Nuff

Monday, May 31, 2010

Puding Permata



setelah sekkian lame tak memasak, apetah lagi memuding, akhirnye terhasillah Puding Permata ni...itupun lepas dok termenung kat depan resipi selame beberapa hari....hhehehe...ikutkan sangat perasaan malas ni memang tak jadik apela kan.....mengenangkan yg nak makan tu baby dlm perut ni jugak, aku pun merajinkan diri sendiri utk menggodek² bahan² bagi menghasilkan puding ni.... puding yg sedap dimakan sejuk²...memang best sebab ade paduan rase kastard n coklat...jemput makann....resipi dari Rositamz, MR...



Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )

  • ** Bahan untuk agar-agar :
  • 300ml air
  • 200ml susu cair @ susu segar
  • 125gm gula pasir - aku guna 80gm sahaje
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • ** Bahan untuk kastad :
  • 500ml air
  • 400ml susu cair / susu segar
  • 250gm gula pasir - aku guna 160gm sahaje
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara-cara

  1. ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
  3. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Friday, May 28, 2010

Kek Kastard Pandan



wat sempena besday hubby 25.05.2010.... sangattt sedap...cume kastard tu aku wat terlembik sket...apepun masih x menjejaskan keterampilan...ahakz!~ en hubby suker bangat...tambah lagi die x gemor b/cream kek, cekelat kek, ciskek...jd untuk menyesuaikan selera tradisionalnye itew, aku watkan lah kek nih...puji melambungg2 gtew.... recommended recipe!~ oh yea...kek sepan tuh aku ganti ngan tepung kek span vanila readymade jenama Nona sbb aku malas... kuikuikui....... cume add telur, air, esen pandan n kaler ijo jer skett... hihihih...




gambo tak cantik....x pandai lagik nak 'menyetting' kamera baru nihh.... tensen².....banyak kali snap, ni jerla yg kire okeh.... resipi kek dari sweet4ever, myresipi...



Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara

  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan


  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.


  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).


  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.


  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..


  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Tuesday, May 18, 2010

Waffle

first of all nak ucapkan tima kasih kpd kekawan yg sudi wish n kirimkan kad sempena Mothers Day itu hari....ya ampunnnn...makcik sekarang nih dok ralit melepak kat pesbuk.... tetibe macam terlupe plak diri ini memiliki blog ...hehehe...alasan mmg x bleh blah ni.... kkikikiiki... yg benarnye aku tgh mengalami fasa KEMALASAN... malas nak masak, malas nak sidai baju, malas nak lipat baju, malas...malass..n malasss.... taunye nk melingkau jer gulek2... hhoho.... nanti aku dtg umah korang amik kad ea.maafla sbb lmbat...jgn ade yg terasa ati n tanak kawan aku lak pasni..hihihi...




sempena Hari Ibu aritu, en hubby telah bermurah hati menghadiahkan  toys yg sangat2 aku idamkan iaitu Waffle Maker... sukenya dpt adiah nih, bolehler aku mewaffle... salu asik dok mengayekan tokey kedai waffle jer...hiihih... brand waffle maker ni dari Takada... dek kerana eksaited, aku mulela bereksperimen buat waffle...pepagi bute arini dah brekpes homemade waffle...huhhh... mmg masyukkkk.... makan ngan pinat butter n choc spread...yumies... jempot mknnn... :)

Wednesday, May 5, 2010

Menyusukan Bayi Ketika Hamil

Asaalamualaikum & Salam Sejahtera....


ape kabar kawan2 yg aku kenal dalam alam 'blogspot' sume??? harap korang sume sehatt belaka.... ade lagi ke yg nak join KELAB MAK YONG² ni? hehehe..... rindu kat korang... terime kasihh pade yg sudi berkunjung kat umah aku ni walopun umah ni takde orang....heheheh...... kini aku kembali membebel kat laman umah yg dah berbulan² aku tinggalkan ni... buat pengetahuan sume, aku sihat, baby pun sehat... sekarang kandungan mencapai usia 19 minggu... loya² & muntah² dah berkurangan...sesekali tu ade la jugak terasa, tapi x seteruk mula².... since dah okey ni, aku dah mulakan aktiviti memasak, tapi yg simpel mimpel aje, janji cukup khasiat n kenyang anak beranak... lagipun sejak aku preggy ni, darwish macam dah terasa² die nak dapat adik agaknye...manjaaaa semedangggg.. nak masak pun susah, asik nak suruh kite ngulit die aje... kalo aku buat tak tau, mule la die menangis kuat2 macam kene bantai sambil meniarap atas lantai...adoyai....sabarrr je laaaaaa..... uhuhuh.....




