Click² My Nuff

Sunday, July 31, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api



Asalamualaikum...

entry terakhir dipenghujung Julai dan Syaaban... Esok umat islam telah mula berpuasa.... setiap kali tibanya Ramadhan, rasa sayu jer kan.. tak taula kenapa.. dulu mase muda remaja tak berapa terasa sangat..tapi sejak2 dah meningkat dewasa ni makin terasa2 pulak kesyahduan bulan suci ni..moga kita sama² dapat menempuh segala ujian dari Nya sepanjang ketibaan Ramadhan yang mulia, Insyaallah....oklah, takmo bebel panjang, jap gi nak qada BW....untuk yang pulang kek kampung, hati² di jalan raya... kami pun jap lagi nak berkemas balik ke kampung jugak... heheh....:)



RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API
Resepi Asal : http://noorsha.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 family )1 kg ketam
segenggam cili api
1 biji kelapa -diparut & diperah santannya dgn sedikit air
2 inci kunyit hidup
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
garam

Cara-cara1.bersihkan ketam dan ketepikan.
2.tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
3.masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
4.masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
5. masukkan ketam dalam periuk.
6.kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ketam masak (kulit menjadi kemerah merahan) utk elak santan pecah.
6.Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.
Sedia dihidang...... Selamat Mencuba :)


Saturday, July 30, 2011

Eggless Chocolate Banana Cake


Assalamualaikum...

rindunye nak berblogging, walopun baru dua hari tinggalkan dapo ni tanpa sebarang berita.. chewahh... yer yer, ade kebizian yang melanda menyebabkan tuan umah tak berkesempatan nak masukkan entry baru....tapi jenguk² muka buku sempat lak... hahaha.. yerlah, muke buku takyah bubuh entry pun takpe kan, leh tulis ringkas², komen ringkas²... semalam tu je sempatlah jugak mengedit gambar untuk kad  Selamat Berpuasa....hope kawan² sudi ler gantungkan kad yang tak seberapa tu kat umah masing2 yer.....Klik Sini...




semalam en hubby beli 2 sisir pisang emas.... sesikat tu macam dah matang sangat, semalam pun dah cukup masaknya.. jadi hari ni bile tengok nampak cam nak lebam jer kat kulit tu, terus la cari² resepi kek pisang yang mudah untuk menghabiskan pisang yang hampir² benyek tu.....cari punye cari, selongkar punya selongkar, terjumpa resepi Eggless Chocolate Banana Cake ni kat blog Juwita.... terus terpikat sebab senang je membuatnya, tak payah keluarkan mixer.. pastu simple jer, tanpa penggunaan telur.. erm.. bolehlah buat untuk minum petang :)



cuma Noorsha ada derhaka sket pada pengunaan tepung, memandangkan tak ada stok whole wheat pastry flour tu, Noorsha gantikan je ngan tepung gandum.. Alhamdulillah, menjadi elok je kek nih.. sangat² moist dan sedapppp... cer tengok permukaan dalam kek yang dipotong sinun, moist kan... untuk mereka yang sukekan kek² basah ni memang sesuai la... Kek ni tadi Noorsha suapkan Dhira sket, sebab takde penggunaaan telur kat dalam tu, so tak lah risau kalau die kena alahan ke ape... Dhira pun suka taw!~ siyes, berdecap² dia makan.. hehe.. macam biasa Noorsha kurangkan sukatan gula dan buat 1/2 adunan saja... :) apepun terime kasih Juwita kerana berkongsi resepi yang asalnya diperolehi dari Eggless Cooking. :)




Noorsha translatekan resepi ni dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk lebih memudahkan :)


RESEPI EGGLESS CHOCOLATE BANANA CAKE
 Resepi Asal : Eggless Cooking
Sumber : Juwita, Emi & Ijan


Bahan² A
2 cawan whole weat pastry flour (Noorsha guna tepung gandum)
1 1/3 cawan gula halus (Noorsha kurangkan ke 3/4 cawan saja)
2/3 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking soda

Bahan² B
1/4 cawan minyak jagung @ minyak sayuran
1 1/2 cawan air panas
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan pisang yang telah dilenyek


