Asalamualaikum..
pernah dengar nama juadah Kolak Biji Salak? ia makanan popular di Indonesia dan sesetengah masyarakat Jawa di Johor..nama laen kita panggil pengat...sedap tau sebab rasa kenyal² n lemak manis ubi keledek tu....tambah pulak bila direndam same air gula, rasa manis berselang seli ngan rasa lemak masinn manja kuah santan..fuhh.. malas nak citerla kan..kalau nak tau kene buat sendiri sebab menu ni senang je nak buat n sedap plak tu..sesuai untuk sajian buka puasa :) jom tengok resepi :)
RESEPI KOLAK BIJI SALAK
Resepi : Noorsha
Bahan² A
600 gm keledek oren yang telah dibuang kulit
4 sudu besar tepung sagu
Bahan² B
1 cawan gula merah
5 cawan air
Sehelai daun pandan - diikat
Bahan² C
1 3/4 cawan santan pekat
1/4 cawan air
1st garam
Cara² Untuk Bahan A
1. rebus keledek oren yang siap dikupas dan dipotong kecil hingga empuk. setelah empuk, toskan dan lenyek sementara masih panas hingga betul² hancur.
2. masukkan tepung ubi dan kacau rata. tunggu suam sedikit baru dibentukkan lonjong umpama biji salak atau bola ragbi kira² sebesar saiz ibu jari. ketepikan seketika.
Cara² Untuk Bahan B
1. masukkan gula merah dan air kedalam periuk..kacau hingga gula merah cair.tak perlu sampai mendidih.... sediakan satu mangkuk dan penapis teh.. perlahan² lalukan air gula merah tadi pada penapis. ini kerana biasanya dalam gula merah terdapat bendasing....
2. kemudian masukkan semula air gula yang telah ditapis tadi kedalam periuk bersama daun pandan. renihkan sekali lagi hingga mendidih.
3. masukkan bahan A yang telah dibentuk seperti biji salak tadi. biarkan seketika dalam 2-3 minit. matikan api dan ketepikan sebentar.
Cara² Untuk Bahan C
1. masukkan santan pekat, air dan garam kedalam periuk. renihkan seketika. ketepikan.
Cara Menghidang
1. Kolak Biji Salak sesuai dihidangkan sejuk. jadi cadangan hidangan sejukkan sebentar didalam peti ais sebelum dihidang.
2. masukkan 'biji salak' dan air gula dalam mangkuk, sudukan sesudu dua kuah santan diatasnya. sedia untuk disantap... selamat mencuba!~ :)
terbaek wokk!~ ^__^