Click² My Nuff

Tuesday, January 31, 2012

Kuih Bahulu - Chocolate, Marble & Plain



Asalamualaikum...

Tak ada angin, takde ribut, takde hujan, takde mendung...tetibe je buat bahulu eh.. haha... saja teringin nak makan bahulu ni....teringat beberapa bulan sudah masa kenduri seorang kawan yang makciknya hendak ke Tanah Suci Mekah, dia sajikan bahulu ni... huhu..sedapnye rasa bahulu tu, banyak Noorsha makan..tak sedar.. hehe.. padahal diriku ini bukanlah penggemar bahulu pun... 

bahulu yang dihidangkan tu sangat lembuuuuttt dan gebuuu, dalamnya seolah² bersarang, dan kalau ditekan dia tenggelam..memang lembuut sangat..sedaap! rasanya tu bukan bahulu asli, mungkin dah dimodenkan kaedah dan resepinya..sebab Noorsha belum pernah lagi makan bahulu yang gebu dan lembut sebegitu...lebih lembut dari kek span..sedap sangat.....haish... katanya bahulu tu diberi oleh seseorang.. tak tau sapa sebab dah ramai², semuanya datang bertandang menghulur cenderahati dan buah tangan untuk tuan rumah.. haish.. rasanya kalau tau sapa yang bawak tu nak je gi ngendeng resepi ngan dia... hihi....


lantas bila terpandang laporan masakan Bahulu oleh Ayin, sahabat dari negara jiran , Indonesia di group Global Foodies, Noorsha terus berkenan nak mencuba..sebab kata Ayin dah banyak kali beliau buat bahulu ni..hasilnya memang terbaik... berkobar² pulak semangat nak buat... ermm.. betul, memang sedap dan lembut...bahulu ni menyerupai bahulu tradisi yang biasa kita makan dulu², resepi tok nenek yang dibakar dengan arang @ kayu api serta dilapik bahagian atas dengan sabut kelapa... lebih kurang sama, cuma ini lebih lembut mungkin kerana faktor penggunaan ovellate.... 

Noorsha kurangkan sedikit gula dalam adunan... memang syok sangat makan..Darwish pun suka! hehe.. Noorsha wat 3 versi iaitu marble, plain dan coklat..ketiga²nya sedap....ok, jom layan resepi..terime kasih Ayin dan Cik Manggis serta tuan punya resepi asal iaitu Puan Neo, kawan Cik Manggis..minta izin lampirkan resepinya disini pula untuk rujukan dilain hari.. :)



RESEPI KUIH BAHULU
Resepi Asal : Puan Neo
Sumber : Cik Manggis dan Ayin


Resepi & Sukatan Asal dari Puan Neo :
1 1/2 kg telur ayam kampung.(timbang dengan kulitnya)
850 gm gula pasir.

730 gm tepung gandum.(Jemur hingga ringan)
1 1/2 tbsp ovalette.


Resepi Yang Cik Manggis Kecilkan Sukatannya:)
8 biji telur ayam kampung.(750 gm jika ditimbang dengan kulit)
425 gm gula pasir.

365 gm tepung gandum(goreng sekejap tanpa minyak atau Jemur di panas matahari)
3/4 tbsp ovalette.



Resepi Yang Dibahagi kepada 1/2  Bahagian Oleh Ayin :)
5 biji telur biasa
250 gram gula pasir - Noorsha guna 150gm saja
180 gram tepung gandum(panakan dalam microwave beberapa minit)
1 sdt ovallete
1 sdt vanilla




Cara-caranya:

Satukan telur,gula pasir dan ovalette kedalam mangkuk pengadun.

  • Pukul hingga kental.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Pukul perlahan-lahan sehingga habis.(jangan lupa ayak tepung terlebih dahulu)
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  • Picitkan  adunan kedalam acuan bahulu sehingga penuh dan bakar hingga masak.
  • Biarkan bahulu semalaman didalam dulang sehingga ianya betul betul sejuk agar bahulu tahan lama dan tidak berkulat.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.Selamat mencuba.


