Assalamualaikum...
ni lauk lunch merangkap dinner sekali .untuk hari ni.. terpikat bile nampak kat dapor kak Nor Secubit Garam...hehe..sungguh cantek merah menyale gambar ayam ni kat dapo kak Nor.. tap kaler ayam aku tak cantek, tak merah macam yang kak Nor buat...adeh, nak kene blajar ngan sifu ni camne nak kasi ayam tu merah.... sedap tau ayam ni masak camni, tapi cam biase la aku derhaka sket, sebab takde daun ketumbar, aku ganti dengan bunge kantan.. ekeke... aci x? ngan mara yer kak Nor cayang, anak mured ingkar beberape perkare..ekeke...apepun nak ucap Selamat Ulang Tahun ke 2 untuk blog kak Nor, Secubit Garam & Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 23 untuk sifu kak Nor & Master Sifu En Tolahah..ekekek... moge Secubit Garam akan terus maju n berjaya, nak tengok kak Nor kat TV lak jadi chef jemputan gitu... n semoge kak Nor suami isteri bahagia hingga ke syurga..aminn.. apepun, time kaseh ye kak Nor kerana memperkenalkan menu ayam yg sedap ni.. :)
RESIPI AYAM MAYONIS
Resipi Asal : Sajionline
Sumber: Kak Nor, Secubit Garam
Bahan²
600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris (guna cendawan butang)
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm (guna 2 batang bunga kantan dipotong 4)
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah (guna perasan jus lemon)
capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah (tak letak)
Cara Menyediakan:Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi.

































