Click² My Nuff

Wednesday, February 1, 2012

Alhamdulillah & Terima Kasih JELITA




Asalamualaikum.....

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan sekali lagi menghirup udara dan mencicip keindahan ciptaanNya di bulan Februari 2012 ini..... Terima Kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nafas dan denyut nadi kepada kami.... Alhamdulillah.....

Di kesempatan kali ini, Noorsha ingin merakamkan jua jutaan terima kasih yang tak terhingga buat Majalah JELITA kerana memberi peluang dan ruang buat kami blogger² masakan tampil di dada majalah... Alhamdulillah, segala rezeki, peluang dan kesempatan yang diterima adalah dari Nya....Syukur....

Alkisah, Noorsha menerima salam perkenalan daripada Cik Norashikin Md Nor di facebook pada awal bulan December 2011 lalu.... Mulanya memang tak terfikir langsung yang beliau merupakan wartawan dari majalah JELITA... Noorsha sangkakan beliau dari kelompok blogger juga.... lantas, bila Cik Shikin msg di FB & mengatakan beliau berminat untuk masukkan beberapa resepi dari blog Noorsha ke dalam majalah Noorsha betul² terkejut dan tak sangka..... 

Sejujurnya, Noorsha sedar dimana  tempat duduk dan berdirinya Noorsha selama ni.. Noorsha bukanlah blogger yang popular jauh sekali ingin mengejar popular... memang tak terfikir sama sekali penulis dari majalah JELITA sanggup dan sudi menerjah dapur Noorsha ni....  Msg Cik Shikin Noorsha tak terus jawab....Noorsha ajak suami berbincang mengenai 'lamaran' pihak majalah tu.... Setelah menimbang tara dan menerima sokongan dari suami, barulah Noorsha membaas msg dari beliau....

Yang menjadi masalahnya adalah, kebanyakan resepi² di blog ini adalah resepi dari kawan² blogger dan bukan hasil dari Noorsha sendiri....Menurut cik Shikin beliau akan nyatakan bahawa resepi tersebut merupakan gubahan resepi dan bukan resepi dari Noorsha sendiri. Akhirnya Noorsha  mencadangkan 3 resepi dan selebihnya dipilih oleh pihak Cik Shikin mengikut tema Merah, Pink dan Putih... Kesimpulannya sebanyak 10 resepi telah dipilih dan antara 10 ni berkemungkinan hanya 5 ke 7 resepi saja yang dipilih untuk dimasukkan dalam slot resepi di JELITA. Terus terang Noorsha katakan disini, dalam 10 resepi tu, cuma ada 2 sahaja resepi yang Noorsha sumbangkan untuk pihak majalah dan selebihnya adalah dari blogger lain....



Pada asalnya Noorsha bercadang untuk memohon keizinan dari pemilik resepi asal setelah resepi² mereka dipublish dalam majalah....Cadangan Noorsha ini bersebab.. Pertamanya, Noorsha tak mahu buat kecoh awal², yelah nanti orang kata belum pun resepi tu keluar tapi dah gebang cerita dengan orang yang resepi tu akan keluar... Keduanya, Noorsha masih berbelah bahagi & tertanya² dalam hati layakkah gambar² Noorsha yang picisan ni menghiasi dada majalah JELITA...sedangkan ramai yang tau sebelum ni hanya blogger yang gah dan ada nama saja yang mampu menembusi majalah... Noorsha sedar dimana tempat Noorsha berada, malah Noorsha sendiri tak pasti adakah gambar² Noorsha layak untuk keluar majalah....kadang² rasa mungkin akan direject oleh pihak editor... sebab tu Noorsha memilih untuk mendiamkan dulu perkara ni dan hanya akan minta izin pada pemilik resepi asal sekiranya betul gambar dan resepi tu dipublished sebagaimana yang beberapa orang blogger lain lakukan sebelum ni...