~NOTA~
1. Noorsha ikut sukatan yang telah dikecilkan oleh Ayin :)
2. sekiranya ingin buat bahulu marble @ coklat, bahagi adunan kepada 2 bahagian,satu dibiarkan plain dan satu lagi diletakkan 2 sb coklat emulco. 
3. jika ingin membuat bahulu marble, isi serentak adunan plain dan coklat kedalam acuan bahulu supaya terbahagi sama rata adunan plain dan coklat tu.. selamat mencuba :)




walaupun bahulu ni tak sama dengan bahulu yang Noorsha makan di kenduri kawan tu, tapi rasanya tetap sedap dan lembut....paling Noorsha suka ia garing diluar tapi lembut didalam dan tak manis...Versi marble, coklat dan plain ketiga2nya sedap dan memikat selera..bolehla Noorsha buat untuk raya nanti...next time nak bubuh perisa pandan n letak filling coklat pulak!! heheheh...nyumnyum. :) jemput semuaa :)





Monday, January 30, 2012

Bingka Roti Berlauk


Asalamualaikum....

Bingka Roti Berlauk untuk minum petang.... dah siap awal² dah, n dah rasmikan dulu sikit..hehehe....memang sedap dan terbaik! Noorsha memang penggemar makanan bersavoury...memang tak rugi mencuba bingka  yang sedap ni.... mengenyangkan! sesuai untuk breakfast.... :).... Alkisah semasa menggoogle resepi Talam Berlauk, terjumpa resepi dari Chef Hanieliza ni.. terus berkenan.... ramai juga blogger masakan yang dah pernah buat resepi ni rupanya.. Noorsha yang ketinggalan zaman kekdahnya..ahaha.... oklah jom layan resepi...ada kije sket nak wat ni... nanti petang sket, Noorsha BW yaaa.... terima kasih Chef Lizakerana berkongsi resepi... Noorsha cnp resepi dari fotopage Chef Liza, dan Noorsha lampirkan sekali disini link kawan² blogger yang pernah mencuba resepi ni.. kalau ada yang tertinggal bagitau ya nanti Noorsha update semula... nama² yang dah mencuba ni hasil dari carian google tadi... daa :)


RESEPI BINGKA ROTI BERLAUK
Resepi Asal : Chef Hanieliza

(Noorsha wat 1/2 adunan dari adunan dibawah)


Bahan Bingka
1 buku kecil roti [10 -12 keping ] 
800 ml santan [1/2 biji kelapa] 
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan] 
3 biji telur
garam

Cara
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk
400 g daging kisar [Noorsha guna ayam] 
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil] 
1 batang carrot [potong dadu kecil] 
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].
 



******


Sila klik link kawan² yang disediakan ni untuk melihat hasil bingka roti yang lebih cantik :)....


jemput semua.. :)




Sunday, January 29, 2012

Cream Puff @ Pastry Choux with Custard Filling


Asalamualaikum....

Sapa suka makan cream puff.. hehe...jom kita hi 5! bestkan..lembuuuutt n gebuuuu...nak² bila disatukan ngan custard filling yg lemak manes  tu..fuhh,, makan x cukup sebiji kan kan kan....teringat dulu pada tahun 2008 masa tengah sarat mengandungkan Darwish, sekitar usia kandungan 8 bulan kalau tak silap..Noorsha wat lebih kurang 150 biji cream puff untuk kenduri kesyukuran pakcik di Kluang.. hadoi.. patah pinggang...dah la oven kecik, kene gilir² lak nak membakarnye tu...huhuhu.....letih toksah cakapla, dahla membawak perut kan.... (cerita nak kecoh je kan...org len berbisnes sampai dah nak beranak pun rilek je..kehkehkehkeh)....pastu bila bawak kat rumah pakcik alangkah hibanya hatiku bila semua tak percaya cream puff tu Noorsha wat sendiri.. mati² deme kate kuih ni ditempah n Noorsha ni tipu... ceh.... bila sekali dua cakap camtu lehla terime lagi gurau kan... tapi bila sampai nak balik kene kutuk je, terus la rasa hiba hati mak yong nii... dahler penat membuat beratus biji, dengan bawak perut lagi...penat mak n adik membaking tapi sowang pun tak caya...huhuh..sabaw je la kan... yang penting Allah tahu kebenarannya :)