Cara²
1. Panaskan oven pada suhu 350 C / 180 C (mengukut kesesuaian oven masing²...Noorsha guna suhu 130C saja). Gris bundt pan @ apa² loyang dengan minyak @ butter @alaskan dengan baking paper.
2. Satukan semua bahan² kering, kacau rata dan ketepikan sebentar
3. Didalam mangkuk lain, campurkan minyak jagung @ minyak sayuran, air panas dan esen vanila. Kacau rata menggunakan hand whisk.
4. Campukan sekali dengan pisang lenyek tadi dan kacau rata.
5. Masukkan adunan pisang yang dilenyek tadi ke dalam adunan tepung, kacau rata.Adunan ini sedikit cair, tapi jangan risau kerana ia akan menghasilkan cake yang super duper moist :)
6. Masukkan ke dalam bundt pan @ loyang yang siap di gris tadi dan bakar sehingga 45 - 60 minit atau hingga masak. Uji kek pada 45 minit pertama dengan menyucuk permukaan cake dengan cake tester @ lidi untuk mengetahui kek sudah masak atau belum.
7. Hidangkan mengikut kreativiti.. Selamat Mencuba :)


kalau wat untuk majlis iftar kat surau @ jamuan hari raya ok gak ni.. bubuh dalam cuppies comey² mesti budak² suke ":)




Wednesday, July 27, 2011

Simple Non Baked Eggless Oreo Cheesecake



Assalamualaikum...
sebelum Ramadhan ni memang nak abihkan barang baking yang ade..cam stok cream cheese yg expired blan 8 ni, memang sesuai beno ditamatkan riwayatnye secepat mungkin....nanti blan puase rasenya selera mungkin lari sket..nak yang sejuk2, ala2 tradisi sket.. western2 ni mungkin tak bape nak masuk..hehe...senang sungguh resepi oreo ciskek tanpa telo ni.. dahler tak payah bakar, bahan2 pun mudah...low budget ciskek tapi rasenya tak kalah dengan resepi chilled cheesecake lain.... rase ciskek ni btol2 RARE....sedap mengunyah, lagi2 dah di check in kan satu malam dalam ice box...


Noorsha dengan Darwish breakfast Cheese cake hari ni!~ hahah..fefeeling mate biru sat... kikikiki..... tapi memang btol² sedap ni, Noorsha recommend resepi ni untuk kawan↓3 yang tak cukup bahan nak wat cheesecake yang perlukan whipping cream, yogurt, fresh cream bla bla bla... resepi ni simple, cepat, senang dan yang penting sangat sedappp :) Terima kasih Gee Azmi atas resepi... izinkan Noorsha salin disini untuk rujukan maa akan datang.. time kasih ya :)





RESEPI SIMPLE NON BAKED EGGLESS OREO CHEESECAKE
Resepi Asal : Gee Azmi


Bahan²
500 gm cream cheese
2 peket biskut oreo (buang krim di tengah)
5 sudu besar susu pekat
5 sudu besar susu segar @ susu cair
3 sudu kecil gelatin Halal + 1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan gula perang (Noorsha guna 3/4 cawan gula halus)
sedikit garam (Noorsha tak letak)
50 gm melted butter @ margerin


Cara²
1. untuk based, kisar halus sebahagian biskut oreo, gaul dengan butter cair dan padat²kan dalam loose pan.. jika tiada loose pan, alas loyang dengan aluminium foil.. biarkan foil terkeluar sedikit agar senang ditarik bila kek sudah 'set' nanti. Ketepikan sebentar.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul ream cheese dengan gula, masukkan susu pekat, susu segar @ susu cair, larutan gelatin dan garam. Pukul hingga betul² licin.
3. sebahagian biskut oreo yang tinggal tadi dipecah²kan, guna tangan pun boleh..... Masukkan dalam adunan cheese tadi. Kacau rata.
4.Masukkan adunan cheesecake ke dalam mould yang berisi based oreo sebentar tadi. ratakan, ketuk² sedikit loyang dan simpan dalam peti ais sekurang²nya selama 5 jam atau semalaman.... SEDAP!~ Selamat Mencuba :)

  


:)



