Click² My Nuff

Friday, November 4, 2011

Kek Puding Karamel



ASalamualaikum....

Kek puding karamel, memang antara barisan kek yang sedap kan.. rata² yang pernah mencuba  semua bersetuju yang kek ni berdiri dalam kelasnya yang tersendiri.... Noorsha buat kek ni masa bertapa hari tu.... memang dah habis lame dah... da jadi baja, kalo letak kat anak pokok, pokok tu pun da besar jadi beringin rendang... hehehe... tinggal je gambar ni untuk tatapan n kenang kenangan.....


Noorsha masih setia menggunakan resepi Kak Yani dari Myresepi.. sebabnya kerana adunan puding dan kek yang sama tebal...sekaligus rasa puding dan kek yang sedap dapat dinikmati sama rata... ada versi yang puding lebih nipis dan kek tebal kan? walau camanepun terpulang pada selera kawan² nak yang mane satu... utk Noorsha yang ini  terbaik.. cume kek Noorsha ni akak turun sikit lepas sejuk... taktaulah ape silapnye..apepun ia tetap gebu & tak menjejaskan rasa.....


Seperti biasa, Noorsha akan kurangkan sukatan ggula untuk setiap kek dan kuih muih yang Noorsha cuba sebab kami sekeluarga memang tak suke manis... setelah dikurangkan gula, rasanya lebih sedap pada kami lebih² lagi bila dimakan sejuk... apapun terime kasih kak Yani atas resepi yang sedap ni.. memang tak jemu² membuatnya berkali²... :) jom tengok resepi :)


RESEPI KEK PUDING KARAMEL
Resepi Asal : Kak Yani, Myresipi


Bahan² Untuk Karamel
60 gm gula (Noorsha guna 50gm saja)
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Bahan² Untung Puding
4 biji telur Gred A
500ml susu segar
70 gm gula (Noorsha guna 50gm saja)
sedikit esen vanila

Bahan² Untuk Kek Span
70 gm tepung gandum
60 gm gula halus - (Noorsha guna 50gm saja)
2 biji telur Gred A
20 gm mentega - cairkan


Cara²
1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170C. Ketepikan.

Cara² Untuk Karamel 
1. Campurkan gula dengan 1 sb air. Panaskan hingga menjadi perang. Kemudian tambahkan 2sb air lagi. Tutup api dan tuangkan panas² ke dalam loyang yang disapu butter tadi.

Cara² Untuk Puding
1. Panaskan susu dan gula hingga gula hancur. Padamkan api.
2. Didalam mangkuk yang lain, pukul telur dan esen vanila sedikit dan masukkan susu panas tadi perlahan² sambil terus dikacau. 
3. Tapiskan adunan susu dan telur tadi ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.

Cara² Untuk Kek Span
1. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur dengan separuh gula didalam mangkuk berasingan hingga bertanduk (terbalikkan mangkuk telur tak jatuh)
2. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur kuning dengan separuh gula lagi hingga berkrim.
3. Campurkan telur kuning yang dipukul ke dalam telur putih. Kacau perlahan² menggunakan whisk.
4. Ayak tepung kedalam adunan telur dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik.
5. Akhir sekali masukkan butter cair dan kacau sebati
6. Tuangkan adunan kek ke atas puding tadi. Jika mahu lebih menarik bolehlah diasingkan kebeberapa bahagian sama rata dan titikkan dengan beberapa pewarna pilihan sebelum dimasukkan kedalam loyang.
7. Untuk membakar, masukkan air suam kedalam loyang oven dan letak loyang berisi puding dan kek tadi diatasnya. Bakar selama 40 minit atau hinggga masak. (adunan kek span adalah ringan berbanding puding. Ia akan terapung sendiri so permukaan puding tak perlu dimasak terlebih dahulu ya)
8. Setelah masak, sejukkan didalam peti ais sebelum dikeluarkan dari loyang dan  dihidangkan. Selamat mencuba :)



17 comments:

Liza said...

salam noorsha, kek puding ni mmg best sesangat...nnt Liza nk try resepi noorsha pulak...thanx yer..

tun_telani said...

tu dia.. bertubi2 resepi yg mantap dan menggiurkan.. tun pun dh lama simpan resepi kak yani nih, masa raya ni nak buat lah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam aidiladha noorsha....... tak blk segamat ke?

mmg betul.. kek ni antara kek yg sedap pernah dimakan... tinggal lagi belum dicuba aje.. haha.. entah bila nak cuba pun tak taulah... tp mmg geram tiap kali tengok kengkawan dok tayang...

chikadakbiru said...

takpalaa walaupun menu dh jd baja...kite suke jg tgk...senantiasa menantikan food photograpy dr Pn nOOrsha hihihihi

lina_pg said...

assalam noorsha, mmg sedap kek karamel ni.Saya dah cuba dua2 rcp kek ni..Kedua2nya mmg sdp

Ida,Japan said...

wahhh..sha, kuar lak ngan kek puding karamel yg menggoda ni...tak kira la yg mana sekali pun, kek cam gini mmg sedap sgt la..hari Ahad ni ada jamuan raya kt sini,tgh b'siap2 nk buat kek karamel ni, sbb selalunya kwn2 akan tunggu kek yg k'ida buat...kalau tak buat cam tak sedap pulak w'pun ada sifat 'M' tu he..he

Nuridah said...

Assalamualaikum Sha,

maaf la terlambat kak nur nk jenguk...sihat ke Sha?? Ya la betul tu Sha nie mcm keropok...kejap2 ilang...penat bertangga kat umah Sha nie utk lepaskan windu...hehe...

gambar cantik,makin mantop...keep up good job dik!!Selera akak tengok...Selamat Hari Raya Aidiladaha buat Sha sekeluarga ya.

CitarasaKu said...

Assalamualaikum,
Sesedap mata memandang mesti sesedap rasanya. Apapun mmg sedap kek nie .

CT Delima said...

As'salam noorsha

sampai hati tinggalkan k.ct baja jer, kalau boleh letak kat pokok daun kesum mesti dah besar pokok tu kan..hahaha

Sha, k.ct belum cuba entah kapan mahu dicoba2. tolong tiup2 sikit angin rajin tu ya sha..hehehe

K.Nor said...

rasanya ni lah usul asal kek puding karamel kan noor.. :)

Nieza said...

kek karamel ni memang sedap...digemari ramai..akak pun suka:)

Chah said...

Assalamualaikum...biasanya masuk sini mesti 4 gelen telan air liur...sedap betul nampak kek tu sbb tebal tang karamel...tq sbb share....

Ayu said...

Assalam sha..cantik kejadian kek noorsha ni..akak bilalah dapat buat kek ni..

Mamasya said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat Sha sekeluarga.
kek Puding karamel nampak sedap...strawberry cheesecake pun nampak sedap....aduhai terliur tengok...

E-na Lovely Kitchen said...

salam aidiladha noorsha...macam-macam versi kek karamel ni kan...pe2pun gambar noorsha mmg curlassss!!!

nuwairani ismail said...

kite ingat lagi dulu kek yang kak sha buat lapisan bawahnya coklat tu...bentuk lup2 ke hape ntah...mase tu punyelah kagum kek boleh dibakar sekali dengan karamel..terliur aje nak buat...tapi takot tak jadik..hikhik...pastu tetibe keluar lagi kek karamel versi yang ini...tak kesah la mana2 pon...selera masing2 kan...

Juwita Jamaludin said...

selamat hari raya aidiladha sya.. lawa kek ni.. sukakan sedap kek karamel ni