dalam kehidupan kita sehari2 pun begitulah juga....kadang² orang sukar menafsir diri kita..yang kita maksudkan laen, yang orang anggap lain....takpelah, nak buat camane..owang tua2 kata rambut sama hitam hati laen2....cuma kena berhati2 dengan simulut manis, mencicipnya mmang tak puas sekali, irama kata2nya memang seindah melodi tapi awas, lama2 boleh kene potong kaki...hehe...motip noorsha membebel camni?haha..saje x de pe nak diborakkan..k, jom layan resepi cream puff @ pastry choux ni...resepi asal dari Kak Yani n Noorsha cnp dari rumah Juwita..terima kasih keduanya...:)


RESEPI CREAM PUFF @ PASTRY CHOUX WITH CUSTARD FILLING
Resepi Asal: Kak Yani, Myresipi
Sumber: Juwita

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat. kacau sehingga adunan nampak licin.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.


    RESEPI CUSTARD FILLING

                     Bahan
    • 2 sudu besar tepung kastard
    • 2 sudu besar gula kastor
    • 1 1/2 cawan susu
    • 30 g butter
    • 2 sudu teh vanilla

      1)Larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu.
      2)panaskan hingga mendidih dan pekat.Masukkan butter dan vanilla...sejukkan...




:)






Saturday, January 28, 2012

Crispy Fried (Sardine) Bread


Asalamualaikum...

inilah juadah sarapan kami pagi tadi....buat dua version..satu sandwich biasa, satu lagi digoreng begini...sedap bila dimakan panas².....nyumnyum.....:)....dah lame teringin nak wat resepi ni tapi asyikla bertanngguh..hehe....terima kasih Hasue atas resepi ni....best krup krap krup krap masa makan tu dengan inti yang pedas∞..fuh, x tahan....rasa nak mengulang lagi ni..hihi...Noorsha wat inti sardine, versi asal menggunakan kaya atau kata Sue boleh guna apa² jam yang   digemari....cuma kalau guna sardine sebagai inti make sure tinggalkan sedikit bahagian tepinya tu..jangan letak penuh², masa nak kapit dengan roti satu lagi, basahkan sedikit bibir² roti tu ngan air n klimkan dengan roti satu lagi..cara ni bertujuan agar x terkeluar intinya masa digoreng tuu...ok jom tengok resepi ya...TQ sue ...:)




RESEPI CRISPY FRIED (SARDINE) BREAD
Resepi Asal : Hasue

 Bahan-bahan
 8 keping roti
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
 1 sudu kecil garam
gula (utk bg kuih sdikit berkilat )
 Sedikit pewarna kuning

Inti :
Serikaya @ jam yang digemari

~@atau@~

Inti Sardine:
1 tin kecil sardine
5 biji cili padi - hiris
1 batang cili merah - hiris
1/2 biji bawang besar - didadu
1-2 biji limau kasturi - perah airnya
garam secukup rasa

Cara² Untuk Inti Sardine:
1. campurkan kesemua bahan dalam satu mangkuk, hancur²kan sardine dan kacau rata. sedia disapu pada roti. (selalunya Noorsha masak dulu inti sardine ni.. tapi memandangkan roti ni nak digoreng, Noorsha tak masak intinya sebab nanti masa menggoreng tu kira dah dimasak sekali...)


