Click² My Nuff

Saturday, July 16, 2011

Upside Down Pizza



Asalamualaikum....

Hari Sabtu yang agak lemau... huhuu..malas vnak menaip ni, tapi kerana nak berkongsi sama resepi pizza yang best ni, ku gagahi juga... hari minggu selalunya tak ramai yang online kan, mungkin banyak masa yang dihabiskan dengan family.. kami juga yang tak kemana².. en hubby makin sibuk bila menjelang hujung minggu & cuti umum..huhuh.. tak kisahlah tu, bila² pun boleh pegi jalan²..... lagipun dah bermastautin kat salah satu pusat pelancongan dalam Malaysia ni, hari² pun dikira melancong... tak gtu? hihih.... Pizza ni aku buat 2 hari lepas kot... dah selamat terkorban dah.. tapi memang sedap ler piza ni.. selalu wat piza biasa tu kan, cube yang ni pulak... dohnya tu lembut saja bila dikunyah.. memang best... :) thanx tun telani, akak cnp resepi kat sini k :)




RESIPI UPSIDE DOWN PIZZA
Resipi Asal : Tun Telani
Sumber : http://noorsha.blogspot.com


Bahan untuk Dough
2 bj telur
1 c susu
1 c tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam


Cara² Untuk Penyediaan Dough
 gaul sebati @ gunakan mixer @ blender semua bahan hingga smooth.
- sedia utk diguna.



Bahan² untuk Filling

1 keping dada ayam - kerat2 (Noorsha guna minced chicken)
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree (Noorsha pakai sos spagetti)
1 sb oregano
1 sk paprika
garam


Cara² Untuk Penyediaan Filling

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam


Bahan taburan
Keju secukupnya (cth : mozarella @ cheddar @ parmesan)



Cara2 Penyediaan Upside Down Pizza
  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.




bubuh grated mozarella cheese banyak² atas filling :)


best :)



7 comments:

iQa~ said...

salam...

iqa nak tanye sikit.. 1c tu maknanya 1 cawan ke?? 1sb tu ape pulak ye???

susu tu susu cair ke susu pekat tu akak???

Gee® said...

gud... delicious....yummy !!

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum sha..
wah akak terliur tgk pizza tu ler sha... sedapnya....

iQa~ said...

akak,tq sgt for ur info..nnt pape iqa roger2 la akak k..tq sgt tau kak.. =)

Mas said...

masuk list dulu..
seriua aku tergoda betoi nengok pizza tu..
sedapnya..

Nuridah said...

Sedapnya nampak pizza tu...menguder mata...membuat perut jadi lapar...huhuhu.

tun_telani said...

mmg sedapp!! tun berulang2 buat resepi nii.. hehe...

iQa: tun tolong jawab je.. 1 c tu 1 cawan, 1 sb tu 1 sudu besar, kalau sk sudu kecil, susu guna susu segar, kalau xde, blh guna susu sejat, tp capur air sket =)