Asalamualaikum.....
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan sekali lagi menghirup udara dan mencicip keindahan ciptaanNya di bulan Februari 2012 ini..... Terima Kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nafas dan denyut nadi kepada kami.... Alhamdulillah.....
Di kesempatan kali ini, Noorsha ingin merakamkan jua jutaan terima kasih yang tak terhingga buat Majalah JELITA kerana memberi peluang dan ruang buat kami blogger² masakan tampil di dada majalah... Alhamdulillah, segala rezeki, peluang dan kesempatan yang diterima adalah dari Nya....Syukur....
Alkisah, Noorsha menerima salam perkenalan daripada Cik Norashikin Md Nor di facebook pada awal bulan December 2011 lalu.... Mulanya memang tak terfikir langsung yang beliau merupakan wartawan dari majalah JELITA... Noorsha sangkakan beliau dari kelompok blogger juga.... lantas, bila Cik Shikin msg di FB & mengatakan beliau berminat untuk masukkan beberapa resepi dari blog Noorsha ke dalam majalah Noorsha betul² terkejut dan tak sangka.....
Sejujurnya, Noorsha sedar dimana tempat duduk dan berdirinya Noorsha selama ni.. Noorsha bukanlah blogger yang popular jauh sekali ingin mengejar popular... memang tak terfikir sama sekali penulis dari majalah JELITA sanggup dan sudi menerjah dapur Noorsha ni.... Msg Cik Shikin Noorsha tak terus jawab....Noorsha ajak suami berbincang mengenai 'lamaran' pihak majalah tu.... Setelah menimbang tara dan menerima sokongan dari suami, barulah Noorsha membaas msg dari beliau....
Yang menjadi masalahnya adalah, kebanyakan resepi² di blog ini adalah resepi dari kawan² blogger dan bukan hasil dari Noorsha sendiri....Menurut cik Shikin beliau akan nyatakan bahawa resepi tersebut merupakan gubahan resepi dan bukan resepi dari Noorsha sendiri. Akhirnya Noorsha mencadangkan 3 resepi dan selebihnya dipilih oleh pihak Cik Shikin mengikut tema Merah, Pink dan Putih... Kesimpulannya sebanyak 10 resepi telah dipilih dan antara 10 ni berkemungkinan hanya 5 ke 7 resepi saja yang dipilih untuk dimasukkan dalam slot resepi di JELITA. Terus terang Noorsha katakan disini, dalam 10 resepi tu, cuma ada 2 sahaja resepi yang Noorsha sumbangkan untuk pihak majalah dan selebihnya adalah dari blogger lain....

Pada asalnya Noorsha bercadang untuk memohon keizinan dari pemilik resepi asal setelah resepi² mereka dipublish dalam majalah....Cadangan Noorsha ini bersebab.. Pertamanya, Noorsha tak mahu buat kecoh awal², yelah nanti orang kata belum pun resepi tu keluar tapi dah gebang cerita dengan orang yang resepi tu akan keluar... Keduanya, Noorsha masih berbelah bahagi & tertanya² dalam hati layakkah gambar² Noorsha yang picisan ni menghiasi dada majalah JELITA...sedangkan ramai yang tau sebelum ni hanya blogger yang gah dan ada nama saja yang mampu menembusi majalah... Noorsha sedar dimana tempat Noorsha berada, malah Noorsha sendiri tak pasti adakah gambar² Noorsha layak untuk keluar majalah....kadang² rasa mungkin akan direject oleh pihak editor... sebab tu Noorsha memilih untuk mendiamkan dulu perkara ni dan hanya akan minta izin pada pemilik resepi asal sekiranya betul gambar dan resepi tu dipublished sebagaimana yang beberapa orang blogger lain lakukan sebelum ni...
