Click² My Nuff

Sunday, October 31, 2010

Soft Honey Pumpkin Bun


mood meroti masih segar lagi nampaknye... ni projek petang smalam....roti labu ni sedap, cukup lemak manisnye.... ekceli en hubby beli labu besar giler, dok plan dr smalam nak watpe ngan labu yg besor tu....hehehe....pasnih insyaallah berderet menu labu ye puan2, selagi x abih labu dl peti es tu... 


name sebenar resipi ni Soft Honey Raisin Pumpkin Bun.....tapi aku terlupe letak raisin...ade belen raisin secoet dlm gobok tu, tp lupe lak nak letak...apepun rase bun ni sedap (bape kali nak ulang daa)..hahaha...apepun terime kasih banyak2 kat ummi whazif a.k.a Ros Jintanmanis atas resipi bun yg cukup menawan kalbu ni...jmput cuci mate... :) akak share resipi kt sini ye ros.... :)



Bahan-bahannya ( sumber resepi ros@jintanmanis.com )


220gram tepung roti
30gram tepung gandum
4 gram yis
1/2 biji telur
100 ml susu segar suam+1 sudu besar madu ( di kacau sebati)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
40 gram butter atau marjerin
80 gram labu (yang telah direbus dan dilecek baru ditimbang)

bahan tambahan
1/2 cawan kismis hitam



bahan topping
sedikit kelapa kering/ gula

(aku letak pumpkin seed)


Cara-Caranya ( Jika Uli Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti, tepung gandum, yis, gula, butter dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah-tengah.
2. Kemudian masukkan susu segar yang telah dicampur dengan madu, labu yang telah dilecek serta telur di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh.  Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak  didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.


Cara lain jika menggunakan bread maker :
-Masukkan semua bahan  ke dalam breadmaker, kecuali kisimis hitam, pilih menu dough dan tunggu sampai doh siap diuli baru masukkan kismis hitam dan uli sebentar, selepas itu boleh terus dibentuk bulat-bulat.
3. ( sambungan step jika uli tangan) Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara@angin. Uli lagi 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam. ( ros letakkan dalam papercup muffin dan susun dalam muffin tray, kemudian ros gliss permukaan buns dengan susu segar yang dicampur dengan beberapa titik madu dan tabur kan atasnya dengan kelapa kering dan gula.)
4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 18 – 20 minit. Setelah masak, sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

Friday, October 29, 2010

Kari Ikan Ala India


salam.... arinih mood tak baper nak okeh...tengah sakit ati, geram, tension...huhuhu...susah kan kalo kite terpakse susah2kan diri memikirkan masalah org lain sdgkan org tu langsung tak kisah ttg diri die nk tenggelam ke nk timbul ke nnk tergolek ke...hish...payah²...tak pikir tak boleh, kene jugak pikir..... erm.... 




lauk kari ikan merah ala india ni da buat 2 hari lepas.... resipi dari cik mat gebu kite.... sedap, lebih sedap dari restoran mamak....aku x gemor sgt mkn kari mamak sebab rasa karinye terlalu keras..tapi yg nih ok, sesuai ngan tekak la kirenya... pastu belen kuah cicah ngan roti jala...tak dan nak amik gambo roti jala, tebar² abih dimakan oleh en hubby n darwish...laku cam goreng pisang panas...heheh.... aniwey tenkiyu mat gebu.. :)


lupe nak cakap...kari aku serba kekurangan tang sayur tu....takde terung bendi segala dlm esbok...yg ade cume sawi...hehehe...takkan nak letak sawi skali dlm kari ikan kot...x pernah dibuat orang....jadinye sawi tu aku goreng jer... :)



Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (aku gune babas)
  •  
  • Bahan Tumi
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  •  
  • Bahan-Bahan Lain
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak(tak letak)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna susu cair)
  • Garam, gula 
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.