Tuesday, July 26, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau



Asalamualaikum....
Jom join breakfast Kuih Lapis Kacang Hijau ni.. ada lagi sket tu....... rasa kuih lapis ni macam kuih koleh kacang.. hehehe..ada persamaan rasa, rupe je lain sket.. kalau ade tahi minyak kat atas tu laagii sedap... yummy!~ Terime kasih kak Citarasawan untuk resepi ni ya.. Noorsha wat 1/2 adunan saja, tu pun kire puas makan... lain kali kene kurangkan manis sket walopun dah banyak kurangkan sukatan gula dalam resepi... :) Izinkan saya salin semula resepi disini ya kak Wan, untuk jadi bahan rujukan di kemudian hari.. Terima kasih banyak² :)






RESEPI KUIH LAPIS KACANG HIJAU


Bahan A
200 gm Tepung Kacang Hijau
50 gm tepung Hoon Kwee  ( Noorsha ganti tepung jagung)
40 gm tepung kanji @ tepung ubi
1 sudu teh garam
Pewarna Hijau secukupnya


Bahan B
300 gm gula melaka
100 gm gula halus
2 helai daun pandan
800 ml santan pekat KARA
400 ml air
Loyang 9" 4 segi @ apa² mould yang disukai


Cara-Cara
1. Satukan bahan B, masak hingga gula larut. Tapis dan ketepikan
2. Satukan semua Bahan A kecuali pewarna hijau. Masukkan larutan Bahan B tadi ke dalam Bahan A, kacau menggunakan whisk agar tidak berketul².
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna asal, satu bahagian lagi warna hijau.
4. Bahagikan setiap bahagian kepada dua bahagian. Tuang satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
5. Apabila masak, ambil satu bahagian warna asal dan tuang atas lapisan pertama tadi. Kukus lagi selama 10 minit. Ulang proses ini hingga lapisan terakhir.
6. Sekiranya terdapat takungan air selepas 15 minit pertama, buang takungan air tersebut. Ini kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk di dalamnya.
7. Tutup loyang dengan kain @ aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
8. Untuk lapisan terakhir kukus selama 25 minit hingga masak,. Biarkan sejuk sebelum dipotong.




yang ni wat dalam mould kuih lompang.. comel jer bentuknye... walopun rupe kuih yang  Noorsha wat ni x secantik kak Wan, tapi insyaallah rasenya tak menghampakan.. Selamat Mencuba ::)



Monday, July 25, 2011

Custard Pudding

-


Asalamualaikum....

hmmm...musim panas begini memang nyaman dan sejuukk aje tekak kalau dapat pekena puding... custard pudding yang mudah dan tak remeh tapi rasanya sangat sedap, sesuai untuk semua lapisan usia.... Ini satu² pudding kegemaran en hubby... kalau yang jenis lain tu memang lambat sket die nak terima.. tapi kalau custard pudding, bermangkuk² pun dia layaannn.....Seperti jangkaan, memang laku sungguh custard pudding ni, kejap je dah licin... Noorsha buat sikit jer sebab nak habiskan stok tepung kastard dalam almari.. lame² simpan nanti takut hilang 'rasa dan bau'.....bila sukat dapatlah 1/2 cawan saja tepung tu....lepas lah untuk dessert petang semalam, tapi lepas tu en hubby tanye ade lagi tak? hehe.. nampak gaya kena la wat lagi.. tapi kene beli tepung kastard dulu....ermm..dan tak disangke² si Darwish pun suke ngan puding ni... hadoila, memang seacuan sepenerap, semould, seloyang, se ape lagi yer.. hehe.. samela ngan papanyer tu ^_^
ok.. jom layan resepi mudah ni...semua orang tau buat custard pudding kan, tapi ini cara Noorsha... kalau suke boleh follow yea :)




RESIPI CUSTARD PUDDING
Resepi Asal : http://noorsha.blogspot.com


Bahan² Untuk Pudding
1 cawan tepung kastad
1 cawan susu cair @ susu segar
3 cawan air
8 sudu besar gula
1 sudu besar butter @ margerin
1 sudu kecil esen vanilla


Bahan² Untuk Sos Kastard
600 ml susu cair
200 ml air
1/2 cawan gula - lebihkan kalau suka manis
3 sudu besar tepung kastard + sedikit air - larutkan
1 tin buah buahan campuran


Cara² Untuk Pudding
1. dalam satu periuk, campurkan semua bahan²  dan kacau sebati. dengan api perlahan, kacau aduann pudding secara berterusan hingga likat.
2. masukkan adunan yang likat tersebut ke dalam mould @ loyang yang sesuai. ketepikan hingga suam dan sejukkan dalam peti ais.