Cara-cara Menyediakan Crispy Fried Bread
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)...warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya @ jem yang digemari dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh. Jika ingin menggunakan inti sardine, potong 3 segi dahulu, letakkan inti ditengah²....sapu air di bahagian tepi roti dan lekapkan serta klimkan dengan roti satu lagi diatasnya supaya inti tidak terkeluar semasa menggoreng nanti.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :) 



rangup dan sangat sedap.. :)





Friday, January 27, 2012

Creamy Butter Prawn With Spiral Pasta



Asalamualaikum...

hari ni sume keje buat jadi lambat..huhuhu..tengah nak masak, gas pulak abis.... pastu air pulak kecikkkk sangat, susah nak membasuh....adehh....dari malam tadi takda air sebenarnya...ingat hari ni dah ok....rupanya masih ke takuk tu jugak..huhuh....memang takde notis yang diberi... adess....kalau ikutkan hati malas nak memasak, tapi kugagahi juga mengenangkan anak².... nasib baik ada dapur elektrik pemberian dari en hubby sempena anniversary aritu, syukurlah boleh digunakan sementara petang nanti gi tukar gas tu..masak yang simple² je arini....ni juadah untuk Darwish & Dhira... Creamy Butter Prawn ni sebenarnya resepi dari Jiya @ 14sept...Noorsha saja gandingkan dengan spiral pasta memandangkan anak² memang suka dengan pasta begini berbanding nasi....layankan jelah...hehe....tengkiyu jiya.....jemput semua.. :)



RESEPI CREAMY BUTTER PRAWN WITH SPIRAL PASTA
Olahan : Noorsha

Bahan²
1 cawan spiral pasta @ apa² pasta yang digemari -rebus aldente
300 gm udang
2 ulas bawang putih - cincang halus (noorsha tambah)
5-7 helai daun kari (noorsha ganti dgn parsley)
2-3 biji cili padi (noorsha x letak ganti ngan serbuk blackpepper)
100 ml susu cair (noorsha lebihkan)
50 gm butter
Garam dan gula secukup rasa

Cara²
1. panaskan minyak dalam kuali (Noorsha goreng guna butter). masukkan udang dan goreng kemerahan. ketepikan seketika.
2. cairkan mentega dalam kuali lain. goreng bawang putih hingga kekuningan lalu masukkan susu cair. kacau hingga pekat.
3. masukkan garam, cili padi @ serbuk blackpepper, daun kari @ parsley dan udang. gaul rata dan tutupkan api.
4. satukan dalam pasta yang siap direbus al dente.kalau suka boleh tabur cheese.




nak cepat..dhira menanges minta dukung..hasil gambar pun x sharp....pepun rasanya tetap sedap;)



Thursday, January 26, 2012

Cencaru Bakar & Air Asam Bonda


Asalamualaikum....

dah bape hari tak hapdet blog ni....semangat berblogging menurun sket cartanya...tapi cepat² ditangkis...yeehaa.. kalo x makin melarat la jawabnye...kompom berminggu² x jenguk blog.. uhuhu....sesekali terlintas juga, letihnye memasak, mengemas, 'memosing' hasil masakan, amik gambo tunggang terbalik, ngan anak nangesnya lain, merengeknye laen...... pastu nak kemas lagi...pastu nak edit pic lagi, nak karang n3 lagi..huhu.. penat.....tapi bila dah minat, penat tu jadi lumrah, jadi biasa n jadi satu kepuasan dapat berkongsi ilmu bersama².. Alhamdulillah..moga diriku terus istiqamah dan ikhlas dalam berkongsi minat n ilmu Allah nan luas ini..insyaallah.....

ok.. jom layan resepi mudah yang Noorsha wat arini utk santapan lunch n dinner nanti...cencaru tu nampak macam digoreng pulak..wawawawa...padahal dibako je..cume x bako sampai rentung sangat...man² je..huhu...x kisahlaa...layaaann....



