asalamualaikum...
noorsha wat kek ni dah lama... hehe..kira2 awal bln 7 ke hujung bln 6 lepas..huhu...paham jela skarang nak menghapdet blog mmg terbatas...jadinya hari ni baru terlaksana nak mengentry bila tengok line laju jer nih.... sebenonye da lame betul teringin nak wat opera cake ni... first time tengok kek ni dalam majalah.. tak ingat majalah apa, tapi lama la dulu sekitar tahun 2007 camtu....cuma masa tu membaca resepi ni mata berpinar2.. nampak cam susah je nak wat..huhu....sehinggalah terjumpa kaedah dan resepi yang senang di blog kak Jue @ Juicycafe ni....memey sedap la bagi penggemar kopi... noorsha kureng sket ngan kopi2 ni so rasa penin sket sebab aroma dan rasa kopi tu... tapi anak2 suke sangat...mujurlah ade coklat ganache yg menutup sket rasa kopi ni...bolehla makan ....dalam penin2 tu bertambah gak 2 slices makan... hahah....k lah jom layan resepi.. kalo nak tengok step by step bleh singgah trus ke blog kak Jue.... senang dan mudah difahami :) time kasih kak Jue :)
RESEPI OPERA CAKE
Resepi Asal : Chef Alex Goh
Bahan² Kek.
150 gm gula aising*
45 gm tepung gandum* - *satukan dan ayak
150 gm badam kisar
4 biji telur A
30 gm butter - cairkan dan sejukkan sebentar
3 biji putih telur
30 gm gula castor
Cara2nya..
1. Dalam bekas, satukan gula aising, tepung gandum dan badam kisar.
2. Masukkan telur sedikit2 dan gaul sehingga adunan sebati.
3. Tambahkan butter dan gaul biar rata.
4. Dalam bekas lain, pukul dengan mixer putih telur bersama gula castor sehingga bertanduk.
5. Masukkan ke dalam adunan butter, gaul dengan spatula sehingga sebati.
6. Lenserkan loyang 8x8 inci dgn butter, lapik kertas minyak dan sapu dengan butter lagi.
7. Tuang adunan dalam loyang, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.
8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 3 bahagian.
9. Letak kek lapisan bawah atas papan kek sudukan dengan coffee syrup.
10. Sapukan coffee buttercream pada semua bahagian kek, di ikuti dengan sapuan ganache.
11. Tindihkan kek lapisan kedua, ulang cara2 nombor 9 dan nombor 10.
12. Akhir sekali, tindihkan kek lapisan ketiga, sudukan dengan coffee syrup, di ikuti sapuan coffee buttercream ke seluruh bahagian kek.
13. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga cream mengeras.
14. Keluarkan kek dari peti sejuk, letak kek atas redai yang di lapik dengan loyang, tuang ganache dari atas, biar ganache meleleh dengan sendiri ke seluruh bahagian kek.
15. Hias ikut kreativiti masing2, sejukkan biar ganache mengeras.
16. Potong sisi kek (jika mahu) seperti gambar.
Bahan2 coffee syrup..
100 gm air panas
30 gm gula castor
1 sdb serbuk kopi segera
Cara2nya..
1. Satukan air panas dengan gula, kacau sehingga gula larut.
2. Tambahkan serbuk kopi segera dan kacau sebati.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Bahan2 coffee buttercream..
300 gm butter
80 gm gula aising - ayakkan
1 1/2 sdb coffee emulco
Cara2nya..
1. Pukul butter dan gula aising sehingga gebu.
2. Tambahkan coffee emulco, pukul lagi sehingga sebati.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Bahan2 ganache..
130 gm uht whipping cream
250 gm coklat compound - sagat halus
20 gm butter
Cara2nya..
1. Buat selepas coffee buttercream mengeras.
2. Panaskan whipping cream atas api kecil sehingga berbuih di tepi2 periuk.
3. Tutup api dan tambahkan coklat dan butter, gaul sehingga adunan semua larut.
ni selekeh sket sebab lepas deco trus potong...hahah..x sabo nak merasa...tulisan pun ala cacing kerawit..kuikuikui...
dikesempatan ini Noorsha nak rakamkan setinggi² terima kasih kepada team Majalah Aroma & Pn Akmar kerana sudi melamar Noorsha dan menampilkan beberapa resepi pilihan yang merupakan eksklusif dari Dapur 1001 Cerita 1001 Rasa sendiri tiap satunya didalam majalah mereka edisi July 2012.... Dalam 13 resepi yang Noorsha hantar, mereka pilih 5 saja daripadanya... Alhamdulillah....sikit ke banyak x jadi masalah...semoga ilmu yg dikongsikan mendapat manfaat utk mereka diluar sana.....
semua resepi yg tersiar adalah resepi noorsha sendiri yg pernah dikongsikan bersama disini n ade jugak yg blum pernah dikongsi lg..insyaallah nnti noorsha lampirkan kesemua sekali utk rujukan yer...
peluang muncul di Aroma kali ni juga merupakan satu penghargaan n rasa terharu sangat sebab berganding dengan
kak Nor, sifu ku yang dihormati dan disayangi....tahniah kak Nor, moga makin maju dan terus maju dimasa akan datang yerrr...aminn... :)