Cara² Untuk Sos Kastad
1. Satukan semua bahan² dalam periuk kecuali buah buahan campuran, kacau hingga berwap, masukkan adunan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air. kacau hingga kuah pekat sedikit, matikan api. biarkan suam dan sejukkan dalam peti ais.


Cara² Menghidang Custard Pudding
sediakan mangkuk, masukkan puding ke dalam mangkuk, curahkan buah-buahan campuran, curahkan sos kastad tadi dan enjoy~!~


Selamat Mencuba :)



Garlic Mashed Potato with Cajun



Assalamualakum.....


mulakan pagi anda dengan sarapan yang berkhasiat!~ ceewaah...cam iklan jer nih...hihihi.... da lame x makan mashed potato atok Kepci....teringin pulak...kebetulan aritu gi soping barang dapo kami ade borong russet potato ni, tu yang buat tu...umum tau klo nak wat mashed potato ni lebih sesuai guna russet potato sebab hasilnya lebih gebu dan licin...boleh juge guna  kentang biase tu tapi tak berapa halus jadinya.. sebelum merebus tu kena potong kecil2 dulu supaye mudah dilenyek nanti..... rasenya? hmmm..laaagiiiii sedap dari atok tu punye tau!~ tak caye cubela buat sendiri..sedaaappp sangatttt!~ 




lagi² bile Noorsha bubuh cajun sket kat mashed potato n gravynyer tuh..hahhaha...wabak cajun dah menular ke Port Dickson.. tak sia² melilau mate kat rak rempah² di Tesco tu taw..jumpe gak cajun..tu pun macam tak banyak cajun yang tinggal.. remph2 len cam cayenne, oregano, mixed herb etc tu banyak lagi.. tapi deretan cajun tinggal bape botol jer... nampaknye tak sia² duta cajun kite Kak Nor si Pencubit Garam tu mempromosikan cajun... heheeh....okla, jom layan resepi ni yer... harus ada siaran ulangan sebab sedap sangat.. Darwish pun suke makan :) terima kasih Mommamia atas resepi ni ye :) izinkan saya lampirkan disini untuk rujukan teman2 :)







RESEPI GARLIC MASHED POTATO WITH CAJUN
Resepi Asal : MommaMia, Myresipi


Bahan² untuk Mashed Potato
8-9 biji ubi kentang (seelok2nya guna Russet Potato)
Air yang cukup untuk merebus
3 ulas bawang putih -diketuk
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonis
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil serbuk blackpepper (Noorsha guna perisa Ajishio)
1 sudu kecil Cajun (Noorsha tambah)


Bahan² untuk Gravy
2 ulas bawang putih -cincang halus
2 sudu kecil black pepper biji -kisar  halus
1 sudu kecil cajun - Noorsha tambah
2 sudu besar worcesteshire sauce -noorsha x de stok.ganti ngan sos BBQ + sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 cawan air2 sudu besar tepung jagung + sedikit air
sedikit minyak untuk menumis


Cara² Untuk Mashed Potato
1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis². Rebus dalam periuk berisi air secukupnya dan campur sekali bawang putih, tabur sedikit garanm .Rebus hingga empuk, toskan air rebusan dan ketepikan sebentar.
2. Campurkan butter dan mayonis, susu segar serta blackpepper ke dalam ubi kentang tadi dan lecekkannya hingga halus. Boleh guna potato masher @ montot gelas.... masukkan sekali rempah cajun dan sebatikan. Ketepikan sebentar.


Cara² Untuk Gravy
1. Tumis bawang putih dan blackpepper hingga wangi, jangan sampai terlalu garing..cukup hingga wangi dan sedikit kekuningan saja.
2.Masukkan semua bahan² yang dinyatakan kecuali tepung jagung dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
3. Sambil dikacau, tuang air tepung jagung sedikit demi sedikit hingga gravy pekat, teruskan mengacau agar tidak berketul².
4. Untuk dihidang, tuangkan gravy atas mashed potato tadi.. Selamat Mencuba :)


YUMMY !~





Sunday, July 24, 2011

Nasi Tomato Udang, Sambal Tumis & Sup Sayur dan Makaroni







Assalamualaikum...

