Click² My Nuff

Friday, September 14, 2012

Happy 2nd Birthday, Dhira :)



Asalamualaikum...

13 September 2010,  tarikh yang cukup bermakna bagi diri mama, papa dan abang Darwish....pada tarikh keramat ni lah lahirnya seorang puteri yang sungguh comel diberi nama NURYN SUFI NDHIRAH BT ABDUL AJIB @ lebih mesra kami panggil Dhira...kelahiran seorang puteri yang amat dinanti2kan krn dari awal perkahwinan memang mama sangat berharap nak menimang cahayamata perempuan...:)








saat mengandungkan Dhira selama 9 bulan 10 hari adalah waktu yang sangat menguji.......alahan demi alahan  serta rintangan demi rintangan diharungi dn dihadapi dengan tabah... morning sickness, evening sickness, night sickness.... pendek kata setiap masa mual2 dan loya diawal kehamilan hingga 5 bulan... setelah kandungan 5 bulan keatas mama alami sesak nafas yang sangat teruk...sedangkan bercakap sepatah dua pun tercungap² ...batuk² pula sangat hebat menyerang diwaktu begini  smpai nak bergerak pun susah..sudahnya terbaring saja atas katil, x mampu nak bngun....pergi macam² klninik, doc kata bukan asma...tiada ubat dibekalkan hanya suruh rehat rehat dan rehat... sampai terfikir masa tu, mungkinkah ini hujung hayat mama...oleh kerana kesukaran bernafas yg sangat menyeksakan waktu itu...mama berdoa pada Allah, kiranya mengandungkan Dhira adalah sebab untuk mama pergi dulu, mama merayu agar diberi kesempatan melahirkan Dhira dengan selamat...biarlah Dhira lahir sempurna seperti bayi lain, saat itu mama rela untuk pergi jika ditakdirkan Illahi ia terjadi :')










berbeza ketika mengandungkan abang Darwish yang memang tiada alahan langsung, mengandungkan Dhira cukup berlainan.. mama enggan kemana2 dengan kereta..bila naik kereta terasa seolah2 kereta dari depan nk langgar kereta kami...panik tak usah cakap..x senang duduk rasanya saat kereta berjalan, risau kalau² accident...ada yang kata mama mengada²...walhal apa yang mama  lalui, alami dn rasai sewaktu mengandung kan Dhira adalah pembawakan budak  kata orang tua dan bukan dibuat²....semua kesulitan tu telah cuba mama atasi seboleh²nya tapi gagal...Allah sajalah yang tau apa yang mama rasa waktu tu....




dhira diusia 1 bulan :)


seminggu lepas Dhira lahir, papa pula admitted kes slip disc n perlu dioperate...mama jaga papa di hospital waktu hari pertama dan kedua papa operation x boleh bangun....di hospital, mama pam susu tiap 1-2 jam sekali untuk bekal Dhira kat rumah....mujur nenek sudi jaga..hati rasa serba salah..sini anak, sini suami, sini pula diri sendiri yang masih berpantang...tapi demi tanggungjawab pada dua insan yg disayangi, mama ketepikan diri sendiri yang sebenarnya taklah sekuat mana pun lagi.....Alhamdulillah, selama 2 hari mama jaga papa dihospital, Dhira tak keputusan susu badan dirumah.. memang itulah yang mama mahukan untuk semua anak² mama....mama nak anak² mama dapat khasiat dari susu badan mama sendiri, bukan dari susu lembu....Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya....syukurlah, segala2nya pulih seperti biasa, papa dah ssihat, mama da takde alahan lagi n Dhira selepas lahir pun tak banyak ragam... senang sangat dijaga....bangun hanya minta susu, selebihnya hanya tidur je....agaknye Dhira tau mama dah cukup sengsara masa Dhira dalam kandungan :)




hari ini, 13 September 2012, genap usia Dhira 2 tahun... mama sentiasa doakan perjalanan hidup Dhira dirahmati Illahi dan semoga Dhira jadi muslimah solehah yang berbakti pada agama dan negara....Mama sayang Dhira....sangat²!~ Dhira permata hati mama, intan payung mama, pengarang jantung mama dan segala²nya untuk mama.... jadi anak yang baik ye sayang.... aminnn :)




kek besday dhira sempena ulangtahun ke 2, sentuhan kasih sayang dari mama yang tak seberapa...namun percayalah nilainya tinggi setinggi kasih sayang mama pada anak2 mama :)