Tetapi atas nasihat seorang teman, Noorsha bersetuju memohon keizinan dari pemilik resepi asal... Noorsha msg mereka melalui FB dan emel.... Alhamdulillah... Kebanyakan pemilik resepi menghalalkan dan memberi keizinan resepi mereka disiarkan....Malah lebih terharu lagi Noorsha rasakan bila salah seorang dari mereka yang tidak pernah Noorsha kenal secara peribadi, hanya melalui blog dan hanya sekali berbicara melalui emel dengan ikhlasnya menghalalkan resepinya tampil dimajalah samada terpilih @ tidak antara 10 resepi itu... Terharu..sangat terharu....Begitu juga dengan pemilik resepi yang lain yang berlapang dada dan ikhlas memberi keizinan, amat Noorsha hargai.... rasa sebak pun ada kerana dalam kelompok blogger yang tidak pernah mengenali secara live, malah hanya bertegur sapa melalui blog dan dipanjangkan ke FB, tapi keikhlasan hati mereka amat Noorsha hargai.. Terima Kasih semua.... tak lupa juga kepada mereka yang memberi nasihat kepada Noorsha, Noorsha amat hargai akan pendapat dan nasihat yang diberikan... Terima Kasih banyak².... Alhamdulillah.. Sangat bersyukur dipertemukan dengan insan yang baik hati dan ikhlas seperti kalian semua.... :')

oklah, panjang Noorsha punya entry hari ni.... bukan apa, Noorsha cuma ingin menghuraikan apa yang berlaku disebalik tabir supaya ada pihak yang tak salah faham dan mempolitikkan penampilan gambar & resepi² di JELITA kali ni...tidak ada sekelumit pun niat bermegah² dan mendabik dada..malah Noorsha semakin risau dan bimbang jika kehadiran Noorsha di dunia blog selepas ini tidak disenangi oleh pihak tertentu... maklumlah, manusia ni rambut sama hitam, hati lain²... Walahualam... ok, jom kita tengok resepi yang terpilih untuk disaring pada peringkat akhir & berjaya tersiar di JELITA Februari 2012 kali ni... ^^




RED VELVET CAKE @ KEK BALDU MERAH ini asalnya dari laman web Joyofbaking.... Noorsha dah beberapa kali buat kek ni, memang sedap dan sangat memenuhi citarasa sekeluarga... Jika tak silap Noorsha ada juga sesetengah blogger yang berjaya menempa hasil jualan melalui resepi dari Joyofbaking ni. Untuk makluman,resepi yang tersiar ini telah Noorsha kurangkan sedikit kuantiti gulanya mengikut selera keluarga Noorsha...What ever it is, Thanx a lot JOB... i'm simply love your blog, i'ts always give me an idea to cook a better dishes for my family... I love your cakes & cookies recipe... it's easy to make an delicious too... Thank You...:)





KEK STRAWBERRY SEJUK ini asalnya adalah olahan resepi dari resepi SIMPLE NON BAKED EGGLESS OREO CHEESECAKE, resepi dari  Pn Gee Azmi....Terima Kasih Noorsha ucapkan kepada Pn Gee kerana berbesar hati memberi kebenaran untuk resepinya yang telah Noorsha olah sedikit untuk disiarkan di majalah..... Budi baik puan amat besar maknanya bagi saya, terima kasih banyak².... 


KEK PUDING KARAMEL ini pula adalah nukilan kreativiti dari mem besar Myresipi suatu ketika dulu iaitu Kak Yani... dalam dunia blog, siapa yang tak kenal dengan Kak Yani kan.. beliau sangat kreatif dalam menampilkan resepi² menarik untuk kek, cookies & snack yang cantik & sedap2...singgah saja ke Myresipi, banyak resepi yang sedap2 dari kak Yani disana.. asalanya kek ni adalah plain, tetapi Noorsha sengaja bubuh warna agar nampak lebih menarik dan memikat selera anak².. Noorsha dah banyak kali juga buat kek ni dari versi plain, coklat mahupun berwarna warni..kesemuanya sedap...Terima Kasih kak Yani kerana memberi keizinan resepi akak tersiar di majalah...Tak keterlaluan Noorsha katakan laman web Myresipi banyak membantu Noorsha didapur dari zaman bujang hingga sekarang...Kak Yani dan Myresipi juga salah satu nama besar yang mempengaruhi Noorsha menubuhkan blog ni...Terima kasih kak.... .:)