Juadah di hujung minggu hasil eksprimen di dapur sebentar tadi.... Alhamdulillah menjadi juga, hasil main campak²... ^_^...Nasi Tomato Udang ni makan macam tu saje pun dah cukup, tak perlu tambahan lauk lain.. tapi kalau kawan² teringin menggandingkannya dengan acar atau pajeri pun boleh..laaaagii sedapp!~ Noorsha tak buat pajeri @ acar pun, makan ngan lettuce saja dah mencukupi.. Lepas tu Noorsha buatkan juga Sup Sayur dan Makaroni yang mudah untuk Darwish kot² die takmo makan nasi..... Noorsha buat sambal tumis sebagai peneman je, sekadar nak menambah sedikit rasa pedas masa makan nasi ni.. biasela tekak melayu kan, kalau tak pedas tak sah!~ ehehe.. ingatkan tadi nak buat sambal tumis udang, tapi fikir² dalam nasi dah ada udang, tak payahla wat sambal tumis udang lagi.. wat sambal tumis biase je.... Kalau kawan² teringin mencuba resepi ni, kawan² boleh gandingkan dengan apa saja lauk pauk kegemaran macam ayam masak merah, daging kandar, paceri nenas dan lain².. ikut selera lah ya.. Noorsha tak buat tu semua, buat yang mudah² saje.. tapi kan yang mudah ni la kadang² lebih sedap kat anak tekak kan...kalau dah banyak² lauk tak tau nak makan yang mane dulu.. hehe... ok jom tengok resepi.... dan selamat berhujung minggu ^_^




RESEPI NASI TOMATO UDANG
Resipi Asal: http://noorsha.blogspot.com


Bahan²
2 cawan (400 gm) beras Jasmine @ Basmathi
20 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar- hiris
3 ulas bawang putih -hiris
2 inci halia - hiris
1 biji buah tomato - dadu kecil
1/2 kiub pati ayam
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga cengkih
1 sudu besar rempah beriani
1/4 cawan sos tomato
Sedikit daun ketumbar
2 cawan air
garam secukupnya


Cara²
1. Basuh beras seperti biasa, toskan dan ketepikan sebentar.
2. Bersihkan udang, buang misai dan muncungnya. ketepikan.
3. tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuning- kuningan.
4. Masukkan sos tomato dan rempah beriani yang telah dijadikan pes. kacau hingga garing sedikit.
5. Masukkan tomato, kacau lagi dan lenyek²kan sedikit dengan belakang sudip hingga hancur. 
5. Masukkan udang, kacau seketika hingga keluar air udang. jangan terlalu lama, terus masukkan air, kiub ayam dan garam.
6. Masukkan bahan tumisan dalam kuali ke dalam periuk nasi yang berisi beras tadi. Masak seperti biasa.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar kacau rata, tutup periuk dan masak seperti biasa.
8. Setelah masak, gembur²kan nasi dan sedia dihidang :)




p/s : air boleh diganti dengan susu cair. Nisbah 3:1 (1 1/2 cawan air, 1/2 cawan susu cair)






@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Ini pula gandingan Nasi Tomato Udang ni.. sup sayur makaroni dengan sambal tumis.... erm.. semua orang dah tau buat sambal tumis kan, tapi takperla, Noorsha tulis juga kat sini untuk panduan sesiapa saja yang memerlukan :)





RESEPI SAMBAL TUMIS
Resipi Asal : http://noorsha.blogspot.com


Bahan²
15 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci belacan *
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam

Cara²
1. Blend bahan bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan juga ikan bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)






@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




RESEPI SUP SAYUR MAKARONI
Resepi Asal : http://noorsha.blogspot.com



Bahan²
1 mangkuk kecil makaroni
1/4 batang carrot
3-4 helai daun salad
1/2 cawan udang
1 cawan fish ball @ chicken ball @ meat ball
1/2 kiub ayam
1/4 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
Air secukupnya
Minyak bijan secukupnya