RESEPI CENCARU BAKAR & AIR ASAM BONDA
Sumber Resepi : Noorsha

Bahan² untuk Cencaru Bakar
5 ekor ikan cencaru
sedikit garam
2 inci kunyit hidup - tumbuk
2 hiris halia - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
sedikit serbuk lada putih

Cara²
lumur smua bahan pada ikan dan perap sekurang2nya 15 minit. bakar dalam oven hingga masak sepenuhnya.


Bahan² untuk Air Asam Bonda
10 biji cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan - dibakar
gula
air asam jawa
1 biji bawang besar - potong dadu


cara²
tumbuk cili padi, cili merah n belacan bakar. masukkan  gula, gesek2 ngan anak lesung, masukkan air asam jawa & bawang besar yang didadu n hidang... :)



air asam simple ni mmg sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga untuk hidangan  sebegini...resepi diadaptasi daripada bonda tercinta Pn Hjh Hafsah Hj Mustaffa...Noorsha pernah gandingkan dengan Jantung Pisang Rebus & Terung Bakar juga...nak gandingkan dgn lain2 hidangan pun boley :)




Sunday, January 22, 2012

Deutsche Kekse @ German Cookies


Asalamualaikum...dah lama teringin sangat nak merasa German Cookies @ dalam Germany dipanggil  Deutsche Kekse ni.... kukis ni Noorsha wat semalam dengan bantuan Darwish...anakanda sowang ni memang suke sangatla maen tepung gini kan...cam play dough je die wat...hehe....sebenarnya wat kukis ni tidak sama sekali bersempena ngan CNY.. jgn salah sangka ya..kebetulan kelmarin beli barang dapur kat 'Gergasi' n masa lalu kat rak tepung2 tu terperasan ada potato starch kat situ...terus sambar sebab teringat nak wat kukis ni.... pertama kali nampak kukis ni kat umah kak Rima..pastu ramai je blogger yang buat...terliur tengok bile sume kate sedap n melth in  mouth...sebab takde potato starch tu yang bertangguh wat..hhehehe..



pada Noorsha sekeluarga kukis ni memang sedap..nak buat pun senang sangat...bahan pun simple...bile makan kukis ni teringat biskut makmur..klo makan mesti nak kene ade air masak dok sebelah..hehe...cair dimulut, x perlu susah2 nak kunyah...Noorsha celup coklat sket, resepi asalnya plain kukis je..key..jom layan resepi...terime kasih kepada Hearty Bakes kerana berkongsi resepi n Kak Rima kerana menyebarkan virus kukis ni......:)..halal ye saya share disini pula utk rujukan..tq :)


RESEPI DEUTSCHE KEKSE @ GERMAN COOKIES
Terjemahan : Noorsha

Bahan²
125 gm butter 
40 gm gula icing
125 gm potato starch
80 gm tepung superfine @ tepung gandum

Cara²
1.pukul butter dengan gula icing hingga kembang @ berwarna cerah.
2.ayakkan tepuk superfinev@ tepung gandum bersama potato starch kedalam mangkuk adunan dan gaul rata hingga menjadi doh.
3.bulat²kaan doh pada size yang sama atau seberat 7gm setiap satu dan letakan atas baking tray. boleh juga gunakan sudu untuk saiz yang sama.
4.basahkan garfu dengan air dan tekan atas doh yang telah dibulat²kan tadi. tujuan basahkan garfu untuk mengelakkan kukis lekat  digarfu.
5.bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau hingga kukis masak sepenuhnya..selamat mencuba :)


boleh tengok hasil kukis ni dari kawan2 yang pernah buat terdahulu dengan klik pada nama2 mereka ya...:)... Kak Nor (versi blueberry), Kak Nor (again), CMG, Ika, Ila Cheqsue, nani,kak Anim, Izah, Hasue, Mamafami, dan ramai lagi yang x dapat noorsha setakan disini.. ini antara nama2 yang keluar masa noorsha google tadi..kalau ada yang pernah buat n noorsha tertinggal nak tulis namanya disini, harap bagitau dikomen ya.. nanti noorsha update... :)...tq ^^



Saturday, January 21, 2012

Nasi Lemak Tumis dan Sambal Tumis Ikan Bilis Bersantan



Asalamualaikum...