PAVLOVA COKLAT BERKRIM KEJU dan TRIFFLE RASPBERRY BERCOKLAT ini pula adalah ilham dari Allah SWT yang dipinjamkan kepada Noorsha seketika disaat Noorsha memikir2kan resepi apa yang dapat Noorsha sumbangkan kepada pihak JELITA... Syukran Ya Allah kerana meminjamkan sedikit idea dan ilmu untuk diriku yang kerdil ini... semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi keberkatan kepada semua... Amin...




Melalui entry ini juga Noorsha ingin merakamkan setinggi2 tahniah kepada sahabat blogger yang blognya berjaya tersiar di majalah untuk slot BLOG REVIEW iaitu kak E-na, Kak Ida dan Raihanna.. Tahniah semuanya..semoga usaha dan ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dari Allah SWT..Amin.. :)



Berbalik pada kisah Noorsha, sekali lagi Noorsha ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JELITA dan kesemuanya penyumbang resepi yang memberi keizinan resepinya tampil di media cetak meskipun menggunakan nama dan gambar Noorsha...Ketahuilah bahawa keizinan yang Noorsha terima dari anda semua berjaya membuatkan Noorsha cukup tersentuh.... Noorsha hargai ilmu yang kalian kongsikan bersama didada blog, terima kasih kerana memberi keizinan untuk Noorsha panjangkan pula kepada teman² diluar sana yang mana tidak mampu memiliki internet dirumah & hanya menelaah resepi melalui buku dan majalah.. terima kasih banyak²..... Noorsha berdoa semoga Allah merahmati hidup kalian sekeluarga, memberkati rezeki yang kalian perolehi dan semoga hanya yang baik² sahaja mengiringi perjalanan hidup kalian dari dunia hingga akhirat..... Noorsha tak mampu membalas akan kemurahan hati kesemua pemilik resepi samada yang tersiar @ tidak di majalah ni, sementelahan lagi motif penyiaran resepi di majalah bukanlah soal wang malah Noorsha sendiri tidak menerima apa² bayaran dari pihak majalah.. perkongsian ini adalah perkongsian ikhlas dan semoga kita sama² mendapat saham di akhirat sana..
Insyaallah....apa yang Noorsha mampu lakukan adalah sekadar doa semoga Allah memurahkan rezeki kesemua teman² Noorsha yang Noorsha sayangi....Amin Yarabbal Alamin....

Terima kasih juga buat suami tersayang yang sentiasa memberi pendorong dan perangsang untuk Noorsha aktif berblog, berkongsi ilmu dan minat bersama teman² yang lain.. Juga untuk seluruh keluarga serta putera puteri kesayangan ku; Darwish dan Dhira.... Kalian adalah sumber perangsang untuk mama memasak & memberi cabaran bagi mama menampilkan makanan yang menarik untuk memikat selera dan menambat citarasa keluarga.. Terima Kasih kerana menjadi tulang belakang mama... juga untuk teman² blogger kesemuanya serta teman² yang menjadi tempat diriku meluahkan rasa dan menyandarkan kecewa serta berkongsi ceria.. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar dan penasihat yang baik....Semoga Allah membalas segala kebaikan yang diberi dengan kebaikan² yang berganda kepada semua..Amin....


"Apabila telah mati seorang anak Adam, 
maka tiada satu pun perkara didunia yang akan dibawanya bersama 
kecuali doa anak yang soleh, amal jariah & ilmu yang bermanfaat"



Wallahualam....