Cara²
1. dengan mengggunakan sedikit saja minyak, tuumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris hingga wangi dan kekuning-kuningan.
2. Masukkan udang dan kacau rata hingga udang bertukar kemerah merahan
3. Masukkan air dan carrot serta makaroni. biar hingga mendidih.
4. masukkan fish ball, kiub ayam dan sedikit garam jika perlu.
5. masukkan daun salad dan tutupkan api.
6. renjiskan sedikit minyak bijan. sedia dihidang :)

Saturday, July 23, 2011

Agar- Agar Peanut Butter dan Coklat


Asalamualaikum...


pagi² lagi dah tayang agar²..hehehe... tak perla kan,. sementara masih sempat ni, jap lagi dah sibuk sket ngan beberapa urusan... insyaallah, petang sket nanti kite berjumpe semula.... oklah, secara ringkas ye, agar² ni projek petang semalam, nak habiskan baki serbuk agar² tu,... rasenya ari tu macam ada roti, so plan nak buat agar² roti.. kejap lagi tengok² roti dah abih.. aik.. pelik sungguh... huhu....takperla, dah abih nak wat camner kan, kite ubah sket tak letak roti tapi letak peanut butter!~ errmm.. sedapp... sejuk masuk tekak... :) untuk pencinta peanut butter, anda akan suke ngan agar² ni.. ok, tak dan nak bebel panjang.. jom semak resepi :)





RESEPI AGAR-AGAR PEANUT BUTTER DAN COKLAT
Resipi Asal : http:// noorsha.blogspot.com


Bahan²
1 sudu besar serbuk agar²
400 ml susu segar @ susu cair
200 ml air
1/2 cawan gula 
4 sudu besar peanut butter
1 sudu besar margerin @ butter
2 sudu besar serbuk koko

Cara²
1. didalam periuk, satukan serbuk agar², air, dan gula. kacau hingga larut.
2. masukkan susu segar @ susu cair dan peanut butter. kacau hingga peanut butter betul² cair.
3. masukkan margerin @ butter. kacau seketika.
4. asingkan 1/4 dari adunan agar² tadi ke dalam mangkuk kecil. campurkan dengan serbuk koko.
5. masukkan ke dalam mould yang disukai dengan cara memarblekan adunan...
6. agar² ni cepat keras.. so kene cepat² sket mase melapis tu ye :) selamat mencuba :)



sejuk dan nyaman... sesuai disajikan untuk anak²....kalau suka yang lebih lembut, tambahkan lagi kuantiti air.. sedap dimakan begitu saja, @ bersama kuah kastard dan buah buahan campuran... yang ni Noorsha gandingkan dengan susu segar & mixed fruits jer :)

Friday, July 22, 2011

Siakap Dengan Sos Harum Pedas


Asalamualaikum...

hari ni terasa amat bizi skali... bz ngan kejer2, ngan upcoming project...bizi bizi bizi... hehehe....tapi sempat juge masak lauk simple untuk lunch hari ni..Ikan Siakap dengan Sos Harum Pedas ni memang sesuai untuk mereka yang bercitarasa Thai... harum baunya dengan gandingan bunga kantan, daun limau purut & daun pandan.... hari ni kami makan ni saje lah, berulamkan lettuce... jadilah kan janji ade sayur.. .en hubby request ikan tu di goreng garing... jadinya aku kerat² ikan siakap ni pada beberapa bahagian sebelum digoreng untuk menyempurnakan hajat en hubby itew....dah jelak katenya makan ikan siakap sekor² atas pinggan... hahaha....iyolah, hari ni buat sikit kelainan ye bang, janji abang suke.....kawan² yang teringin mencuba resepi ni, jemputlah salin resepi ni...ikan tu kalau tak mahu goreng camni, boleh juga dibakar ataupun di panggang... insyaallah memenuhi selera sekeluarga... :)





RESEPI SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS
Resipi Asal : http://noorsha.blogspot.com


Bahan² A
1 ekor ikan siakap
sedikit serbuk kunyit


Bahan² B
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dicincang halus
5 batang cili padi hijau - dicincang halus
5 batang cili padi merah - dicincang halus
1 batang  cili merah - dicincang halus
1 biji tomato - didadu kecil²
1 batang bunga kantan - didadu kecil²
5 helai daun limau purut - dihiris halus
1 helai daun pandan - disimpul


