Asalamualaikum....
Untuk juadah mium petang buat suami tercinta hari ni Noorsha hidangkan Talam Gandum... en hubby memang suka kuih² tradisi camni... Noorsha ni macam slow sket kuih muih gini... hehe.. tapi tengah belajar nak suke la, yela usia pun makin meningkat kan..dah kene tau la cara² n rasa kuih² tradisi ni.. jangan nanti bila dah tua anak² tanya kita langsung tak tau apa²..huhu.... jadi cubalah juga sedaya upaya mengumpul dan mencuba resepi tradisi macam Talam Gandum ni..... :)
Talam Gandum ni rasanya sedap, campuran manis dan lemak santan tu memang memikat....Darwish makan sampai 3 ketul.. satu jumlah yang cukup banyak juga tu sebab dia pun tak berapa suka kuih lembik² ni...^^... Noorsha buat 1/2 adunan, boleh tahan semangat jugak jumlah talam yang Noorsha dapat.. Noorsha buat dalam mould kecik ni dapat lebih kurang 18 ketul.. banyakkan... memang puas makan ni :) Noorsha simpan sebahagian dalam peti ais, esok pagi boleh panaskan untuk breakfast... :) Ok, jom layan resepi yang Noorsha ambil dari Myresipi milik Mama Kastam Tioman ni.. terima kasih mama.. izinkan Noorsha lampirkan disini pula utk rujukan teman² :)
RESEPI KUIH TALAM GANDUM
Resepi Asal : Mama Kastam Tioman
Bahan²
Bahagian Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air gula merah
*(1/2 kg gula merah + 2 cawan air, masak & sejukkan.sukat 1 1/2 cawan)
4 cawan santan cair
Bahagian Atas:
4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
2sk garam
Cara²
1. panaskan air kukusan terlebih dahulu.
2.satukan kesemua adunan bahagian bawah. boleh di blend jika mahu. curahkan kedalam mould @ loyang yang disapu minyak terlebih dahulu. Kukus selama kira² 20 minit hingga masak.Jika menggunakan mould kecil dalam 10 minit dah ok.
3. Sediakan adunan belah atas. kacau dengan whisk hingga sebati.jangan blend adunan ini kerana bila masak nanti permukaannya akan merekah. tapiskan untuk hasil yang lebih smooth.
4.Buka periuk kukusan dan perhatikan permukaan adunan bawah yang telah masak. lap dengan menggunakan tisu jika terdapat permukaan air diatas kuih.. jika tidak dilap, bimbang adunan atas dan bawah tak melekat bila masak nanti.
5. setelah dilap kering, masukkan adunan atas tadi.
6. kukus kembali selama 1/2 jam. Setelah masak, buka penutup kukusan dan biar 10 minit untuk membebaskan wap yang terperangkap.
7. angkat kuih dan sejukkan sebelum diotong dan dihidang... :)
jemput minum petang..air bawak sendiri ya :)



20 comments:
Assalamualaikum N00rsha
Ada tinggalkan untuk Kak Lin tak? Sedapnya...Tapi Kak Lin suka piring tu laaa....
kedekutnya air kena bawak sendrik. lawo piring. mak aku ada gak ni. tringat aku dedulu, terpecah piring cantik gini, seharian gigil takut kena marah. hehe..
meh bagi aku 3 ketul .petang ni tak buat apa2. makan limau je
teringin gak ni ... huuuu...
tun suka jugak makan talam gandum ni.. tp buatnyer x pernah. masa blk kg mama kt kelantan selalu la dpt mkn ni, sbb mak sedara tun jual kuih.
As'salam Sya
nostalgia betul piring tu. dulu ada juga kat rumah mak dikampung tapi kaler hijau. Tak tahu mana dah hilangnya ker ada orang yang amik kot..hihihi
K.ct pun pernah buat talam gandum ni masa MIL datang kerumah. Buat 1/2 adunan juga memang muailah senang cakap. Biasalah bila ada orang datang hidangan kuih2 lama menjadi pilihan. Kalau ada lagi tu esok nak datang lagi nak tumpang makan :)
Alaaa tkyah la simpan2 untuk bekfes ke menda, ramai kawan2 ni ha..meh tabur2 kt sini, berebutlah tu kang... ni talam plg klasik ni....
Assallamualaikum Sha..
Amboiiii... Rajinnya buat kuih, kek, lately ni.. Still on yr regim diet?? Hehehe..sibuk jer kak Naz kan..huhuhu..
Tak pernah buat.. Nak seketul jer sha...
Salam Noorsha,
Along pun ada buat respi ni. Mmg sedap! Suka tengok piring lama tu. Along cuma ada sebiji tapi simpan kat kampung.
Assalam sha,lawa piring tuh..Rajin sungguh sha update skng nih eks,ct lak yg lemau jerk..SEDAPNYER KUIH TALAM,CT SUKA KALO KUIH LEMBUT2 GINI..
Salam sis,nmpk menarik.tak pernah rasa lg.nnt nk cubalah.air dlm gelas tu sy nk juga blh?hihi
Assalamualaikum Sha
first kak Nur teruja tengok piring tu...antik la...dulu arwah mak kak Nur ada byk piring mcm tu...tk tau la kak Nur masih simpan ke tidak!!!Kalau tk ada nyesal kak Nur tk simpan harta karun antik....hahaha.
Sedap aah talam gandum tu..kalau dekat kak Nur dh intip kat tingkap Sha...hehe.Thks buat nasihat mu itu.Biasa la manusia nie kan selalu rasa dia dh betul sangat2...hehee.
ade byk lebih dlm peti ais kan...boleh la bagi sikit nak rasa..huhu..
adik sayang kuih ada lagi tak? kak ham bawak air utk kak ham je tau...
Assalam sha, akk suka kuih tradisi, tapi tak rajin nak buat mcm leceh je, mkn suka yg amat hehe, tumpang mkn sini je, air akk bawa sejug ni hehe
asslam sha, waduh, talam gandum ni belum pernah rasa lagikan buat..mcam sedap aje akak tengok ..dengan setting yang menarik dan lagilah geram nak merasa..hehe
oooooooooooooooooo ko la yang amik piring biru aku tu ekkkkk. "kak nOOrsha", adik abbot nak mintak seketol kuih, bleh? (sambey lap ingus ijo).
hihi .. ni pun kurang sangat bab2 kuih macam talam ni .. x pernah lintas langsung nak try buat huhu .. mak ada gak pernah tanya tak nak buat talam ke .. elak betul nak buat kuih2 seperti ni ..sebab manis kan.. .. kalo tau kat mak suka betul dgn kuih talam2 ni ...
nampak sedap, tapi tak minatlah kuih tradisional ni, mengada kan hehe
takut nanti buat takde org makan je, klu tukang buat suka, tak kisah
teruja nyer tgk yr garnishing syg oiii :)
Looks good and the recipe is simple. A must try.
Post a Comment