*Gambar kredit kepada FB Cik Norashikin Md Nor.. Terima Kasih :)




44 comments:

tun_telani said...

wahh!!!! tahniah kak shaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! moga terus berjaya ^^

amy aimi said...

Tahniah Noorsha. A step a forword. Nanti masuk Master Chef Malaysia pulak eh :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah dari akak noorsha.. sememangnya gambar2 dari blog noorsha layak masuk majalah! mantop & ada kelasnya tersendiri!

Ida,Japan said...

Shaa....TAHNIAH!!x3 clapx3....k'ida turut merasa bangga Sha..apa yg kita lakukan selama ini diberi penghargaan tu Sha..Syukur alhamdulillah..Gambar2 sha mmg cantik sgt shaa, penuh warna warni,mewah jer nmpk..tq di atas n3 pasal Blog Review tu Sha...yer la..dok merantau Sha, tak dpt nk beli majalah...dpt info pun dari Cik Shikin tu jer...kalau la k'ida tau resepi2 dari blog sha ada masuk...awal2 lagi k'ida ucapkan tahniah he..he

izahdaut said...

sha.. terharu lak aku baca entry ko ni. tahniah sha.. mmang ko layak pun nak berkongsi kecerian gambar tema merah pink ko tu kat majalah.. syukur ya Allah memberi kesempatan ni kepada yang diizinkanNya. dan memang ats kejayaan dan kelebihan seseorang anak Adam itu, pasti ada yang tak puas hati, yang mengetuk hati agar membenci.. tapi semua itu lumrh atau satu titik supya ko terus berusaha lagi dan juga satu tanda supaya kita sentiasa beringat diri...

tahniah sha.. nanti nk cari juga mjlh jelita feb sbgai kenangn peribadi.

Naz / Nadz COSK said...

Shaaaaaa...TAHNIAH!!! Dah kuar ye... Moga lebih cerah hala tuju Sha dgn dunia masakan dan juga photography yg mmg nampak bakatnya pada diri Sha...Congrat!!

AbbotCottage said...

nOOrsha, TAHNIAH!!! Kooo, patut ler diam seribu bahasa, ada udan sebalik batu eh. Bagus bagus, aku tumpang gembira sha. Suka aku tengok kawan-kawan, sorang demi sorang menuju kejayaan. Alhamdulillah, jgn lupa rumput dibumi andai langit sudah dingadah.

chikadakbiru said...

tahniah...dh tak tau nak ckp ape...lepas nih buat lagi baik...gambar memang dh cantik....kalau ade rezeki jdi peserta mstechef 2 malaysia plak yer...

Chah said...

waaaaa.....suker2...tahniah!!!!!mak ni mmg la ala2 ganas tahap dinasour spinosaurus tu, tp ati mak mudah tersentuh tau dik...terharu baca catatan noorsha ni..walopun x penah berjumpa di alam nyata...errr sha, nanti petanglah kak long nyinggah ye, ni ha kak long ada buat bingka kesukaan sha ni...hekhekhek... *mula dah!!!!

nur easy said...

tahniah.. selamat maju jaya lagi..;)

Liza said...

salam berjuta2 tahniah yer Sha....semoga terus berblog dan berkongsi resepi2 yg menarik...

Yatie said...

Tahniah Noorsha, akak tumpang gembira dan berbangga ni...moga terus sukses dan berkongsi resepi lagi dan lagi....

norlieharumaini said...

syabas.. tahniah.. tahniah... semua resepi yang tersiar sudah memang di halalkan.. hanya tuhan shj yang dapat membalas segala ilmu yang di curahkan..

Sue @ Nenie said...

Salam...Tahniah...Tahniah...tahniah..tumpang gembira ngan berita ni..Semoga terus maju jaya

Zaliedana said...

Sekalung tahniah sha,sememengnya ct dah agak suatu hari nnti msti giliran sha pula msk majalah,ngan pic2 yg tersangat cantik,mantap n kedebom..Tahniah ya sha..

