Asalamualaikum...
sekarang ni trend snow cheesecake kan? eh... ke den je yang dah ketinggalan zaman....kuikuikui....so hasrat hati nak menerai snow cheesecake ni la since da lama tak membaham ciskek..nyumnyumnyum..memang best la kan...no wonder sume orang pun suka ...tapi ada sedikit pengolahan pada kek ni... kalau ikut resepi asal cuma guna vanilla sponge cake saje....tapi noorsha bahagi 3 adunan kek ni n letakkan emulco pandan, strawberry ngan coklat.... weee..lagi sodaaaaappp yu olss bila 3-3 perasa ni bergabung... meloncat2 rasanya dalam molot gitew..hikhik.....mantap laa !~
noorsha guna loyang empat segi size 8 inci n bakar layer by layer...kek memang tak tebal, tapi bila da dilapis ngan krimcis frosting tu ketinggian jadi sekali ganda la, memang ngam2 sui je....oleh sebab noorsha mandai2 gabungkan 3 rasa dlm kek ni, so jadi la namanya Trio Snow Cheesecake...hihi....lagi satu setiap lapisan noorsha paipkan secara rawak choc ganache..seperti yang sedia maklum kami memang lambat sketla nak abih makan kek yang plain tanpa rasa coklat.. so paipan choc ganache tu menyelamatkan keadaan dan kek ni sangat laris...okey, lupekan pasal kolestrol dan kegemukan sekejap...hihihi...
resepi seperti dibawah ya... adaptasi dari resepi Kek Span Vanila Chef Noraini... very recommended recipe utk sesiapa mencari resepi kek span.. sebab guna bahan yang sangat minima, telur pun jimat , lembut kalahkan sponge bob n sedaapp!~ jemput semua :)
RESEPI TRIO SNOW CHEESECAKE
KEK SPAN VANILA
Resepi Asal : Chef Noraini Zakaria
Olahan : Noorsha
Bahan²
125 gm gula kastor (Noorsha guna 100gm saja)
10 gm ovellete
4 biji telur Gred A
100 gm tepung kek @ self rising flour
20 gm tepung jagung
1 st baking powder
40 gm air
1 st esen vanila
60 gm minyak masak @ sayuran
sedikit emulco strawberry, pandan dan coklat
Cara²
1. masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak dan emulco pilihan. putar pada high speed level hingga adunan menjadi putih dan gebu.
2. masukkan minyak masak dan gaul sebati dengan spatula sahaja..jangan gunakan mixer sebab adunan kek yang diputar tadi akan jadi bantat kalo kacau minyak guna mixer ni..
3.bahagikan kepada 3 adunan sama banyak dan masukkan sedikit emulco pilihan bagi setiap bahagian. kacau perlahan menggunakan sudu hingga sebati.
4. gris loyang 8x8 dengan butter, masukkan adunan pertama dan bakar pada suhu 130 - 150 C selama 10 - 15 minit. apabila masak, terbalikkan atas redai dan bakar pula lapisan seterusnya menggunakan loyang yang sama.
5. apabila sejuk, kek sedia untuk dihias.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
RESEPI CREAM CHEESE FROSTING
Resepi : Noorsha
Bahan²
250 gm cream cheese
1/2 cawan butter
1 cawan susu pekat manis
Cara²
masukkan kesemua bahan dalam mangkuk pengadun dan putar menggunakan high speed level hingga adunan gebu dan licin. ketepikan
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
CARA MENGHIAS
Bahan²
choc ganache secukupnya
grated cheddar cheese secukupnya
1. letak lapisan kek pertama atas cake board.. noorsha guna lapisan coklat untuk kek yang pertama ni... sapukan cream cheese frosting diatasnya..nak mudah, guna piping bag untuk kerja2 ni.. paipkan keseluruhan permukaan kek dan kemudian baru ratakan dgn pisau khas.. paipan choc ganache diatasnya..klo x dee choc ganache boleh juga pipekan choc spread @ nuttella @ apa2 filling kesukaan..
2. lapiskan lapisan kek kedua. noorsha guna yg strawberry... buat cara macam yang pertama tadi... dan suadahi lapisan ketiga (pandan). sapu keseluruhan kek dengan cream cheese frosting.
3. tabur parutan keju cheddar dipermukaan dan ditepi2 kek tadi.sejukkan selama 3 jam sekurang2nya sebelum dihidang.. yummeyyyhh!!~
bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan dan kawasan sewaktu dengannya, tempahan untuk Trio Snow Cheesecake ini dibuka untuk anda...PM Noorsha di FB untuk makluman lanjut ya....insyaallah harga yang ditawarakan adalah berpatutan...tq :)
