Bahan² C
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
3 - 4 sudu besar sos ikan
1 - 2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air = larutkan



Cara²
1. kerat ikan siakap kepada beberapa bahagian, lumurkan dengan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. boleh juga dikukus, dibakar @ dipanggang. Terpulang pada citarasa ya.... Selepas masak, ketepikan sebentar.
2. ketepikan minyak hasil menggoreng ikan tersebut, tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dicincang halus kedalam kuali. Tumis hingga wangi dan kekuning²an...
3. Masukkan pula daun pandan yang disimpul, cili padi dan cili merah yang dicincang halus bersama tomato. Kacau menggunakan belakang sudip, biarkan tomato tersebut hancur.
4. Masukkan bunga kantan, dan daun limau purut, kacau rata hingga naik bau.
5. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos ikan. Masukkan air dan kacau.
6. Rasa terlebih dahulu, jika kurang masin tambahkan sos ikan.
7. Masukkan larutan tepung jagung & air tadi dan kacau laju² sos tersebut hingga likat.
7. Siram kuah diatas ikan dan Sedia dihidang. Selamat Mencuba :)




sedap dihidang dengan nasi panas :)





Thursday, July 21, 2011

DIY : Cara² Membuat Acuan Kon Sendiri

Asalamualaikum....

seperti yang dijanjikan, begini lah cara² yang dilakukan untuk membuat acuan berbentuk kon sendiri... acuan ni boleh tengok secara semenggahnya kat umah kak Nor Secubit Garam.... beberapa kali pergi ke bakery shop, tapi lum terjumpe lagi acuan kon ni kat sana...oleh yang demikian, alternatif untuk mencube buat sendiri acuan ni menemui kejayaan.. Alhamdulillah.. cume perlukan sedikit masa dan kesabaran saja, Insyaallah, usaha kawan² akan berhasil..... oklah jom kita tengok bahan² dan cara² membuatnya ya... bagi yang sudah tahu teknik ni, baguslah... mana yang tak tahu, jom kite kongsi sama² :) semoga kita sama² mendapat manfaat dari perkongsian ilmu yang tak seberapa ni....  :)


Bahan² Yang Diperlukan:

  Beberapa helai baking paper yang dipotong segi empat sama.... anggaran 5" x 5" @ berapa² saiz yang kawan² inginkan. lagi besar kertas ni digunting, lagi panjang kon tu nanti... :)



Beberapa keping aluminium foil...potong mengikut ukuran baking paper tadi, sama besar.




Cara-Caranya :

STEP 1 : ambil sehelai baking paper tadi dan lipat 2 seperti gambarajah diatas...lipat sama besar @ hujung bertemu hujung.


STEP 2 : buka lipatan tadi, jadikan garisan yang terhasil sebagai pusat gulungan..... gulungkan bahagian sisi kertas itu perlahan2....sebelah tangan 'stay' di bahagian hujung (lihat gambar) manakala tangan sebelah lagi boleh digerak2kan untuk menggulung kertas.


STEP 3 : perkemaskan lagi gulungan tersebut hingga di bahagian hujungnya tidak terbuka.


STEP 4 : ambil selotape dan perkemaskan bahagian hujungnya. lilit selotape hingga menutupi keseluruan hujung kon. ( HANYA HUJUNG KON YA, BELAH ATAS TAK PERLU)


STEP 5 : biarkan selotap yang digulung agak terkeluar sedikit dibahagian hujung. tekan sedikit agar ia melekat satu sana lain.


gambar kon yang siap digulung :)...ketepikan sebentar.....


STEP 6 :seterusnya, ambil sekeping aluminium foil, lipat dua juga seperti mula2 tadi.

STEP 7: buka lipatan, ambil kon yang siap dibentuk tadi dan perlahan2 gulungkan bersama aluminium foil tadi.. buat kaedah yang sama seperti yang diberitahu tadi, iaitu garisan tengah sebagai pusat gulungan, sebelah tangan 'stay pada sebelah hujung (lihat gambar) dan sebelah lagi digerak²kan untuk selaraskan gulungan.


STEP 8 :sama seperti kaedah diatas, perkemaskan bahagian bawah gulungan dengan selotape.. hanya bahagian bawah saja ya.. bahagian atas tak perlu...