Qasey Honey said...

wahhhhh...tahniah noorsha...kagum2 rmi blogger kuar majalah skrg...teruskan kongsikan resepi2 dan gmbr yg cntik2

mummyseri said...

assalam sha, tahniah, akak tumpang gembira..meriah tgk gambar2 tu ;)
smoga sha terus berkongsi resepi dan pic yang sememangnya cantek..

EmbunRosaliza said...

Assalam Sha, tahniah3x....semoga terus maju jaya dalam bidang masakan dan photography, semoga selepas ini sha akan lebih bersemagat lagi, tahniah sekali lagi, jgn lupa akk di sini kekek

Ria said...

tahniah kak..

Mamasya said...

Aslmkum Sha.tahniah dan syabas! mmg gambar Sha byk yg cantik sesuai utk majalah.tema merah putih mmg menawan fotonya.moga ni menjadikan Sha terus bersemangat utk berblog dan kongsi gambar menarik....tahniah sekali lagi!

mimie@Sugar 'n' Spice said...

Tahniah Sha......tumpang bangga gakkk..... pasni moga2 lebih berjaya n lebih bersemangat mhasilkanmasakan dan gambar2 yg menarik dan sedap2....congratsss........

Mas said...

tahniahhhh sha....
wehhh...ko memang layak la sha...
gambar2 ko memang sentiasa memikat hati aku..
suka aku lepak2 kat dapo ko ni...he3
moga ko terus mantap dengan resepi2 dan gambar2 yang lebih kebabomm yerk...
nanti aku nak cari majalah jelita la...

tahniah sekali lagi dari aku..
aku tumpang seronokkk...

ummiaisyah said...

tahniah...smg makin berjaya dan terus mara ke depan...inilah salah satu kesan positif berblog..rezki x disangka2...kami tumpang gembira!

Chik Mimi said...

Alhamdulillah tahniah Sha,teruskan berkarya ,dari dulu akak selalu puji gambar2 sha mmg meletops heheheheh Tahniah again

..::Zue::.. said...

Tahniah yer noorsha..
memang dapur ni patut dpt 'sekalung tahniah' memandangkan pic kat sini..tip top lah..

suka sgt singgah dapur noorsha..
selamat berblog selamat-lamanya..

Wani said...

tahniah .. seronok mendengar kawan2 lain tak putus2 beri ucap tahniah ...walaupun baru je berkenalan ....bila tengok kat dapor 1001 cerita 1001 rasa ni .. memang semmeangnya layak .. resepi2 ni untuk dimasukkan dalam segmen majalah jelita tu ... gambar pun so professional... dah macam jadi 2 career lak ... hihi... teruskan semangat tu dalam berkongsi resepi2 dengan kita semua ... :)

Cheq Sue said...

sha...walaupun agak lambat sampai ke sini, masih tak terlewat nak ucap tahniah dengan penampilan di majalah jelita tu... moga2 pasni akan lebih banyak lagi resepi yang dikongsi dan gambar2 yang sangat menarik. kadang2 kenyang tgk gambar je tau...takyah cuba. he he he

Mat Gebu said...

Tahniah juga dari DTS untuk Noorsha...moga kita sama2 mendapat maanfaat....

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Congratulations again Noorsha darling!!! :)

Your pics are always mindblowing...nothing less than that!

Gambar kuih bahulu kat bawah ni....adeyyyy first class lor!

K.Nor said...

Sekalung tahniah buat adik noorsha tersayang dr k.nor.. Tk kisah lah noor, org suka ke, org benci ke, org sokong ke atau org kondem.. ALLAH tau apa yg tersurat dlm hati kita dn hati setiap hambaNYA.. Putih ke, kelabu ke, hitam ke.. Kita pandang ke depan ya.. Nak puaskan hati semua org bukan satu perkara yg mudah.. Semoga noor akan lebih sukses lagi di masa akan dtg..