Salam hari Sabtu.... Hari ni Noorsha masak Nasi Lemak Tumis ni, kes terliur sangat tengok Nasi Lemak Tumis kat dapur kak Yatie... huhu...dah lama tak makan nasi lemak, dulu masa pregnantkan Dhira asyikla mengidam nak makan nasi lemak.. tak jemu²... hehe..sampai kan sanggup pagi² ajak en hubby ke Mambau, N9 semata² nak makan nasi lemak dekat warung yang pernah menjadi tempat mencari rezeki Nabil Raja Lawak satu masa dulu.....selain nasi lemak, masa tu teringin sangat nak makan Nasi Goreng Kampung...dekat mane tau? dekat Melaka..!! yaaa...malam² ajak hubby pegi Melaka semata² nak makan nasi goreng kampung dekat bawah flat btol² lepas exit tol Ayer Keroh :).....sedap nasi goreng kampung dia... hehe..mengimbau kenangan plak :)


Resepi asal Nasi Lemak Tumis ni adalah dari idea kak Jun yang dikongsikan di Myresipi.. Manakala dipanjang²kan pula oleh Mamasya dan kak Yatie... Noorsha pun tak ketinggalan nak mencuba since anak kak Yatie kata sedap n suruh buat lagi esoknya...Noorsha pun ikut cara Mamasya n Kak Yatie bubuh sikit serbuk kunyit utk naikkan seri nasi ni.... hmmmmmm...memang tak sangka sedap betul nasi ni :)....en hubby makan bertambah² sampai abih 1/2 periuk..siyes tak tipu! hihi..sedap katanya....dia kata kalau bukak kedai ni, dah tentu ramai yang datang....! hehe.... owhh cita² memang teringin nak bukak restoran tapi err..errr..nantilah dulu.. huhu... kalo Noorsha bukak kedai makan ade sape² sudi jd regular customer tak? lalalala.... ^____^

Apepun terima kasih kepada penyumbang resepi, kak Jun serta Mamasya dan Kak Yatie kerana berkongsi dan memberi inspirasi.. izinkan Noorsha lampirkan disini pula untuk rujukan dilain hari.. TQ :)



RESEPI NASI LEMAK TUMIS
Resepi Asal : Kak Jun
Sumber : Mamasya & Kak Yatie

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
  4. Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  5. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air. 




Lawan Nasi Lemak Tumis ni Noorsha wat Sambal Tumis Ikan Bilis Bersantan.. same jugak macam sambal tumis lainnya, tapi ni lebih lemak dan ada rasa tersendiri....ermm...sedap, Insyaallah.....:)


RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSANTAN
Sumber Resepi: Noorsha

Bahan²
*25 tangkai cili kering
*1 labu bawang besar
*5 ulas bawang putih
*1 inci belacan
2 labu bawang besar - hiris halus
Segenggam ikan bilis
1/5 cawan santan kotak
Asam jawa - sebesar ibu jari + sedikit air
1 sb gula
1 st garam


Cara²
1. Blend bahan² bertanda (*)...panaskan minyak dan tumis bawang besar yang diracik halus hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan² yang diblend halus tadi dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan larutan air asam jawa, garam dan gula serta ikan bilis. kacau rata. biarkan merenih seketika.
4. kemudian masukkan santan pekat, kacau hingga sebati. kecilkan api dan biar sambal masak hingga pecah minyak.kacaukan sesekali.
5. sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan bersama nasi lemak tadi.. :) Selamat Mencuba :)


erm..sedap:)




Friday, January 20, 2012

Tauhu Sumbat dengan Kuah Kacang Badam


Asalamualaikum....
Selamat petang kawan².. macamana keadaan cuaca ditempat masing² ya... Di PD petang ni panas betul....huwaa....pagi tadi hujan selebat²nya, sampai rasa nak masuk dalam gebor balik n bergulung..kikikiki... tak kisahlah kan..hujan itu rahmat dari Nya, panas pun rahmat juga.... jangan mengeluh & bersungut, tak elok kan.... Alhamdulillah seketika waktu Allah turunkan kita hujan, kemudian Dia berikan kita matahari semata² untuk kita bersyukur hanya padaNya...wallahualam.... 