STEP 9: biarkan terkeluar sikit gulungan selotape tersebut di bahagian hujung.. ini untuk mengelakkan air dari pengukus masuk ke dalam lubang kecil tersebut. tekan² sket bahagian yang terkeluar tu biar ia rapat.


STEP 10 : rupa kon yang telah siap sepenuhnya.... lihat bahagian atas yang terkeluar sket kan....


STEP 11 : perkemaskan dengan menggunting sedikit bahagian tersebut. :) 
taraa... dah siap :) senang kan....



kon yang siap dibentuk... dan sedia untuk digunakan :)



untuk paipkan adunan apam tu, masukkan adunan yang siap diwarnakan ke dalam plastik bersih... kalau takde piping bag, ikut jer care Noorsha ni, gune plastik putih yang org buat bungkus kuih tu..tp yang bersih yer, bukan yang ade bekas kuih karipap ke, seri muke ke dalam tu..ehehe..  potong sket muncungnya dan sedia dipaip ke dalam kon tersebut..... paip sket2 setiap warna tau.... (sori tak dapat amik pic masa tgh paipkan adunan tu...sorang2 handle kuih, handle kamera... memang x tersnap ler :)


taraaa...ni die acuan kon yang siap di paipkan dengan adunan apam tadi....seeloknya tinggalkan sket ruang untuk apam ni naik nanti... yang ni terpaip banyak sangat sampai nak sama paras ngan mulut kon ni.... hehehe... masukkan kon tu dalam cawan @ gelas 1/2 tinggi kon untuk menyokongnya....sebab silap haribulan, boleh terbalik tau.... pastu masa kukus, cucuk² kon ni pada lubang² pengukus tu, pastikan ia berdiri tegak.. sendeng sket pun ok, janji jangan sampai tumpah adunan apam tu....maaf ye yang ni pun x sempat nak amik gambar mase cucuk kat lobang pengukus tu.. anakanda sudah merengek2 nak nenen.. hehehe...tapi kawan² boleh bayangkan keadaannya kan???



dapat buat 10 kon je, yang selebihnya tu, masuk dalam loyang jer wat belang² :)


atau boleh isi dalam acuan cuppies yg kecik2 ni :)


taraaa!~ dah siappp dikukus pun APAM MAYONIS ni... tengok tu kaler maler kan kat dalam tu.. 


untuk kawan² yang nak mencuba buat kon sendiri kat rumah, Noorsha ucapkan selamat berjaya.....insyaallah mudah saja membuatnya, cume perlukan sedikit kesabaran & ketelitian saja.... ada yang kata tak perlu pakai baking paper, terus buat aluminium foil jer... tapi pada Noorsha, cara ni lebih praktikal.. 

pertamanya, sebab aluminium foil tu die macam merenyuk² masa digulung tu, so bentuknya tak tetap @ tak stay.. nanti apam kite pun jadi mengerekot², tak cun.... sebab tu kena guna baking paper dulu untuk 'menampung' bentuk yang diingini...kalau nak guna baking paper saja & nak skip aluminium foil, Noorsha tak galakkan sebab baking paper tu nipis, pulak tu kalau masuk dalam pengukus nanti dia jadi 'lembik'... 

sebab tu lah kedua² benda ni penting & saling 'bantu membantu' utk dapatkan bentuk apam yang cantik.... kalau nak buat untuk lilit²kan roti pun boleh, cume baking paper tu gantikan ngan kertas yang lebih keras macam A4....if buat lilit² roti, acuan ni boleh digunapakai semula, so tak payah buang.... kalau nak buat apam ni, nak gantikan baking paper ngan A4 paper pun boleh, tapi A4 paper tu kena sapu dulu dengan minyak k, supaya tak melekat pas apam masak nanti....

Update : Tips dari Chik Mimi (Terima Kasih ^_^),  selain gunakan baking paper dan kertas A4, kawan² boleh guna kertas coklat yang digunakan untuk bungkus nasi lemak tu juga sebagai alternatif... ppastikan masa menggulung, bahagian kilat tu di sebelah dalam ya.. manakala bahagian kesat di belah luar.... :)







SELAMAT MENCUBA!~ GOOD LUCK :)