Mmg kita bukan kejar glamer tp glamer yg kejar kita kan.. Hahaha.. TAHNIAH sekali lg ya.. K.nor mmg bangga dgn noor .... Gambar2 pun makin mantop! Keep the good work ya.... Mmmmmmuuuuaaah!

ibh said...

Tahniah kak. . :-)

E-na Lovely Kitchen said...

Congrats Noorsha!! proud of u...moga terus maju...thanks juga utk n3 ttg review tu ye...:))

nuwairani ismail said...

tak sempat nk baca entry ni sebelum ke sekolah tadi...tahniah buat kak sha sebab masuk magazine...semoga terus maju jaya di masa akan datang (mcm skema pulak ayatnya) huhuh

HaSue said...

TAHNIAH NOORSHA!!
Entri ko nih aku dah baca dan hayati sepenuh perasaan semalam lg,smpaix sempat aku nak ngomen..hehe

Aku doakan,emoga Blog 1001 cerita 1001 rasa semakin maju ke hadapan dan melangkah jauh lg... u deserved it bebeh!
Aku tumpang bangga gak nih blog besan masuk majalah..hihi..

Tahniah juga buat 3 rakan2 blogger yang lain tu :)

p/s: sha,ada horlicks percuma lg tak?ala, cam bln januari tuu?haha.. insyaAllah nanti aku cari majalah ni..x jumpa kat sini kat sinun akan ku cari jua..kalo x jumpa gak,nanti aku langgan kat cik Norashikin..haha

mokwo® said...

salam shaa...tahniah banyak2 dari mokwo!..gambo sha..memang tak di sangkal lagi kecantikkan nya umpama cantik si anak dara sunti..kini sudah di 'pinang' orang..tahniah again!

Sheila Shafeareen said...

As'salam tahniah Sha mmg akk tumpang bangga...dan terima kasih pada kakak2 yg menghalal kan resepi..kat sini dpt le lh kita bekongsi basama masakan yg sdp2....

gbr Sha ambik pun semua lawa2..terang suka negoknya

Tahniah buat blog 1001 Cerita 1001 Rasa

ejane fyruz said...

salam noorsha tahniah...your blog inspired me lah =) smga trus maju melangkah ke hadapan...ameen ya Rabb

Anonymous said...

tahniah sha!!!...terharu baca entry tu...moga terus maju dn majuuuu....nk kena cari cpt2 jelita nih...tahniah sekali lagi ya..tumpang gembira :) zila66

bbyferd said...

Alhamdulillah..tahniah dear! u deserve it~ i mmg adore ngn pic2 yg u snap..juge resepi2 ^_^

Diana @ Melley Mey said...

Tahniah sha ... Moga akan terus berjaya lagi d masa akan datang... Akak bangga ngan sha... :)

Raihanna said...

salam kak sha... tahniah kak.... rai pun baru dpt tau daripada blog akak nie.... terima kasih sebab inform rai...blog akak memang banyak resipi yg sangat2 best... suka tengok... boleh la rai belajar mcm2 kt blog akak =)

aDisH.sHidA said...

TAHNIAH..SHIDA BARU JE DAPATKAN MAJALAH JELITA ARINI...DAH TAK SANGKA ADA PLAK RESEPI KEK PUDING KARAMEL YANG MANA PUDING NYA TEBAL SEPERTI YANG DIMNTA OLEH KAKAK2 IPAR SHDA...THANKS KAK NOORSHA

Nurul said...

rasanya sy ke sini dulu masa akak mula2 berblog. Kerajinan akak berkongsi ilmu masakan akhirnya membuah hasil kak. Terima kasih ya.. rajin berkogsi dengan kami. :)

Nur-nba said...

Tahniah Kak Noorsha.. Semoga akak akan terus berkongsi resepi dan menghasilkan menu2 yang lazat dan menarik untuk tatapan kami..

Semua gambar2 menu masakan dalam blog sangat cantik dan memukau..