Assalamualaikum...
salam petang hari Jumaat buat semua teman²...minum petang apa hari ni ya? Noorsha tak buat ape² pun, makan biskut kosong je... hehe....betul..tak caye? betul.... memang hari ni agak malas nak buat macam², kunyah² biskut kering pun sedap jugak sesekali tu kan... Kek Marble Sheila Mambo ni sebenarnya Noorsha buat masa Hari Raya Aidiladha tahun 2011 lagi.. huhu..lamaaaaa dah kan, baru nak share disini... Sebenarnya tak perasan tak upload lagi di blog, bila tengok² balik folder lama baru terperasan kek ni takde entry lagi..ade beberapa menu lagi tak berupdate sebenarnya..tu pun menu lama..hihi..nanti kalau rajin Noorsha update ya... :).. kek ni ramai dah pernah buat dulu kan.. Noorsha pun dah acapkali buat untuk makan² keluarga dan sebagai buah tangan... Kali pertamanya DISINI... memang sedap, lain dari marble cake yang lain, rasa coklatnya sungguh heavy dan sangat sedap! Family Noorsha kat kampung pun suke ngan kek ni..buat masa Raya Haji aritu kebetulan adik beradik sebelah ayah datang beraya serentak, cepat je laku kek ni... memang best... oklah, jom layan resepi... Resepi ni Noorsha ambil dari blog Kak Nor SG..Resepi dah diletakkan dulu, tapi Noorsha letakkan semula disini untuk rujukan ya :) Terima Kasih banyak² pelakon Sheila Mambo atas resepi yang sangat sedap ni & Kak Nor...:)
RESEPI RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO
Resepi Asal : Sheila Mambo
Sumber Rujukan ; Kak Nor@Secubit Garam &; Noorsha
Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor (Noorsha guna 90gm saja)
125 gm mentega
125 gm gula kastor (Noorsha guna 90gm saja)
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila
Cara-cara :-
1. Panaskan oven terlebih dahulu.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
7.Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
8.Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping jika suka
9.Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
10.Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
11.Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping jika suka

Antara kawan² yang dah buat n telah berjaya menyebarkan virus satu masa dulu ialah ; CMG, Izah, Mas, kak Sheila, kak Anna dan ramai lagi.... boleh jengah dapur mereka juga untuk hasil yg lebih cantik :)...selamat mencuba ^___^

18 comments:
Selamat petang Noor,
ini pun dah cukup cantik Noor! bolehlah minum petang di sini ye Noor.
as-salam, kka noor..minta kebenaran utk link kat blog saya yea...tq.
hai datang lg menu mengoda jiwa ni hehe
cantik, mesti sedap kan =)
memang sedap kek ni kan sha..akak pun suka juga..time raya tahun lepas pun akak buat..memang rich chocolate didalamnya tu..
selamat petang ... nak jalan2 minum petang disini hihi.... ternampak kek marble ni.. sedapnyaaaa. bahan2 pun nampak rich dgn choc..
huwaaaaaaa lajunya dia...akak xterkejo dah...semputttttttttt
selamat ptg sis..wah terliur tgk kek cantik ni.nnt time rajin nak cairkan coklat saya cuba.wahh puji lah keria kentang tu sis, amat sedap.anak2 sgt suka.tq ye.
resepi yg simple tp mnarik...bleh cuba ni...tq
akk nk sepotong la.. akk dah pernah buat kek ni.. mcm2 resa ada ni.. nk mengekek ada nk mmbrownis pun ader jugak .. last2 tido jer la jadinya.. hohoho..
kak sha cayang.... dlm cara2 ada ovalette, dlm bahan2 xde. hihi.. letak coklat masakan ye.. terasa2 je kesedapan dia kat tekak tun nii.
menariknya kek ni sha...akak ni ingat nk berpantang jap xtvt membaking ni..rasa bdn mcm belon dah ni tapi bila nengokkan kek mu yg mengancam ni tergugat lak pantang ni rasanya..hehe
Assalamualaikum Noor...
Sedapnya kek...Cantik pulak tu...
ada stoberi lagi tu..pehhh..meh hulur sepotong ke sini Noor..
ingatkan kak sha baru buat hari ni...baru nak cakap, "mengidam makan kek coklat ke?" huhuh...gelemer gitu nama kek ni....nani tak pernah buat lagi setakat ni...
Assalam sha,nmpak sedap kek marble tuh,baru jer duk cari2 resepi kek marble,duk nmpak juga resepi nih,mesti sedapkan,sbb guna dark coklat..Nak singgah sini dari klmarin lagi,tapi tenet wat hal,adeiii geram sungguh..
Aslmkum Sha.kek marble ni dah lama berkenan tp asyik tertangguh nak buat.nengok Sha tayang ni teringin nak mencuba....
wehhh...komen aku tak masuk rupanya.....
sha..kek ni memang dah jadi kek peberet family kat kg tau..
sedappp kan..
assalam sha sedapnya kek tu, boleh buat minum ptg ni
sedapnyer nampak kak noor.. mohon simpan resepi ni dulu yer.. :)
Post a Comment