Tetapi atas nasihat seorang teman, Noorsha bersetuju memohon keizinan dari pemilik resepi asal... Noorsha msg mereka melalui FB dan emel.... Alhamdulillah... Kebanyakan pemilik resepi menghalalkan dan memberi keizinan resepi mereka disiarkan....Malah lebih terharu lagi Noorsha rasakan bila salah seorang dari mereka yang tidak pernah Noorsha kenal secara peribadi, hanya melalui blog dan hanya sekali berbicara melalui emel dengan ikhlasnya menghalalkan resepinya tampil dimajalah samada terpilih @ tidak antara 10 resepi itu... Terharu..sangat terharu....Begitu juga dengan pemilik resepi yang lain yang berlapang dada dan ikhlas memberi keizinan, amat Noorsha hargai.... rasa sebak pun ada kerana dalam kelompok blogger yang tidak pernah mengenali secara live, malah hanya bertegur sapa melalui blog dan dipanjangkan ke FB, tapi keikhlasan hati mereka amat Noorsha hargai.. Terima Kasih semua.... tak lupa juga kepada mereka yang memberi nasihat kepada Noorsha, Noorsha amat hargai akan pendapat dan nasihat yang diberikan... Terima Kasih banyak².... Alhamdulillah.. Sangat bersyukur dipertemukan dengan insan yang baik hati dan ikhlas seperti kalian semua.... :')
oklah, panjang Noorsha punya entry hari ni.... bukan apa, Noorsha cuma ingin menghuraikan apa yang berlaku disebalik tabir supaya ada pihak yang tak salah faham dan mempolitikkan penampilan gambar & resepi² di JELITA kali ni...tidak ada sekelumit pun niat bermegah² dan mendabik dada..malah Noorsha semakin risau dan bimbang jika kehadiran Noorsha di dunia blog selepas ini tidak disenangi oleh pihak tertentu... maklumlah, manusia ni rambut sama hitam, hati lain²... Walahualam... ok, jom kita tengok resepi yang terpilih untuk disaring pada peringkat akhir & berjaya tersiar di JELITA Februari 2012 kali ni... ^^

RED VELVET CAKE @ KEK BALDU MERAH ini asalnya dari laman web Joyofbaking.... Noorsha dah beberapa kali buat kek ni, memang sedap dan sangat memenuhi citarasa sekeluarga... Jika tak silap Noorsha ada juga sesetengah blogger yang berjaya menempa hasil jualan melalui resepi dari Joyofbaking ni. Untuk makluman,resepi yang tersiar ini telah Noorsha kurangkan sedikit kuantiti gulanya mengikut selera keluarga Noorsha...What ever it is, Thanx a lot JOB... i'm simply love your blog, i'ts always give me an idea to cook a better dishes for my family... I love your cakes & cookies recipe... it's easy to make an delicious too... Thank You...:)
KEK STRAWBERRY SEJUK ini asalnya adalah olahan resepi dari resepi SIMPLE NON BAKED EGGLESS OREO CHEESECAKE, resepi dari Pn Gee Azmi....Terima Kasih Noorsha ucapkan kepada Pn Gee kerana berbesar hati memberi kebenaran untuk resepinya yang telah Noorsha olah sedikit untuk disiarkan di majalah..... Budi baik puan amat besar maknanya bagi saya, terima kasih banyak²....
