Asalamualaikum....
smalam buat projek mengapam pulak... apam snow white ni rata² ramai blogger yang dah mencube kan? aku biase lah selalu ketinggalan roket.. heheh.. apam ni sedap, macam apam yang biase dijual kat bazaar time bulan puasa... paduan rasa yis + nasi + manis² sket tu campur lak ngan kelape parut yg ditabur ngan garam, memang syok btol.. nak² makan panas² time kuar dari kukusan, dengan cuace hujan kat luar.. fuhhh.. masyukk... aku wat 1 adunan, sebab en hubby memang suke ngan apam.... cume makan apam ni cepat kenyang la, sebab ade nasi kan....ade la dalam 6-7 ketul yang tak luak tu sebab dah tak larat nak makan coz perut dah penuh, aku simpan dalam peti ais, pagi tadi aku kukuskan semula... cume biaselah benda² beryis ni kalau dah semalaman, rase yis die jadi makin kuat, so macam terganggu sikit mase makan tu.. jd pade sape² yang blum buat lagi, aku suggest korang makan time tu gak, jgn simpan², sebab kalo dah simpan ada rase yis yang kuat sket walopun kuih masih elok n tak basi..


apepun, apam ni memang lembab, lembut n cam span gitu... hihi.. aku cume derhaka bab gula jer, dalam resepi bubuh 2 cawan tapi aku wat 1 cawan + 1sb gula je sebab aku memang 'penawar' orangnye.. senang ceter memang tak tahan manis lah....rase apam ni tetap sedap bagi aku sekuage, tak la manis medu atau tawar hebeh.... ala manis² buah gitu.. hihih.... ekceli aku kalo bab gula ni memang salu je derhaka, kalo bab lain insyaallah masih boleh diikut lah.. sebab kitorang kalo makan kuih ke kek ke yang manis, mesti rase cam potong stim je gitu, takleh nak telan banyak..cukup seketul dua buat merase² kate orang.. tapi kalau yang manis² buah, insyaallah berbondong² ditelan..ehehe....ngan mare.. :)

oh ye, untuk apam ni aku wat 2 versi.. satu versi kaler putih je (snow white kan..hehe) cume lorek² sket ngan kaler biru n pink... konon snow white pakai gaun putih reben pink n biru gitu... satu lagi wat marble biru n pink untuk tarik perhatian darwish makan...ni snow white da salin gaun la lepas makan epal yg mak tiri die bagi tu, jadi gaun biru ngan pink lak...tunggu prince charming datang nak jampi serapah...hehehe...ape² ntah ngarut petang² ni..huhuhu....apepun time kasih pada
qnq0910 atas resepi yang bes ni :)
RESIPI APAM SNOW WHITE
Bahan²
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir - Noorsha letak 1 cawan + 1sb gula saja
1 paket yis @ ibu roti -Noorsha guna jenama Mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air - Noorsha tambah 1/4 cawan lagi sebab adunan agak likat
Cara²
1.jerang air dalam pengukus terlebih dahulu. sementara tu, masukan semua bahan ke dalam mangkuk yang sederhana besar kecuali nasi dan air
2.gaul bahan tersebut hingga rata, ketepikan.
3. kisar @ blend nasi dengan air sehingga hancur
4. campurkan nasi yang telah di blend tadi dengan bahan kering.
5. gaul rata dan tutup mangkuk dengan kain basah. biarkan hingga adunan kembang sekali ganda selama sejam.
5. bila adunan kembang, gaul kembali supaya dapat bebaskan udara yang terperangkap dalam adunan, bahagi kepada 2 @ 3 bahagian sama banyak dan titikkan pewarna pilihan setiap satu mangkuk.
7. dengan menggunakan sudu, masukkan adunan berselangseli warna ke dalam bekas agar² @ ramekin.
8. pastikan air pengukus telah menggelegak, baru masukkan adunan apam yang siap diisi dalam mangkuk² kecil tadi. balut penutup kukus dengan kain supaye air tak menitik pada apam yang boleh membuatkan apam berkerepot.. (hehe)
9. kukus selama 10-15 minit, angkat dan hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. :)
TIPS UNTUK MENDAPATKAN APAM YANG GEBU :
1. jika adunan apam menggunakan yis sebagai bahan penaik, pastikan yis tersebut yis yang segar & bukan yis lama. pastikan ketika membeli yis di kedai, tarikh luput yis tersebut menjangkau setahun @ setahun setengah akan datang. contoh sekarang kita di bulan April 2011, yis tersebut mesti tamat tempoh sekurang²nya pada Dec 2012.
2. pastikan yis disimpan sebaik²nya dirumah dalam bekas bertutup. yis yang terlalu lama terdedah pada udara boleh menyebabkan yis tersebut 'lemah' dan tak aktif sekaligus menyebabkan apam @ roti kita tak begitu gebu.
3. untuk menguji samada yis tersebut aktif atau tidak, masukan yis kedalam secawan air suam, kacau sedikit dan biar beberapa minit, anda akan lihat ia berbuih. jika dibiarkan lama tapi masih tidak berbuih, maka yis tersebut sudah 'lemah' & seeloknya tak digunakan lagi.
4. bila memeram adunan, pastikan adunan tersebut sudah dikacau rata, tutup mangkuk dengan kain lembab.
5. bila adunan telah kembang sekali ganda, kacau semula adunan tersebut hingga kembali ke bentuk asal (sebelum mengembang) dan bolehlah dimasukkan kedalam mangkuk @ mould jelly @ loyang pilihan sebelum dikukus.
6. apam tak akan gebu walaupun guna yis yang baik tapi kukusan tidak dipanaskan terlebih dahulu.. pastikan air dalam pengukus telah mendidih, baru masukkan adunan apam tadi kedalam periuk kukusan dan kukus hingga masak.
7. untuk dapatkan apam yang merekah, buka api dengan kuat pada paras maksima. manakala untuk dapatkan apam yang gebu gebas tapi tak tersenyum (muke malu) kukus pada api sederhana sahaja.
8. balut penutup periuk kukusan dengan kain, kalau kain nipis guna sehingga 2 - 3 helai supaya dapat meresap wap air semasa mengukus... wap yang terbebas ke atas apam boleh menyebabkan apa tersebut mengerepot & mengerekot.. hehe
sekian tips dari 1001 Cerita 1001 Rasa.. mudah je kan? selamat mencuba!!~