Thursday, October 28, 2010

Chicken Pizza


kelmarin wat projek meroti...lame benar x panaskan enjin encik BM,naik berkeladak enjin kat dlm tu agaknye...hehee...pastu punyela lame x meroti sampai aku terlupe berape setting utk dough....terperam la sekijap adunan dlm BM tu sementare makcik nk cari buku pnduan mase mule2 beli dulu...nasib baek la jumpe balik dlm laci gobok blah bawah skali...hehe.... wat roti sosej ngan pizza je, gune adunan basic sweet dough dr mamafami yg glemer tu....

permukaan pizza yg tergaring sbb leka memintal sosej roll.... hehe


sosej roll x yah tayangla sbb da pnh tayang dolu...qope itu gak ler...hubby mmg suke sosej roll a.k.a roti sosej ni... as usual, suke ngan adunan basic sweet dough ni sbb roti jd gebus gebas....nyum nyummm...sedap ai tell yu!~ resipi ni amik dr blog mat gebu...tq mamafami n mat gebu :)




Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten - tak letak
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A - tak letak
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur
(gantikam gluten n telur dgn water roux : 20gm tepung + 100gm air =masak hingga likat)



Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....


darwish korek isi je...roti die tinggalkan....hish sabo yo la....


chicken filling : minced chicken + red onion + garlic + blackpepper + salt.... also can add some vege's 

Wednesday, October 27, 2010

Ayam Prune Istimewa



salam semua.... yeeehaa!~ aku kembali mengasap blog yg dah lame sunyi sepi nih... hahaha...blog ni rasenya dah berzaman x dihidangkan lauk pauk, kuih muih, kek², snek², roti² dan seumpamanya....agaknye kalo ayam bertelur pun anak die dah leh wat sembelih dah skang nih... kikiki.....  okey, smalam aku wat ayam masak prune ni utk hidangan tengahari.... encik hubby kate sedap masak ayam camni...rasenya kalo digandingkan ngan nasi himpit ke ketupat ke pon sedap ni....asyik rendang je kan, sesekali tukar la selera dgn lauk camni lak,... resipi dari peti besi aku sendiri, dok nak ngabihkan stok prune yg aku beli mase tgh preknenkan dhira n badam yg konon² berangan nak wat kuih raya arituh tapi lansung x menjadi kuih raya kerane aku dah sarat, nk bawak diri pun x larat... hehe....



Bahan-bahan ( - )

  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • *20 tangkai cili kering
  • *1 biji bawang besar @ 8 biji bawang kecil
  • *5 biji bawang putih
  • * 1 inci halia
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • *1 sudu kecil jintan putih
  • *15 gm kacang badam @ gajus
  • *5 - 7 biji dry prune
  • *1 sudu besar kismis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 batang bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 cawan susu cair / santan pekat
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula
  • garam
  • 1 biji bawang besar - dihiris kasar




Cara-cara


  1. goreng ayam 1/2 masak. ketepikan sebentar.
  2. kisar bahan² bertanda (*) hingga halus
  3. panaskan minyak secukupnya untuk menumis. setelah minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. tumis seketika hingga wangi.
  4. masukkan bahan² yang telah diblender tadi & tumis hingga garing.
  5. setelah garing, masukkan susu cair @ santan, kicap manis dan sos cili. kacau seketika dan terus masukkan ayam. masak hingga pekat.
  6. perasakan dengan garam dan gula (rasanya mesti ada rasa sedikit pedas,masam dan manis. )
  7. setelah hampir pekat, masukkan bawang besar yang dihiris kasar. balik²kan hingga bawang tersebut layu. matikan api & sedia utk dihidang... :)
  8. p/s: boleh juga masukkan sedikit kacang gajus sebiji² yang telah disangar terlebih dahulu.... selamat mencuba !~ :)

Sunday, October 24, 2010

Jom Race Buggy & ATV di PD BUGGY TREK PIT STOP

~:~ STICKY MODE ~:~
sile scroll down utk entry terbaru...tenkiyu :)



asalamualaikum...


terime kasih byk2 pd kawan2 yg sudi tinggalkan ucapan tahniah atas kelahiran Dhira baru2 ni...x sempat lg nk balas kunjungan kwn2 semua... terime kaseh juge pd kawan baru yg sudi menjenguk blog yg jarang dihapdet ni...insyaalah, jap lg setiap kunjungan akn dibalas ye....



kali ni nak cerite sket pasal bisnes en hubby... bisnes perkongsian ni merupekan salah sebuah permainan / sukan ekstrem yang satu2nye wujud di Port Dickson amnye n di Negeri Sembilan khasnya... Trek ni dinamakan PD Buggy Trek Pit Stop bertempat di batu 2, Port Dickson.