Hari ni Noorsha wat Tauhu Sumbat sebagai juadah minum petang... Noorsha mmg suka sangat ngan tahu sumbat, tak makan nasi pun xpe....kalau di Johor biasanya tauhu sumbat akan dihidang dengan Kuah Kacang...bukanlah macam sambal kacang yang makan ngan ketupat tu..ni versi ringkas je...tapi tadi Noorsha selongkar gobok kat dapur tu takdela pulak stok kacang, padahal rasanya ada je simpan belen raya aritu..huhu...tah manela letak agaknye, melalut sungguh cam mak nenek..kekeke...jadinya Noorsha cuba gantikan dengan badam..errrmm, sedaaap! (masuk bakul angkat sendirii nampak..huhu)..serius sedap, lebih terasa lemaknya tu.. hhehe..dah x mo menceceh lg....jom layaaan :)





RESEPI TAUHU SUMBAT DENGAN KUAH KACANG BADAM
Sumber Resepi : Noorsha


Bahan2
5 keping tauhu
1 batang timun- dihiris jejari
1 batang lobak merah - dihiris jejari
sedikit tauge (Noorsha x letak coz x suka)

Cara2
1. basuh tauhu dengan sekali air lalu. lap kering menggunakan kitchen towel.
2. goreng terendan hingga kekuningan.setelah masak, angkat, tos dan sejukkan seketika.
3. potong tauhu secara menyerong. hiriskan sedikit permukaan ditengah2 perut tauhu.
4. masukkan timun, lobak merah yang telah dihiris bersama tauge jika suka. sumbat padat2 dan ketepikan seketika.


Bahan2 Untuk Kuah
15 tangkai cili kering
1 cawan kacang badam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
2 sudu makan pes rojak petis
asam jawa -sebesar ibu jari
2 cawan air
2 sudu makan gula pasir
sedikit garam


Cara2.
1. goreng @ sangan kacang badam hingga kekuningan. kemudian kisar sederhana halus.. jangan terlalu halus ya. ketepikan seketika,
2. kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih serta sedikit belacan lalu tumis hingga garing.
3. setelah garing, masukkan pes rojak petis dan kacau lagi hingga naik bau.
4. masukkan kacang badam yang telah dikisar, kacau rata kemudian terus masukkan air.
5. perasakan dengan garam, gula dan larutan air asam jawa. biar ia merenih. matikan api dan sedia dihidang bersama tauhu sumbat tadi. Selamat mencuba :)


TIPS: isi tauhu dengan bahan² yang dihiris tu waktu hendak disajikan saja ya.. sebab kalau tak nanti mudah basi n sayur mayur tu pun x segar jadinya.. :) good luck !!~ ^_______^





Nasi Kepak Ayam



Asalamualaikum....

kengkawan sume tengah wat pe? mungkin tengah sibuk didapur menyediakan makan tengahari waktu ni kan.... Best²... Ni juadah luch n dinner kami semalam... Nasi Kepak Ayam, saling tak tumpah macam nasi ayam...tapi pembuatannya 100% menggunakan kepak ayam dari nasi, sup dan ayamnya sendiri..memang dari kepak ayam, tiada yang lain..ehehe...