KEK PUDING KARAMEL ini pula adalah nukilan kreativiti dari mem besar Myresipi suatu ketika dulu iaitu Kak Yani... dalam dunia blog, siapa yang tak kenal dengan Kak Yani kan.. beliau sangat kreatif dalam menampilkan resepi² menarik untuk kek, cookies & snack yang cantik & sedap2...singgah saja ke Myresipi, banyak resepi yang sedap2 dari kak Yani disana.. asalanya kek ni adalah plain, tetapi Noorsha sengaja bubuh warna agar nampak lebih menarik dan memikat selera anak².. Noorsha dah banyak kali juga buat kek ni dari versi plain, coklat mahupun berwarna warni..kesemuanya sedap...Terima Kasih kak Yani kerana memberi keizinan resepi akak tersiar di majalah...Tak keterlaluan Noorsha katakan laman web Myresipi banyak membantu Noorsha didapur dari zaman bujang hingga sekarang...Kak Yani dan Myresipi juga salah satu nama besar yang mempengaruhi Noorsha menubuhkan blog ni...Terima kasih kak.... .:)
PAVLOVA COKLAT BERKRIM KEJU dan TRIFFLE RASPBERRY BERCOKLAT ini pula adalah ilham dari Allah SWT yang dipinjamkan kepada Noorsha seketika disaat Noorsha memikir2kan resepi apa yang dapat Noorsha sumbangkan kepada pihak JELITA... Syukran Ya Allah kerana meminjamkan sedikit idea dan ilmu untuk diriku yang kerdil ini... semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi keberkatan kepada semua... Amin...
Melalui entry ini juga Noorsha ingin merakamkan setinggi2 tahniah kepada sahabat blogger yang blognya berjaya tersiar di majalah untuk slot
BLOG REVIEW iaitu
kak E-na, Kak Ida dan
Raihanna.. Tahniah semuanya..semoga usaha dan ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dari Allah SWT..Amin.. :)
Berbalik pada kisah Noorsha, sekali lagi Noorsha ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JELITA dan kesemuanya penyumbang resepi yang memberi keizinan resepinya tampil di media cetak meskipun menggunakan nama dan gambar Noorsha...Ketahuilah bahawa keizinan yang Noorsha terima dari anda semua berjaya membuatkan Noorsha cukup tersentuh.... Noorsha hargai ilmu yang kalian kongsikan bersama didada blog, terima kasih kerana memberi keizinan untuk Noorsha panjangkan pula kepada teman² diluar sana yang mana tidak mampu memiliki internet dirumah & hanya menelaah resepi melalui buku dan majalah.. terima kasih banyak²..... Noorsha berdoa semoga Allah merahmati hidup kalian sekeluarga, memberkati rezeki yang kalian perolehi dan semoga hanya yang baik² sahaja mengiringi perjalanan hidup kalian dari dunia hingga akhirat..... Noorsha tak mampu membalas akan kemurahan hati kesemua pemilik resepi samada yang tersiar @ tidak di majalah ni, sementelahan lagi motif penyiaran resepi di majalah bukanlah soal wang malah Noorsha sendiri tidak menerima apa² bayaran dari pihak majalah.. perkongsian ini adalah perkongsian ikhlas dan semoga kita sama² mendapat saham di akhirat sana..
Insyaallah....apa yang Noorsha mampu lakukan adalah sekadar doa semoga Allah memurahkan rezeki kesemua teman² Noorsha yang Noorsha sayangi....Amin Yarabbal Alamin....
Terima kasih juga buat suami tersayang yang sentiasa memberi pendorong dan perangsang untuk Noorsha aktif berblog, berkongsi ilmu dan minat bersama teman² yang lain.. Juga untuk seluruh keluarga serta putera puteri kesayangan ku; Darwish dan Dhira.... Kalian adalah sumber perangsang untuk mama memasak & memberi cabaran bagi mama menampilkan makanan yang menarik untuk memikat selera dan menambat citarasa keluarga.. Terima Kasih kerana menjadi tulang belakang mama... juga untuk teman² blogger kesemuanya serta teman² yang menjadi tempat diriku meluahkan rasa dan menyandarkan kecewa serta berkongsi ceria.. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar dan penasihat yang baik....Semoga Allah membalas segala kebaikan yang diberi dengan kebaikan² yang berganda kepada semua..Amin....
"Apabila telah mati seorang anak Adam,
maka tiada satu pun perkara didunia yang akan dibawanya bersama
kecuali doa anak yang soleh, amal jariah & ilmu yang bermanfaat"
Wallahualam....
*Gambar kredit kepada FB Cik Norashikin Md Nor.. Terima Kasih :)