 Landmark utk pelancong dalam n luar negara adalah lebih kurang 200 meter dari Corus Paradise Resort, 2 km dari pekan Port Dickson dan jalan masuk ke PD Utama. Kalau lalu kat jalan besar tu memang nampak signboard kat jalan masuk ke trek ni....


Basically, trek ni menyediakan buggy dan ATV untuk semua pengunjung2 yg nak merasa sukan ekstrem ni... trek yang dibina seluas 800 meter dan setiap pengunjung dibenarkan utk memandu sendiri buggy @ ATV sebanyak 3 lap @ pusingan... 


trek sengaje dibiarkan berlecak & tidak rate, so memang sesuai sgt bagi korang yg sukekan sukan lasak ni.... bukan saje sesuai utk golongan dewasa, kanak2 pun boleh merasa pengalaman camni.... senang cerite mmg family friendly la.... even darwish pun dah naik banyak kali... hehehe....


setiap pemandu buggy n ATV akn diwajibkan memakai helmet utk tujuan keselamatan... kemudahan lain macam tandas n shower room turut disediakan...


sepanjang 4 bulan beroperasi ni, trek ni dah pun dikunjungi oleh beberapa travel agent yg membawa pelancong luar negara spt dari Australia, Vietnam, Jepun, China n lain2 lg utk merasa sendiri keseronokan sukan extreme....


begitula serba ringkas cerite ttg trek ni.... jd bg kawan2 blogger yg berhasrat nk dtg cuti2 malaysia kat port dickson, jgn luper calling aku k.... insyaallah utk member2 adela special diskaun menanti :).... bolehla kite beramah mesra sambil race buggy...hehehe....



PD BUGGY TREK PIT STOP

Port DicksonMalaysia71000


Phone:

Ajib : 013-2013727
Kenny: 019-2020791


Operation Hour:

Mon - Fri: 10:00 am - 7:30 pm

Sat - Sun/ Public Holiday / Eve Public Holiday :9:00 am - 7:45 pm




Tuesday, October 19, 2010

My Sweet Little Princess

asalamualaikum kawan2...

 lame ye aku x hapdet blog ni.... macam dah lupe je ade blog... hehehe..... ok, seperti kawan2 sedia maklum aku dah pun selamat melahirkan baby girl pada hari raya ketiga haritu... Alhamdulillah, baby makin berisi n sehat sekarang ni....Darwish pun dah makin serasi ngan adik die, mule2 je la macam pelik sikit ada 'org ketiga' antara kami...hehehe... tp die cepat paham n dapat terima.... n seperti yg pernah aku beritahu, ya aku masih lagi breastfeed darwish hinggalah saat2 terakhir sebelum melahirkan... sampai sekarang pun darwish masih lagi breastfeeding.... aku nekad nak alami sendiri apa itu TANDEM NURSING...

 aku x rase susah pun macam telahan org2 sebelum ni, tp rase seronok sgt dpt bg anak2 susu badan... itulah pengorbanan yg mampu aku lakukan utk diorg sekarang ni :)....di barat, benda ni popular..cume org kite agak jarang dengar n biasenya org2 tue akan tegah kalu anak pertama n anak kedua yg baru lahir kedua2nya hisap susu ibu.....ikut kajian doktor takda apa masalah pun kalau ketige2nya sehat, kecuali atas sebab2 gangguan kesihatan yg sedia ada.... alhamdulillah, my baby lahir dengan sempurna n sihat walopun sepanjang dlm kandungan si abang menyusu badan secara kerap...apepun, kalo korang nak amalkan Tandem Nursing n terus susukan anak sepanjang mengandung, plz dapatkan nasihat doktor n jalani ujian kesihatan dulu k... :)


ha... bebel punye panjang, lupe nak introduce awek ni ha... hehehe...meh kite berkenalan jom... :)


Nama : Nuryn Sufi Nadhirah binti Abdul Ajib
Nama Manjer : Dhira
Tarikh Lahir : 13 September 2010
Masa Lahir : 12.45 tengahari
Tempat Lahir : Hospital Segamat, Johor




masa berusia 4 hari.... kecik je... :)



bukak mate, skodeng sket... heheheh



nangis nak susu :)



berat masa usia 1 bulan : 3.8 kg



sekarang saye dah 1 bulan 6 hari.. :)



selamat berkenalan aunty2 sume.... senang2 dtg la ke PD leh kite beramah mesra.. :)



k ye, dhira nak nenen dulu pastu nak sleep....jumpe lg.... :)