Dhira diusia 2 tahun :)






peace Dhira peace! Dhira balas ngan jari kelima2 dibuka..heheh




mama suruh abang kiss, Dhira masam x suke...kikiki






Terima Kasih kawan2  kerana sudi luangkan masa membaca coretan x seberapa ni :)





18 comments:

Ummi said...

Assalam Noorsha...aduhai byknya dugaan semasa melahirkan Dhira yea...dengan nak berpantang, nak jaga cik abg...Namun percayalah, setiap dugaan pastilah ada ganjarannya dan berbaloi-baloi...Allah lebih tau apa yg terbaik untuk hambaNya, kita sebagai hamba harus redha dan tabah... Semoga Dhira membesar sebagai anak yang baik sebagaimana diimpikan setiap ibu dan bapa..semoga di dalam lindungan Allah swt selalu dan jadi sumber kebahagiaan dan keceriaan mama, papa, abangnya dan semua yang tersayang....amiiinn

*comel tul Dhira pakai tudung gitu, sweet sesangat....kira sepupu je dgn patung barbie tu eh...hehehhee

HaSue said...

Sob..sob..sroottt!syahdu jer aku baca post ko nih..silap sendiri x bawak tisu siap2 dtg umah pemuisi pemes..adeh..syahdu n terharu aku bace tau..huk..mintak tisu sha.

Mmg dugaan hebat tu nk mlahirkan dhira...jd dhira,knglah jasa ibumu..susah pyh beliau..semoga dhira mnjadi insann yg cekal smngt cam mama dhira juga n mjadi wanita cemerlang dunia akhirat..aminnn..comel tu mesti makin maintain smpai ke tua..hiii..

Sha..pandainya ko deko kek princess!kagom aku nih..aku dah lama x pegang nozel.ahak..dh la mmg x reti kan,xde prektis lg makin la x reti..haihh..

To Dhira,happy belated birthday sweety..dkt2 besday ngan kakak ipar ko ye dhira.sng nanti celebret sama2..suh mama dhira wat kek barbie 2 tingkat.kikiki

LinRosly said...

Assalamualai Noorsha :D
Sanah Helwah khas buat sicomel yg cute dan cun ni...semoga dipanjangkan usia dg diberikan kesihatan yg baik,menjadi anak yg solehah, pandai,bijak dan cemerlang didunia dan akhirat.......Insya Allah...Ameen...

Nur-nba said...

Salam Noorsha.. Tersentuh hati dan sebak membaca coretan buat anakanda Dhira.. ternyata besar dugaan ketika mengandungkan puteri kesayanganmu ini. Namun semuanya ini terbalas pabila Dhira lahir dengan selamat dan membesar di depan mata..

Selamat Hari Lahir buat Dhira.. Moga Dhira membesar menjadi anak yg solehah, bijak dan dapat berbakti pada kedua2 ibu bapa. Amin.

Cantik kek tu.. Deco pun superb!.. Siap bertudung.. Cute sangat. Noorsha memang kreatif dan berseni orangnya..

AZLITA AZIZ said...

Assalamualaikum Noorsha,

happy b'day to Dhira
Semoga menjadi anak yang soleha..
Berjaya di dunia dan di akhirat..

Comel Dhira macam anak minah salleh.. ^_^

patung barbie doll yg comel dari mama tersayang..

