Asalamualaikum...
rindunyaaaaaa nak bersiaran...dah baper hari tak hapdet blog....entah ngapa sejak hari khamis lepas line streamyx macam hidup segan mati tak mau.... dah panggil technician pun still takuk tu jugak... huhuh... ade juga sesekali on9 guna berokbeng, tapi faham sajelah kalau gune berok ni time die aktif tu mmg melompat², bergayut² lah die... tapi kalau dah lemau tu, memang tido jerla sepanjang masa...hal ini lah (hehe..macam buat karangan zaman skola jer..huhuh) yang membuatkan aku malas nak mengonlinekan diri....tension jangan citerlah... takde tenet ibarat duduk dalam gua je rasenya.... akhirnya bukak TV n tengok macam² citer dari satu channel ke satu channel...baru lah perasan yang selama ni aku jarang nengok TV... hehehe....tapi tambah tensen bile takde satu ceter pun yang menarik perhatian...hadoii... rasa nak panjat tiang telepon jer...grrr!~
hoho... ok lah.. dok ngomel panjang² ni kan, macam melepas gian lame x menaip jer... hehe.. ekceli cream cheese pudding ni aku buat 3 hari lepas.... rasa memang sedap lah sebab ada cream cheese tu kan.... sebenarnya bertimbang tara jugak nak wat ciskek ke nak wat puding cream cheese yang ada tu... lepas mengambil kire segala aspek dan citarasa tekak, terasa² cam nak makan pudding sejuk² gitu....tapi dalam masa yang sama teringin nak makan ciskek... terus ambik keputusan wat pudding ni sebab tuan punye asal resepi kata bila makan pudding ni sekejap rasa macam makan kek, kejap rasa macam makan puding... heheh... eh btollah, memang kejap2 rasa macam makan non baked ciskek....kejap2 memang rasa cam makan caramel pudding...yummy!~ terime kasih ya kak yani atas resepi yang cukup marvelous & kreatif.. izinkan saya share disini pula untuk rujukan bersama :)
RESIPI CARAMEL CHEESE PUDDING
Resipi Asal : Kak Yani, Myresipi
70 gm gula
2 sk air
2 sb air suam
Bahan² untuk Pudding
180gm cream cheese
70gm gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450 gm susu segar (Noorsha guna susu cair)
1 sb jus lemon
Cara Untuk Karamel
Panaskan gula dengan 2 sk air dan kacau hingga perang, Kemudian masukkan 2 sb air suam, kacau lagi dan matikan api. tuang ke dalam loyang yang sesuai.
Cara² Untuk Pudding:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul. gunakan handwhisk untuk memukul telur . Pukul sekadar bergaul rata dan tak perlu hingga kembang.
2. panaskan susu hingga hampir mendidih kemudian tuangkan ke adunan no 1 tadi. kacau rata.
3. Tuang adunan puding ke dalam loyang yang berisi caramel tadi.
3. bakar secara steam bath iaitu alas loyang berisi puding dengan loyang lain yang besar sedikit. isi loyang yang besar tersebut dengan air dan masukkan loyang berisi puding kedalamnya,
5. bakar pada suhu 160 C selama 40-45 minit.
6. sejukkan sebelum terbalikkan loyang atas piring untuk dihidang.










