entry pertama lepas MC berbulan² ni bkan entry pasal memasak..... tapi pasal MENYUSUKAN ANAK KETIKA MENGANDUNG @ HAMIL.... aku memang breastfeed darwish dari sejak die dalam hari, sampai sekarang umo die 1 thn 8 blan.... bile mengandung kali kedua, timbul rasa susah hati yang amat sangat dalam diri aku, sebab orang tua² kate, bile kite mengandung, kite kena stop breastfeed baby sebab kononnya susu tu bukan milik anak yang pertama tapi dah jadi milik baby dlm kandungan... selama bertapa ni, aku banyak jugak mencari² fakta tentang penyusuan masa mengandung ni dari segi PERUBATAN &  SYARAK... Alhamdulillah, banyak sangat info² kat internet dari mereka yang pakar dalam bidang ni tentang penyusuan waktu hamil.... sedikit sebanyak aku dah rasa tak susah hati, aku tanamkan azam yang sekurang2nya walaupun aku mengandung, darwish tetap berhak dapat susu ibu sekurang²nya sampai umur die 2 tahun (ikut sunnah Nabi Muhammad SAW)... cuma sekarang ni sebagai makanan tambahan, aku bagi jugak darwish minum tiap2 pagi masa breakfast secawan susu coklat Dutch Lady untuk bayi umur 1-3 tahun (ada jual dalam pack dalam bentuk serbuk dgn tiga perisa : plain, Madu, Coklat)... bukan aku berniat nak buat die lupa pada susu badan, tapi cume sebagai tambahan pada breakfast die saje..... lepas tu, kalau nak tidur, atau letih main, bila die mintak nak susu badan, baru aku bagi.....


kat bawah ni, aku pastekan satu artikel yang cukup² berguna bagi aku n mungkin pade sume kawan² yang berniat nak teruskan breastfeeding walaupun tgh mengandung... insyaallah, selagi diperkenankan Allah, aku akan teruskan breastfeed darwish walaupun dalam masa yg sama aku sibuk membawak perut... biar lah apa orang nak kata, asalkan aku tahu apa yang terbaik untuk anak² aku.....




MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL (MOMMYGERMS)




Sebenarnya tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira...






1. Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
 (aku minum susu Anmum dengan makan Obimin @ Asid Folic, Vit B, Pil Kalsium, Vit C secara kerap & teratur setiap hari)


2. Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
  ( memang letih bila mengandung lagi² menyusukan darwish... pada awal 4 blan pertama memang mencabar (lagi² aku muntah²), Alhamdulillah dah nak masuk 5 bulan perlahan² aku boleh sesuaikan diri)


3. Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
  (Yes, it's true!~ memang sakit.....tapi aku puas sebab darwish membesar selama ni dengan susu ibu yg memang diyakini bersih dari segi syarak)


4. Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
 (memang patut disebarkan kepada golongan yang tidak tahu..... sebab susu badan tak ada kene mengena dengan kandungan... sihat @ tidak bayi dalam kandungan adalah kerana corak pemakanan si ibu bukan sebab abang @ kakaknye menyusu!~)


5. Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.
 (rasanya sekarang ni kolustrum dah mula terbentuk n mungkin rasa susu sikit terjejas, tapi darwish tetap menyusu walaupun tak kerap... cuma waktu menyusunye saje jadi panjang....)


6. Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.
 (darwish dah 1 tahun 8 bulan.... Alhamdulillah perkembangan badan nye sihat & normal, tak ada ape yg terjejas walaupun aku menyusukan die sepenuhnye ngan susu badan)


7. Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
 (Bila baby lahir nanti, umur darwish dah masuk 2 tahun sebulan.... aku nak menyusukan darwish sehingga 2 tahun sekurang²nya...tapi jika kesihatan mengizinkan, Allah perkenankan, n darwish masih nak menyusu, aku akan teruskan 'tandem nursing' ni selagi mampu)


Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:


1.anda berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
2.pernah keguguran
3.mengalami pendarahan semasa hamil
4.positif GBS carrier
5.dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi


(Alhamdulillah, kesemua tanda² diatas tiada pada aku sebelum ni)


Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan. (doktor kate boleh teruskan aktiviti seks, tapi kurangkan pada awal² kehamilan.. hehe)

 


Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:


Info daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.


Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).


Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.


Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)


Walahu a’lam.


SEKADAR RENUNGAN BERSAMA :




Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:



Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.



Imam As-Syafie berkata:

“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.




 Kelebihan menyusukan anak :


**Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.


**Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.








Wallahualam.... semoga kita sama² mendapat manfaat dari ilmu yang disebarkan... Amin...