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum heemmm tesentuh kejap...Hpy B'dy DHIRA sayang....cantik baju kebaya biru...suka negok pic makan sama abg..sambil tunjuk jari...Mama buat kek doll yg cantik....

zila norazila said...

happy bthday buat si cute n tomeii dhira..
smoga berjaya didunia dan diakhirat..jadi ank yg solehah..aminn:)

sakinah tarmizi said...

Dira comel pakai tudung!! hehe
happy belated birthday to Dira may Allah bless you :)

Mas said...

Assalamualaikum sha...
sememangnya pergorbanan seorang ibu amat besar...
dari dalam kandungan hingga melahirkan, membesarkan...
moga anak2 kita membesar menjadi anak2 yg soleh solehah dan berjaya dunia dan akhirat....

Untuk Dhira yang comeiiiii sangat tu..
Happy Birthday Dhira...
moga membesar dengan sihat dan menjadi anak kebanggaan mama dan papa...dan hamba yg patuh pada perintah Allah...

cantikkk kek birthday Dhira....

Amie said...

Selamat ulang tahun buat Dhira... moga jadi anak yang solehah.
Aduhai .... terharu baca coretan kali ini, nak menitis air mata membayangkan betapa sengsaranya waktu itu, namun semua itu adalah ujian dan dugaan-Nya, alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan tabah.

Kak Sam said...

Hepi belated birthday buat dhira. Sayangi mama dan papa yea sayang, moga dhira akan sentiasa menggembirakan hati mereka.

pssttt... berapa minit yea dhira pakai tudung tu???? cute je.

Mamasya said...

happy bday Dhira!terharu baca coretan Noorsha ni. Noorsha simpan entry ni agar Dhira dpt baca bila dah besar nanti.....betapa besar pengorbanan mamanya.byk dugaan Noorsha mengandungkan Dhira dan dugaan selepas kelahiran... semua ujian ada hikmahnya...moga Noorsha&suami terus bahgia bersama anak2 tersayang.
wpun dah komen kat Fb ttg kek dan Dhira yg cute.....nak tambah sikit mamanya pun sama cute..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Shaaaa...

Terlewat baca coretan yg amat bermakna buat dhira bila besar nanti ni.. Mmg banyak dugaan yg Sha kena lalui.. Yg diceritakan di atas tu, tak termasuk dugaan yg Sha kena tahan telinga pasal cakap2 org masa ngandungkan Dhira kan..(sya pernah cerita dulu), pasal bf kan Darwish masa ngandungkan Dhira.. Sabarlah Sya.. Ada hikmah di atas yg terjadi. Semua ujian ada indahnya yg kita tak terlihat... Akak doakan semoga Sha dan keluarga bahagia selamanya.. Semoga dhira dan darwish jadi anak2 yg beriman dan membuatkan sha lupa saat2 getir ketika mengandung dan melahirkan mereka..Insyallah..

Ayu said...

Wahhh!!!! Sorry ya auntie tak perasan ada cute girl yang sambut birthday ...
alala geramnya auntie tengok.. Happy belated birthday dear Dhira, semuga membesar dgn sihat dan menjadi anak yang soleha serta berbakti kepada kedua orang tua mu not forgetting, menjadi anak kebanggaan mereka juga ya..

Cantiknya kek Noorsha buat untuk birthday girl tu.!!!

tun_telani said...

Salam kak sha cayang... tun pun terharu baca coretan akak.. terus teringat kat mama kt kg. uhuk uhuk.. mmg besar pengorbanan seorang emak.. tun doakan semoga dhira membesar menjadi anak yg solehah, insyaAllah.

EmbunRosaliza said...

hepi belated besday buat dhira, ingat betapa susahnya mama . Akk masih ingat lagi awal2 sha preknen dulu mkn nenas goreng sampai akk pun buat sama heheh.

Semoga doa dan harapan sha di makbulkn Allah

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://wisataoutboundmalang.com/

http://www.nolimitadventure.com/

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/