Alhamdulillah, hubby n anak² suka sangat dengan nasi begini...makan bertambah²...bila tengok mereka makan dengan berselera, kita yang memasak ni pun puas hati kan... terubat segala keletihan... Syukur atas nikmat Nya yang Maha Esa.... okey, jom layan resepi ni.. simple je, macam nasi ayam juga... :)



RESEPI NASI KEPAK AYAM
Sumber Resepi : Noorsha


Bahan² Untuk Air Rebusan Kepak Ayam:
12 ketul kepak ayam
1.5 liter air
1 inci halia - diketuk
2 ulas bawak putih - diketuk

Cara²
* Rebus kepak ayam bersama kesemua bahan diatas hingga empuk. Matikan api dan tos kepak ayam tersebut.





Bahan² Untuk Nasi:
2 cawan beras (noorsha guna beras siam)
3 cawan air rebusan kepak ayam
Seketul kepak ayam (ambil dari yang telah direbus & ditoskan tadi)
1 biji bawang besar -hiris
3 ulas bawang putih -hiris
2 inci halia -hiris
2 sb margerin @ butter
1/2 sb serbuk stok ayam
sedikit minyak bijan
garam

Cara2:
1. basuh beras bersama air bersih dan bilas beberapa kali.toskan beras dan ketepikan.
2. panaskan kuali, masukkan margerin @ butter kemudian tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperang perangan.
3. masukkan beras yang siap dibasuh dan ditoskan tadi. kacau rata hingga sebati lebih kurang 2-3 minit. matikan api.
4. masukkan beras yang digaul bersama ramuan2 tadi kedalam rice cooker. tambahkan air rebusan kepak ayam, serbuk stok ayam, dan garam secukup rasa.
5. potong  seketul kepak ayam kecil² dan masukkan juga kedalam beras tadi. Kacau rata.
6. Tanak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, renjiskan sedikit minyak bijan kedalam nasi, kacau seketika dan tutup semula periuk. Biar nasi empuk.





Bahan² Untuk Sup:
Air rebusan kepak ayam (bakinya)
Seketul kepak ayam (ambil dari yang telah direbus & ditoskan tadi)
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sedikit minyak bijan
1/2 sb serbuk stok ayam
garam


Cara²
Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperang perangan. Kemudian masukkan kepak ayam yang telah dipotong kecil, kacau  rata. Masukkan baki air rebusan tadi. Perasakan dengan serbuk stok ayam, renjisan minyak bijan dan garam. Biarkan ia merenih dan tutup api.



Bahan² Untuk Sos:
10 -15 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
Sehiris halia
2 cawan air
2-3 sudu makan gula pasir
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sb tepung jagung + sedikit air
sedikit garam


Cara²
1. Tumbuk halus @ kisar cili kering bersama halia dan bawang putih. Masukkan ke dalam periuk bersama air.
2. biarkan ia merenih. perasakan dengan sos cili, sos tomato, gula pasir, dan sedikit garam.
3.biarkan merenih, masukkan larutan tepung jagung untuk memekatkan sos. kacau rata dan sedia dihidang.




Bahan² Untuk Ayam:
10 ketul kepak ayam (ambil dari yang telah direbus & ditoskan tadi)
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sk lada hitam
1/4 cawan kicap
3 sb madu
sedikit minyak bijan
Secubit garam


Cara²
1. Tumbuk halus halia, bawang putih dan lada hitam. 
2. Masukkan kedalam mangkuk yang berisi kepak ayam. satukan sekali kicap, madu , renjisan minyak bijan dan garam. Lumurkan bahan² tersebut pada kepak ayam rata². Perap 10 minit.
3. Goreng kepak ayam dengan api besar. Ini bagi mengelakkan dagingnya menjadi terlalu kering sebab kepak ayam ni kita dah rebus dulu. so dah masak. jadi tak perlu ambil masa lama untuk menggorengnya. cukup untuk caramelize kan bahagian kulit luar saja.







Cara menghidang : nasi + kepak ayam + sup dan sos bersama bahan sampingan lain seperti timun n tomato serta salad jika suka... :) selamat menjamu selera :)